Saturday, June 19, 2010

Assassin Dance 17

Posted by Snow_Queen at 1:50 AM

            Shasha dan Van duduk dihadapan Ara. Mereka hanya di pisahkan oleh sebuah meja. Masing-masing membisu seribu bahasa. Van menyiku lengan Shasha supaya gadis itu memulakan perbualan. Sudah sejam setengah mereka duduk tidak bergerak. Shasha memandang Van sebelum berdehem perlahan. Ara memandang Shasha, menunggu butir bicara yang bakal keluar dari bibir gadis itu.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Shasha memandang Ara. Dia terkejut apabila Ara berhenti sekolah secara tiba-tiba dan apa yang membuatkan dia paling terkejut apabila mendengar Rain dan Ara sudah berpisah. Sudah 3 minggu mereka mendengar khabar itu tetapi baru harini dia berkesempatan untuk bersua muka dengan Ara.

“Jadi macam mana? Macam nilah.” Sarkastik kedengaran suara Ara. Van menggeleng kepala perlahan.

“Kau jadi macam ni, dia jadi macam tu. Hah! Elok sangatlah korang ni. Dua-dua ego. Cuba bawa berbincang baik-baik kalau ada salah faham.” Ara merenung tajam muka Van sebelum tergelak sinis.

“Ego? Perkara ni tak semudah yang di sangka. Kalau dia cintakan aku sepatutnya dia terima semuanya pasal aku…termasuk kisah silam aku.” Ara mendengus kasar. Shasha tergamam. Adakah ini bermaksud Rain dah tahu kisah silam Ara? Tiada apa pasal Ara yang dia tak tahu. Kerana dia dan Van, Ara berubah dan dia bersyukur sangat-sangat kerana mereka berjaya menasihati Ara supaya berhenti buat benda yang akan merosakkan masa depan sendiri. Dia sesekali takkan tinggalkan Ara kerana masa silam gadis itu. Itu janjinya.

“Aku harap apa pun yang berlaku antara korang berdua korang dapat selesaikan baik-baik. Rain tu aku tengok dah bukan macam manusia, Dia seolah-olah takde hati dan perasaan.” Van cuba ingin meraih simpati Ara dengan menceritakan keadaan Rain namun reaksi yang sebaliknya yang diterima. Ara ketawa berdekah-dekah sehingga semua orang di dalam restoran yang mereka kunjungi berpaling ke arah mereka. Shasha menyepak kaki Ara. Ara tersengih sinis.

“Hah! Takde hati dan perasaan? Yang tu aku setuju tapi hebat la mamat tu sebab takde hati dan perasaan pun dia ada mak we baru.” Ara menjeling tajam Van.

“Aku rasa Rain terima perempuan tu sebab sekarang dia dalam keadaan tertekan. Jangan risau aku rasa nanti dia sedar la kesilapan dia.” Shasha cuba memujuk.

“Dah la. Korang tak payah nak back up dia. Aku tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia. Antara aku dan dia dah tak ada apa-apa. Aku akan move on dengan hidup aku. Aku nak buktikan dekat dia yang tanpa dia aku boleh hidup. Aku pergi dulu. Apa-apa hal nanti aku contact korang.” Ara bangun dan memeluk Shasha serta Van sebelum beredar.
*****
            Dia berdiri di depan pintu sebuah rumah. Lantas loceng di tekan. Berubah muka tuan rumah apabila melihat muka si tetamu. Si tetamu melemparkan senyuman sinis. Tanpa di jemput dia masuk dan duduk di atas sofa yang terletak berhampiran pintu. Tuan rumah berdiri sambil mendakap tubuh.
“Kedatangan aku harini adalah untuk menuntut penjelasan!” Tegas sekali nada si tetamu.

“Penjelasan? Aku tak rasa kita berhutang apa-apa pemjelasan.” Ara tergelak seolah-olah godfathernya sedang buat lawak.

“Aku tahu pasal Silver. Kau jangan berpura-pura. Sekarang aku harap antara kita tiada apa-apa hutang lagi dan mulai sekarang aku dan Shadow Clan tiada lagi hubungan. Ara the Assassin sudah mati. Selamat tinggal.” Ara meletakkan pedang warisan Shadow Clan di atas sofa dan beredar. Ben mengambil pedang berkenaan dan melihat susuk tubuh Ara sehingga hilang dari pandangan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review