Saturday, June 19, 2010

Assassin Dance 18

Posted by Snow_Queen at 1:57 AM

            Dia terduduk dihadapan sebuah rumah sambil menanti pintu pagar dibuka. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah. Sudah la cuaca panas lambat pula pintu pagar dibuka. Ikutkan hati mahu sahaja dia pergi dari sini namun apabila diingat janji dengan Shasha membuatkan dia terus bersabar sehingga detik ini. Loceng yang terletak di luar pagar di tekan kasar berulang kali tanda marah yang sudah mula membuak-buak di dadanya. Sesaat kemudian pintu pagar rumah mewah berkenaan mula terbuka. Dia melangkah masuk dan dimuka pintu terdapat seorang wanita yang berusia dalam 40-an sedang berdiri sambil tersenyum manis.

“Ara? Minta maaf la tadi mak cik sedang tidurkan Asha tu yang lambat tu.” Terang wanita tua itu. Ara melemparkan senyuman manis tanda maaf di terima.

“Nasib baik Ara tak terus balik tadi. Ingatkan tak ada orang.” Wanita tua itu mengajak Ara masuk ke dalam. Ara hanya mengikut sahaja.

“Boleh panggil mak cik, mak cik Han. Dalam rumah ni hanya ada empat orang sahaja. Mak cik, suami mak cik, Asha dan termasuk Ara kira empat orang la. Mari mak cik tunjukkan bilik Ara.” Mak cik Han membuka pintu dan Ara tergamam apabila melihat bilik berkenaan.

“Eh mak cik biar betul. Patutnya kasi Ara bilik orang gaji pun cukup. Ara datang duduk sini selama sebulan pun sebab nak mengasuh Asha je.” Ara serba-salah. Mak cik Han mengukir senyuman manis.
“Ara bukan orang gaji tapi kawan cik muda Shasha. Mari masuk. Jangan segan-segan. Lagipun bilik ni bersebelahan je dengan bilik Asha.” Mak cik Han menarik beg baju Ara dan meletakkan di atas katil.

“Nanti bila Asha dah bangun mak cik bawa Ara jumpa budak tu. Biar dia biasa dengan Ara. Si Asha tu kalau orang yang dia tak kenal dia tak nak dekat. Mak cik keluar dulu. Ara kemas la apa-apa yang patut.” Ara hanya mengangguk. Setelah mak cik Han keluar, Ara baring di atas katil. Teringat dia yang Shasha merayu supaya menolong dia menjaga Asha, anak kakaknya kerana dia sibuk.

“ Alah kau tolong la aku. Kakak aku dan hubby dia kena pergi luar negara secara tiba-tiba. Aku pun tak dapat nak tolong jaga sebab sibuk.” Tergiang-ngiang suara Shasha di telinganya.
Kalau bukan kerana Shasha tak nak dia jadi pengasuh budak. Manalah dia reti jaga budak lagi-lagi si Asha tu baru 2 tahun namun bila Shasha mengatakan bahawa gaji akan di bayar tanpa berfikir panjang terus dia bersetuju walaupun dia ragu-ragu. Mulai sekarang untuk terus hidup dia harus bekerja dan kebetulan pula Shasha menawarkan dia kerja. Hai nasib kaulah Ara. Dia bangun dan mengemas sebelum turun ke dapur.
****
   Suasana di lapangan terbang yang sentiasa sibuk langsung tidak di hiraukan. Beg roda di tarik dan dia masuk ke dalam taxi yang tersedia 24 jam menunggu para pelanggan yang mahukan perkhidmatan mereka. Taxi bergerak membelah jalan raya setelah dia memberitahu destinasi. Telefon bimbit dikeluarkan dan didail nombor seseorang. Suara seorang wanita kedengaran. Dia tersenyum senang.

“Saya akan sampai dalam setengah jam lagi. Jangan lupa masak sedap-sedap tau.” Dia tersengih mendengar jawapan daripada wanita itu.
****

"Wah sedapnya bau.” Ara melihat ke dalam kuali. Mak cik Han hanya tersenyum nipis.

“Mana suami mak cik? Tak nampak pun dari tadi.” Ara melihat sekeliling.

