Saturday, June 19, 2010

Assassin Dance 20

Posted by Snow_Queen at 10:00 PM

            Dany berasa bosan apabila Ara senyap sahaja semenjak keluar dari pasar raya tadi. Hendak bertanya dia takut gadis itu akan mengamuk. Ara memandang Dany apabila dia perasan bahawa jalan yang mereka lalui bukan jalan balik ke rumah.

“Awak nak bawak saya pergi mana ni?” Ara bertanya. Dany hanya mengukirkan senyuman manis. Sampai sahaja di tepi pantai, Dany memberhentikan kereta dan menarik Ara keluar dari kereta.

“Sini adalah tempat rahsia saya. Kalau saya ada apa-apa masalah saya akan selalu menjerit dan meluahkan rasa di sini. Cubalah. Saya takkan dengar.” Dany menghadapkan badan Ara ke arah laut dan kemudian dia sendiri berlalu dan duduk di dalam kereta.

“Bodoh..kau bodoh..aku tak nak jumpa kau lagi! Pergi dari hidup aku! Aku takkan terima kau kembali walau apa pun yang terjadi! Aku benci kau! Aku dah hampir berjaya buang kau dari hidup aku…tapi kenapa kau datang balik!..” Ara menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Air mata deras mengalir dari kedua-dua tubir matanya. Perasaanya bercampur-baur. Entah berapa lama dia menangis di situ dia sendiri tidak tahu.

“Ehem..” Ara mengesat air matanya apabila mendengar bunyi deheman Dany.

“Apa?” Ara memandang Dany. Dany menahan tawa apabila melihat mata Ara yang merah menyala.

“Saya bukan nak kacau la..Tapi kita dah lambat. Nanti tak makan tengah hari pulak kita ni.” Dany menggosok kepala Ara. Ara menggetap bibir.

“Mencik..” Dia berlalu masuk ke dalam kereta.
Ara meletakkan barang-barang dapur yang di beli di atas meja. Dilihat Asha sedang bergolek sendirian di ruang tamu sewaktu dia melintas di situ.

“Kenapa dengan mata tu? Dany buli ke?” Mak cik Han menegur. Ara hanya tersenyum nipis.

“Mana ada!” Dany membangkang kata-kata mak cik Han. Asha berada di dalam dakapan Dany. Ara mengusap dada. Aku sekeh kang budak ni. Suka muncul tiba-tiba.

“Dany sengaja kenakan Ara tadi mak cik..” Ara menggosok mata konon-konon nak menangis lagi. Dany menjegilkan matanya. Mak cik Han memukul lengan Dany. Dany menarik pipi Ara.

“Sakit lah!” Ara menepis tangan Dany. Asha turut sibuk nak tarik pipi Ara. Ara mencubit pipi budak kenit tu. Meraung Asha apabila Ara mencubit pipinya.

“Eleh..mengada!” Ara menjelirkan lidah kepada Asha. Dany tergelak kecil.

“Dah macam laki bini dah pak cik tengok kamu berdua ni.” Pak cik Lee menarik kerusi di dapur dan duduk. Topi di atas kepala di tanggalkan dan di kibaskan di mukanya.

“Heh..sapa nak jadi bini dia pak cik? Habis anak-anak semua masam je muka sebab dapat bapak macam Dany ni.” Ara menjungkitkan keningnya. Dany menghampiri namun Ara lebih pantas apabila cepat-cepat menyorok belakang Mak cik Han.

“Kenapa kamu beli kopi lagi Dany?” Mak cik Han memandang Dany.

“Lah..kan kopi dah habis?” Dany memandang Ara.

“Baru semalam pak cik kau beli yang baru. Ni mesti Ara kenakan kau. Padan muka.” Mak cik Han tersenyum sinis. Ara dah cepat-cepat lari ke luar dari dapur tanpa pengetahuan Dany.
****
Bunyi air terjun buatan di taman menenangkan hati Ara. Udara malam yang terasa segar di hirup sepuas-puas hatinya. Lenguh duduk dia berdiri dan membuat beberapa pergerakan ringkas.

“Tak sejuk ke?” Dany menegur Ara yang berdiri menghadap air terjun buatan. Udara di rasakan segar kerana baru sahaja hujan sebentar tadi.

