Saturday, June 19, 2010

Assassin Dance 19

Posted by Snow_Queen at 9:55 PM

            Baru seminggu duduk di rumah mewah itu, selama itulah Asha menyusahkan hidup Ara. Ara mengomel panjang bila budak kenit tu mula mengada-ngada mencari pak cik kesayangannya. Bila dengan aku meraung tak cukup tanah tapi bila je Dany muncul terus dia senyap. Mahu sahaja dia menarik-narik pipi tembam budak tu tapi anak orang la pulak. Nak mampus kau Ara! Kes dera tu. Ara memicit kepala bila memikirkan kerenah Asha. Aku kasi makan dia sembur kat muka aku, aku nak kasi dia mandi mula dia keraskan badan supaya aku tak dapat dukung, aku nak tukar lampin dan-dan dia nak gigit. Hish tak padan dengan kecik. Gigi pun baru 2 batang ada hati nak gigit aku. Silap-silap aku yang gigit kau. Si Dany tu lagi hampeh. Aku ni tetiba dah jadi macam PA dia la pulak. Bangun pagi nak aku kejut, sarapan pagi, makan tengah hari, malam, supper semua nak aku buat. Baju dia pun nak aku iron. Adeh Ara kau ni pengasuh sapa? Hah perangai pak cik dan anak buah memang sepadan. Anak sendiri nanti macam mana la pulak!

“Mengeluh pagi-pagi nanti muka cepat berkedut.” Dany mencubit pipi Ara. Ara menepis tangan Dany dan menggosok pipi. Dany hanya tersengih bila Ara menarik muka. Suka benar dia bila Ara merajuk.

“Kopi macam biasa.” Dany menarik kerusi dan duduk depan Ara.

“Kopi habis.” Pandai dia mereka-reka cerita. Heh padan muka kau. Dengan Dany memang dia dah tak malu. Depan lelaki itu dia menjadi diri sendiri dengan sebebas-bebasnya. Dahi Dany berkerut bila mendengar jawapan Ara. Terus dia bangun dan menarik tangan Ara.

“Eh nak bawak saya pergi mana ni?” Ara menarik kembali tangannya.

“Beli kopi.” Muka Dany serius. Ara tergelak besar mendengar jawapan Dany.

“Beli kopi pun kena bawak saya ke?” Ara menahan sisa-sisa ketawa. Dany menarik sengih. Kalau boleh dia nak Ara selalu depan mata dia tapi dia masih waras. Mak cik Han dan Pak Cik Lee tersenyum melihat gelagat pasangan muda di ruang tamu.

“Dany..susah-susah sangat kamu kahwin je dengan si Ara ni. Habis cerita.” Mak cik Han melemparkan senyuman sinis.

“Hahaha..tak nak saya kahwin dengan orang macam Dany ni mak cik. Malang betul sapa dapat dia. Selalu kena buli.” Ara mengangkat kening.

“Ala..tu bukan buli tu gaduh-gaduh manja namanya.” Pak cik Lee ikut sekali menyakat pasangan muda itu.

“Ewah-ewah suka-suki je nak mengutuk ye..sapa dapat saya dialah perempuan paling bertuah tau. Saya kan penyanyang, baik hati, hensem pulak tu..” Dany mula perasan sendiri. Ara mencebik.

“Kalau nak keluar tolong belikan barang-barang dapur. Pak cik nak dating dengan mak cik kamu ni ha..dah bangun si Asha nanti takde peluang dah nak dating.” Pak cik Lee mengenyit mata kepada Ara dan Dany.
****
Dany memakirkan kereta dan mendapatkan Ara yang sudah masuk terlebih dahulu ke dalam pasar raya. Dilihat gadis itu sedang sibuk menyemak senarai barang yang perlu di beli. Dia berjalan di sebelah Ara yang sedang menolak troli. Lengan kanannya di letakkan di atas bahu Ara. Ara dah tak kuasa nak membantah. Lelaki ni bukan makan saman. Cakap jelah apa je dia memang buat pekak. Bukan sekali dia melarang dah banyak kali. Lama-lama dia dah tak peduli. Dah biasa.

“Ambil la yang ni.” Dany menunjukkan sepeket kimchi jenama-apa-entah. Ara mengerutkan dahi.

“Nak buat apa dengan kimchi?” Dany tersenyum. Sebenarnya dia hanya  nak mendengar celoteh gadis di hadapannya itu.

“Makan la takkan buat basuh baju pulak.” Dany selamba mengenakan Ara. Ara dah menggigit bawah bibirnya.

“Kan kat rumah banyak lagi kimchi yang mak cik Han buat? Membazir je beli yang baru.” Ara merampas bungkusan kimchi tersebut dan meletakkan kembali di atas rak.

“Nak jugak!”

“Tak payah!”

“Nak jugak!”

“Dany!”

“Ara!”

“Tcsh..!” Ara menjegilkan mata.

“Tsch..!” Dany jegilkan mata balik.

“Ah! Suka hati awak la. Nak layan awak ni sampai esok pun tak habis.” Ara menolak troli dan berlalu. Dany ketawa kecil dan mengejar Ara yang sudah jauh di hadapan.

“Sorry..” Ara menundukkan sedikit kepala tanda maaf.

“Lain kali jalan guna mata..bukan guna kaki.” Ara menelan air liur kasar apabila mendengar suara si jejaka. Kepalanya di angkat dan dilihat Rain bersama dengan seorang perempuan yang seksi.

“Salah tu. Kita jalan menggunakan kaki tapi melihat menggunakan mata.” Dany memeluk bahu Ara. Ara menggetap bibir menahan ketawa. Dany tersengih memandang Ara. Rain menggetap giginya apabila muncul seorang jejaka di sisi Ara dan yang membuatkan dia bertambah bengang ialah apabila lelaki itu sewenang-wenangnya memegang Ara dan Ara tidak pula membantah. Memang di akui hatinya masih rindukan Ara namun kerana ego dia tega menyakitkan hati gadis itu.

“Pak we baru? Tak sangka Assassin macam kau pun boleh bercinta.” Rain tersenyum sinis. Ara memandang tajam Rain. Dany mengerutkan kening. Ni dah macam scene ex girlfriend jumpa ex boyfriend la pulak getus hatinya.

“Honey, jom kita pergi. Ada banyak barang lagi yang kita nak kena beli.” Dany menarik Ara. Ara hanya akur. Hatinya berdarah kembali dengan kata-kata Rain.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review