Sunday, June 20, 2010

Assassin Dance 21

Posted by Snow_Queen at 1:14 PM

            “Air.” Ara meletakkan secawan kopi di atas meja kerja Dany.

“Petang ni free?” Dany bertanya tanpa menoleh. Ara menggaru kepala.

“Free. Kenapa?” Namun soalan Ara di biarkan tak berjawab. Ara mengangkat bahu dan keluar dari bilik Dany. Ara mengagah Asha. Hatinya terasa lapang apabila Asha sudah mula menerima kehadirannya dirinya. Sekarang kalau Ara tak ada depan mata mula la dia menyebut “Ma…Ma..”.  Enrah sapa la yang mengajar dia panggil aku mama. Dia memberi Asha susu botol sambil bermain dengan budak kenit tu.

“Macam mana la rupa anak Ara nanti ya? Mak cik teringin nak tengok.” Muka Ara terasa hangat apabila mak cik Han tiba-tiba membangkitkan soal tersebut.

“Anak dia mesti la ada iras-iras Ara dan Dany.” Dany jungkit kening. Ara menjelirkan lidah kepada Dany.

“Mak cik boleh tak jaga Asha untuk 2-3 hari? Dany nak bawak Ara pergi meeting.” Ara, pak cik Lee dan mak cik Han memandang serentak ke arah Dany.

“Kau ni mengigau ke apa?” Pak cik Lee melemparkan senyuman sinis.

“Kenapa?” Dany buat muka tak berdosa.

“Awak nak pergi meeting apa kena mengena dengan saya?” Ara mengusap rambut Asha apabila si kenit tu memeluk pangkal lehernya.

“Yelah. Kalau awak tak ada macam mana dengan saya?” Dany memandang Ara.

“Kau ni dah kemaruk sangat nak kahwin ye Dany. Ingat si Ara tu bini kau ke?” Mak cik Han menempelak Dany.

“Apa salahnya..bakal isteri tu.” Dany jungkit kening double jerk.

“Baiklah. Tapi jaga si Ara ni baik-baik. Jadi apa-apa esok kau menjawab la dengan si Shasha tu.” Pak cik Lee tersenyum nipis.
*****
“Nyanyi..” Dany menyiku lengan Ara.

“Suara tak sedap.”

“Sedap. Haritu best je awak nyanyi lullaby untuk si Asha tu.”

“Ala rindu la kat Asha.” Ara tukar topic.

“Nanti dah ada anak sendiri awak rindu la dekat dia puas-puas sebab saya akan selalu culik awak.” Dany senyum jahat.
“Eh mana boleh macam tu..kesian la dekat dia. Jangan harap saya nak ikut awak. Kalau nak culik saya kena culik secara berpakej ya. Culik dengan anak sekali.” Ara menjelirkan lidah.

“Jadi awak nak kahwin dengan saya?” Dany mengusik.

“Bila masa saya cakap nak kahwin dengan awak?” Ara memandang Dany namun segera dia berpaling apabila teringat perbualan mereka tadi. Dia menggetap bibir. Pandai betul si Dany ni putar belit kata-kata.

“Malas la nak layan awak. Tidur lagi baik!” Dia menutup mata.
*****
Setelah kereta di pakir, Dany mengejut Ara. Ara menggenyeh matanya. Dany memegang tangan Ara apabila melihat gadis itu jalan terhuyung-hayang. Pintu bilik di buka luas dan tanpa membuang masa Ara menghempas badannya di atas katil. Rasa mengantuk masih menguasai diri. Dia segera membuka matanya apabila terasa ada orang duduk di sisinya.

“Awak buat apa kat sini? Pergi la masuk bilik awak.” Ara menjeling tajam.

“Kita akan berkongsi bilik sebab memang kat sini tinggal satu bilik je.” Dany tersenyum nipis.

“Hah? Awak biar betul?” Ara segera bangkit. Serta-merta hilang rasa mengantuk.

“La betul la.” Terus Ara mengambil bantal. Dany menarik lengan Ara.

“Awak nak pergi mana?” Dany mengerutkan keningnya.

“Tidur atas sofa. Takkan la kita nak kongsi katil.” Ara mencebik. Dany ketawa.

“Gurau jelah. Bilik saya kat sebelah.” Dany bangun dan membuka pintu yang terletak di sebelah bilik air. Ara ikut Dany masuk ke dalam bilik Dany. Dadanya terasa lega.

“Jangan kunci pintu ni. Nanti jadi apa-apa senang saya nak masuk.” Dany memberi amaran. Ara mengangguk dan beredar masuk ke dalam biliknya. Pintu penyambung antara biliknya dan bilik Dany dibiarkan terbuka. Cermin balkoni di buka, angin pantai menyapa muka. Serta-merta rasa mengantuk datang kembali. Katil di panjat dan… dengkuran halus mula kedengaran.

1 under spell:

apple_pie said...

romantik nye dany neh....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review