“Pak cik tak ada. Dia keluar sekejap. Oh lupa pula mak cik nak bagitahu kita akan ada tambahan seorang lagi penghuni dalam rumah ni.” Mak cik Han tersenyum nipis.
Ah sudah mak cik ni. Sapa pulak orang tu hati Ara mendengus.

“Ara tolong siapkan meja. Sekejap lagi kita boleh makan.” Ara mengambil pinggan dan mula menyusun atur meja.

Baru sahaja mangkuk lauk terakhir di letakkan Ara mendengar bunyi rengekan dari ruang tamu. Dia melangkah ke arah ruang tamu dan melihat bayi perempuan sedang terkebil-kebil memandang dirinya. Ni mesti Asha. Ara tersenyum apabila memandang wajah comel Asha. 
                                                     Asha       

Sebaik sahaja Ara mendekati Asha mula buat muka untuk menangis.

“Asha..jangan la menangis. Akak tak tahu macam mana nak pujuk.” Ara mula cemas.

“Mak cik..oooo mak cik…” Ara menjerit memanggil mak cik Han namun tiada balasan. Asha sudah mula meraung. Ara mengangkat dan cuba menenangkan Asha. Dia mengambil botol susu Asha dan menyuap bayi comel itu namun Asha menepis botol susu berkenaan tanda tidak mahu. Di satu sudut, berdiri seorang jejaka memerhatikan Ara dan Asha. Dia cuba menahan gelak. Pada mulanya dia ingin membiarkan sahaja Asha dan gadis itu namun apabila Asha sudah meraung kuat dan muka gadis itu juga sudah turut nak menangis dia masuk campur.
Ara terkejut apabila ada sepasang tangan mengambil Asha dari pegangan. Sebaik sahaja Asha di ambil oleh lelaki berkenaan serta-merta dia senyap. Ara mencebik.

“Amboi..kecik-kecik dah demand..mentang-mentang lelaki tu hensem cepat je kau diam ek?” Ara mencubit pipi Asha. Lelaki berkenaan tersenyum nipis mendengar bebelan Ara.

“Eh awak ni sapa?” Ara memandang lelaki berkenaan. Takkan la laki mak cik Han? Ish muda giler laki dia getus hati Ara. Di tilik lelaki berkenaan dari atas ke bawah dan naik ke atas semula. 
                                                          Dany
 “Ara..” Ara menoleh ke belakang apabila mak cik Han memanggil namanya. Ara segera berlalu ke dapur.

“Mak cik..hensem giler laki mak cik. Tak sangka ek.” Ara mengusik mak cik Han.

“La laki mak cik memang la hensem. Eh dah balik ke orang tua tu? Tak dengar bunyi kereta pun.”

“Ish muda lagi laki mak cik..” Mak cik Han beredar ke ruang tamu diikuti oleh Ara.

“Bila sampai Dany?” Mak cik Han mengambil Asha dari dukungan Dany.

“Baru je.” Dany melemparkan senyuman manis.

“Mana pak cik kau?” Mak cik Han melilaukan pandangan ke sekitar ruang tamu mencari kelibat insan tersayang.

“Eh dia bukan laki mak cik ke?” Ara menunjukkan ke arah Dany. Segera meletus tawa Dany dan mak cik Han.

“Dany ni adik ipar kepada kakak Shasha.” Ara tersengih malu dan beredar ke dapur.
******
“Jom makan kat depan.” Mak cik Han menarik tangan Ara ke ruang tamu. Nak tak nak terpaksa Ara ikut. Dany sedang melayan Asha yang duduk di atas kerusi khas untuk bayi.
Mak cik Han menarik kerusi dan menyuruh Ara duduk berhadapan dengan Dany. Terkebil-kebil Ara apabila mak cik Han mengambil Asha dan berlalu ke dapur. Dany dengan selamba mula makan tanpa menunggu Ara.

“Makan la. Saya tak reti nak pujuk suruh orang makan.” Eh dia dengar ke apa yang aku membebel dengan Asha? Ish malunya. Muka Ara dah blush. Dany hanya tersenyum nipis.

3 under spell:

aku said...

hahhh . biarlah ARA dengan DANY. RAIN tu , hish !!

.pitak. said...

lupakan rain!
hahaha :D

apple_pie said...

wah......... ade hero baru...abes la Rain..cik Snow..nk lagi..nak lagi..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review