Monday, June 14, 2010

Assassin Dance 15

Posted by Snow_Queen at 3:51 PM

            Sebaik sahaja pintu dapur di kunci dia ke ruang tamu. Di atas sofa terdapat comforter dan bantal. Rain sengih sendiri. Tentu Ara malu untuk bersemuka dengan dia kerana sejak dari makan malam tadi gadis itu langsung tak bersuara dan memandang mukanya. Selepas menyudahkan makan malam terus gadis itu duduk berkurung dalam bilik.
Ara duduk bersila di atas katil. Kadang-kadang dia menghentak bantal ke muka tanda malu. Telefon bimbitnya bergegar tanda ada panggilan masuk, lantas di jawab tanpa melihat nama pemanggil.
“Kalau kau nak dia selamat baik kau datang ke sini!” Suara garau si pemanggil menyapa telinga. Ara mengerutkan dahinya.
“Kau merepek apa ni?” Ara bangun untuk membuka pintu bilik.
“Tak payah nak cari dia, dia berada dalam genggaman aku..hehehe.” Suara gelak si pemanggil meremangkan bulu roma Ara. Ara lihat Rain tiada di ruang tamu dan selimut serta bantal untuk jejaka itu masih terletak elok di atas sofa.
“Lebih baik kau jangan apa-apakan dia.” Keras suara Ara memberi amaran.
“Aku akan smskan alamat. Kau kena datang sini sendirian. Lebih baik jangan bawa sesiapa kalau tak nahas aku kerjakan pak we kau ni.” Talian sudah di putuskan. Ara mencapai pedang dan sepucuk pistol lantas dia bergegas keluar menuju ke destinasi yang di tetapkan.
            Sebuah bangunan usang yang setinggi 5 tingkat terletak jauh dari pandangan manusia menyapa pandangan Ara. Perlahan-lahan dia mendaki tangga yang bakal roboh pada bila-bila masa untuk naik ke atas. Bunyi-bunyi aneh kadang-kala menyapa pendengaran namun tidak di hiraukan demi kekasih hati yang berada dalam bahaya.
“Woshhh” bunyi libasan pedang menyebabkan badannya terhentak di dinding. Ara mengenggam erat pedang bersedia menghadapi apa jua serangan.
“Selamat datang..Hari ini riwayat kau akan berakhir di tangan aku!” Keras sekali suara sang jejaka melemparkan amaran.
“Silver? Mana Rain?” Ara mengecilkan matanya apabila kelibat Silver menyapa pandangan.
“Sayang…kau ni bodoh juga rupanya. Rain? Dia tak ada kena mengena dengan kita kenapa aku nak libatkan dia?” Ara menahan rasa amarah yang membuak-buak dalam dada.
“Selepas kau mati Ben akan akui kebolehan aku dan aku akan di jadikan orang kanan dalam Shadow Clan seterusnya aku akan kuasai Clan tu dengan membunuh Ben hahahaha. Dendam aku untuk penghinaan yang Ben lemparkan dahulu akan aku balas kembali dengan musnahkan Shadow Clan.” Ara tersenyum sinis.
“Silver…Silver..Apa kau dah lupa Ben bukan sebarangan orang? Jadi orang kanan? Kau kena langkah mayat aku dulu. Aku takkan biarkan Shadow Clan di kuasai oleh orang macam kau! Kalau dulu kau kalah dengan aku kali ni kau akan kalah juga dengan aku.” Ara tergelak sinis. Silver masih lagi mengekalkan senyuman sinis.
“Ada aku peduli? Lagi pun kalau Rain tahu kerja kau sewaktu kau masih berada di dalam Shadow Clan adakah kau rasa dia akan terima kau lagi?” Silver gelak perlahan. Ara menggetap gigi.
“Kenapa? Tak terucap? Aku nak juga tengok reaksi dia kalau dia tahu perempuan kesayangan dia ni adalah pem…bunuh selama ini..”
“Cukup! Jangan kau ungkit kisah lalu aku. Ara yang dulu dah mati dan yang berada di depan kau ni adalah Ara yang baru..” Air mata mula mengalir bila dosa-dosa silam mula bertandang di ingatan.
“Tapi kenyataanya kau tetap pembunuh dan kau pernah membunuh. Aku tak faham apa yang Ben pandang pada kau. Aku boleh laksanakan setiap kerja yang di berikan dengan lebih baik daripada kau pembunuh!” Ara mara ke hadapan. Silver melibas pedang ke arah muka Ara, pantas gadis itu mengelak ke tepi. Ara menendang perut Silver dan Silver menghayunkan penumbuk ke muka Ara. Kedua-dua mereka terduduk di atas lantai.
            Rain masuk ke dalam ruang tamu dan meletakkan bungkusan makanan ringan di atas meja. Peluh di dahi di lap. Dia ingin mengajak Ara untuk menonton tv bersama lantas dia menuju ke bilik Ara. Pelik..mana minah ni pergi? Desis hati Rain. Kelam-kabut dia mencari Ara satu rumah. Hatinya mula berasa tidak sedap apabila pedang Ara tiada di tempatnya. Hati dan fikiran mula membisikkan bukan-bukan lantas dia keluar dari rumah itu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review