Monday, June 14, 2010

Assassin Dance 16

Posted by Snow_Queen at 3:53 PM

            Mereka masing-masing sudah terduduk kepenatan di atas lantai dengan luka menghiasi beberapa tempat di badan masing-masing. Ara mengesat darah di bibirnya dan Silver menekup luka di lengannya. Darah merah masih membuak-buak mengalir akibat hirisan mata pedang Ara.
“Aku pernah berjanji yang kau takkan sempat melihat matahari untuk hari esok dan aku akan tunaikan janji aku.” Ara bangun perlahan-lahan. Luka yang pedih langsung tidak di hiraukan. Mata pedang di hunus di tengkuk Silver. Silver tergelak perlahan.
“Kau..Kau akan menjadi pembunuh sekali lagi Ara..Pembunuh tetap pembunuh dan itu adalah kenyataan!” jeritan Silver bergema satu bangunan. Muka Ara tidak menunjukkan sebarang ekspresi.
“Betul..pembunuh adalah pembunuh..tapi setiap orang ada kisah silam yang tersendiri dan mereka juga berhak menebus kesilapan masa lalu. Sudahlah Silver..Jangan buang masa kau lagi!”
“Ara!” suara Rain menarik perhatian Ara. Kesempatan itu di ambil oleh Silver untuk menjadikan Ara sebagai tebusan. Tangan kiri di letakkan di tengkuk Ara dan mata pedang di letak di belakang. Rain menelan air liur kasar.
“Selamat datang Rain…Harini kau adalah penonton terpilih untuk melihat kematian teman wanita kau..oh sebelum tu kau kena tahu siapa perempuan ni yang sebenarnya.” Silver tersenyum sinis.
“Silver..” Suara Ara sudah bergetar.
“Kau merepek apa ni? Lepaskan dia..” Rain sudah menalakan pistol ke arah Silver.
“Kau lepaskan tembakan aku akan mati bersama teman wanita kesayangan kau ni. Tapi pembunuh macam dia ni layak ke untuk kau?” Silver tergelak sinis. Air mata Ara mula mengalir.
“Pembunuh? Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan.” Rain mara setapak ke hadapan.
“Aku tak reka cerita bukan-bukan..Ara, kau nak cerita sendiri ke kau nak aku cerita?”
“Cilaka kau Silver!”
“Baiklah…perempuan ni adalah Assassin untuk Shadow Clan. Sudah menjadi tradisi Clan itu mempunyai pembunuh untuk melaksanakan tugas-tugas yang di beri. Dan perempuan ni bertuah kerana terpilih untuk mengisi jawatan tu. Dia..”
“Cukup Silver..Cukup!” Ara memotong kata-kata Silver.
“Aku tak habis cerita lagi. Kebanyakan pembunuhan di Bandar ni di lakukan oleh dia. Pembunuhan bersiri yang di siasat oleh polis sebenarnya di lakukan oleh dia ni. Tetapi bila dia sudah berhenti membunuh aku sambung setiap kerja dia. Kau memang bodoh Ara! Kau ingat Ben akan manjakan kau sampai akhirnya? Ben upah aku untuk bunuh kau kerana kau khianat dengan Shadow Clan.” Kata-kata Silver menghiris hati Ara. Dia memandang muka Rain yang sudah tiada ekspresi.
“Rain…Aku..”
“Aku tak sangka Ara..Aku tak sangka..Kau..” Rain kehilangan kata-kata.
Ara menghentak siku ke perut Silver dan menolak lelaki itu ke belakang. Tanpa di sangka-sangka tolakan Ara menyebabkan Silver menemui ajalnya serta-merta apabila besi cerucuk di dinding menembusi dada Silver. Ara tergamam. Rain menarik tangan Ara keluar dari bangunan itu. Sampai sahaja di lereng bukit Rain melepaskan pegangan.
“Mulai harini..anggap sahaja kita tak kenal antara satu sama lain.” Ara memandang wajah Rain tajam.
“Apa maksud kau?” Rain memandang Ara sinis.
“Bukan ke dah jelas maksud aku..Aku takkan pilih pembunuh sebagai kekasih aku!” Rain meraup kasar mukanya.
“Kau..Kau tak tahu apa-apa tentang aku..Kau tak layak cakap macam tu tentang aku!” Ara menampar muka Rain.
“Baik! Lepas ni kita bawa haluan masing-masing.” Rain segera beredar dari situ. Ara terduduk melutut di atas tanah.
“Senangnya…baru tadi kau cakap cinta dan sekelip mata kau tinggalkan aku macam tu saja..mana nilai harga cinta kita? Aku tiada sebarang nilai pada kau kah?” Air mata di lap perlahan dan perlahan-lahan dia berdiri.
“Baiklah! Kalau itu yang kau pinta akan ku tunaikan..” Serentak dengan itu angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-olah cuba membantu menghilangkan luka di hati Ara.

2 under spell:

aku said...

muka , keturunan , duit = tu la yang orang pandang

apple_pie said...

waaa........cane leh x pasan ade n3 bru neh..cowi cik snow... lap u 4 d n3..thanks

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review