“Sibuk!” Ara menjelirkan lidah. Dany menarik sengih. Dalam diam dia mula mengakui bahawa hatinya sudah terpaut pada Ara namun dia takut untuk mengaku. Dia mahu menunggu pada masa yang sesuai. Dany berdiri sebelah Ara dan turut melakukan beberapa pergerakan ringkas.

“ Lelaki tu..siapa?” Muka Ara berubah sebaik sahaja mendengar soalan Dany. Dia memandang Dany dengan pandangan sayu.

“Dany…saya ada sesuatu nak bagitahu awak..lepas ni awak nak benci saya pun saya tak kisah.” Ara memandang Dany serius.
****
Dany memandang Ara dengan rasa tak percaya. Ara sudah menelan air liur kasar. Takut dengan penerimaan lelaki itu. Belum sempat lelaki itu membuka mulut, kedengaran suara Asha meraung kuat. Dany lekas masuk ke dalam dan menuju ke bilik Asha. Ara mengikut dari belakang. Mak cik Han menjadi cemas apabila Asha tak mahu senyap. Dany juga sudah buntu. Ara hanya melihat dari tepi. Tanpa di sedari dia mengambil Asha dari dukungan mak cik Han. Dany menjeling tajam. Ara meletakkan kepala Asha di atas bahunya dan mula bernyanyi kecil.

Golden slumbers kiss your eyes,
Smiles await you when you rise.
Sleep,
pretty baby,
Do not cry,
And I will sing a lullaby.

Cares you know not,
Therefore sleep,
While over you a watch I'll keep.
Sleep,
pretty darling,
Do not cry,
And I will sing a lullaby.

Ara mengulang beberapa kali lagu golden slumbers sehingga Asha terlelap. Dia meletakkan Asha di dalam baby court dan beredar masuk ke dalam bilik. Air mata menitis apabila teringat jelingan tajam Dany. Heh Ara apa kena dengan kau ni. Dany tu bukan sapa-sapa bagi kau yang kau nak terasa sangat ni kenapa? Dah orang kasi signal benci tu tak reti-reti nak bawa diri ke?

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul dua, Ara keluar dari bilik dengan menjingjing beg pakaian. Dia meletakkan kunci rumah di atas meja ruang tamu dan berlalu. Sebaik sahaja tangannya hendak membuka pintu pagar, badannya di rentap kasar dari arah belakang. Muka Dany yang serius membuatkan Ara hanya tunduk memandang lantai.


“Nak pergi mana?” Dany menyoal Ara. Ara bermain dengan tali beg pakaian.

“Blah dari sini la. Dah orang tak suka kena la pandai-pandai bawa diri.” Air mata jatuh setitis di pipi. Rasa hairan bertandang apabila Dany mula tersenyum.

“Kenapa awak senyum?” Ara memukul bahu Dany perlahan.

“Tadi tak sempat nak cakap Asha dah ganggu. Terima kasih sebab bagitahu saya tentang kisah silam awak namun bagi saya yang penting adalah masa sekarang bukan masa lalu dan saya terima awak seadanya. Ara yang sekarang adalah Ara yang saya kenal hari ini dan kisah lampau awak tu jadikan ia sebagai pedoman dan pengajaran di kemudian hari, okay?” kata-kata Dany membuatkan Ara mula teresak kecil. Tanpa sedar dia memeluk Dany. Dany mengusap kepala Ara.

“Dan mana awak dapat idea saya bencikan awak ni?” Dany meluku kepala Ara perlahan.

“Dah tu waktu saya dukung Asha tadi awak jeling tajam so saya ingat awak benci saya.” Air mata di lap.

“Cerdik! Lain kali tanya la dulu. Jangan suka-suka buat keputusan sendiri.

“Dany! Kamu buat apa sampai Ara nak keluar rumah ni?” Mak cik Han menarik telinga Dany. Ara tergelak perlahan melihat Dany terkial-kial melepaskan pegangan mak cik Han dari telinganya.

1 under spell:

apple_pie said...

wah.... suke dany la... memahami... romantik je rasa ara ngn dany neh..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review