Sunday, May 30, 2010

Flower Boys 2

Posted by Snow_Queen at 9:17 PM

            “Apa?” kesemua mereka menjerit serentak. Mr. David memekup telinga. Bingit dengan jeritan budak-budak di hadapannya.
“macam yang saya cakap tadi Cik Xera tinggal kat sini sebab dorm perempuan dah penuh. Jadi sehingga ada kekosongan Cik Xera akan tinggal di sini.” dengan sabar David mengulangi ayatnya satu persatu. Xera menepuk dahinya sekuat hati. Pening datang tiba-tiba. Duduk satu dorm dengan lelaki 1 hal, perangai dorang entah macam mana 2 hal, dan yang paling penting di dalam dorm ni hanya kami berlima sahaja yang tinggal kerana dorm ini memang di khaskan untuk mamat-mamat berempat ni 3 hal. Warghhh! Dia rasa nak menjerit.
            “baiklah..oleh sebab tak ada pilihan mari kita buat peraturan” Xera bangun tiba-tiba. Kevin memandang Xera dengan pandangan yang pelik.
“syarat?” Xera memandang Kevin.
“yelah..aku perempuan..manalah tahu korang akan ambil kesempatan nanti” dia segera teringat incident di bilik air tadi. Dia menjeling Ki Bum yang buat muka tak berdosa. Nasib baik waktu tu dia dah pakai jubah mandi..kalau tak mahu dia mati sahaja di situ.
“jangan risau lah..kami tak berselera dengan kau” Alex menjeling sinis.
“ah berselera ke tak lain cerita..aku hanya nak ambil langkah berjaga-jaga saja”
“jadi apa syarat yang Cik Xera nak kenakan?’ Gary memandang tepat muka Xera.
“1. Kita saling menghormati kehidupan dan privasi masing-masing
2. oleh sebab bilik air kat luar aku akan letakkan sign jika ada orang di dalam. Korang jangan buat-buat tak nampak pulak.
3. jangan masuk bilik aku sesuka hati mak cik korang je. Ketuk dulu ye..itu je” Xera memandang wajah-wajah insan di depannya.
“aku nak tambah lagi 1” Alex memandang Xera. Xera hanya mengangguk.
“jangan jatuh cinta dengan aku!” Alex memandang Xera sinis.
“heh malam sikit..jangan risau aku takkan kalau aku nak pak we pun aku nak yang macam dia” Xera menunjukkan ke arah Ki Bum. Entah kenapa dia rasa lelaki itu agak menarik hatinya. Ki Bum ternganga.
“hehehe main-main je. Jangan perasan” Xera menjeling lelaki itu.
“jadi…parents kau kerja apa?” Kevin bertanya. Xera meneguk air sedikit sebelum menjawab soalan Kevin. Perbualan bersambung di meja makan.
“Ayah aku kerja kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Mak aku suri rumah” Kevin, Ki Bum, Alex dan Gary ternganga mendengar kata-kata Xera.
“Tipu! Setakat gaji kerani mana kau nak mampu sekolah kat sini?” Gary memegang tangan Xera. Xera menjeling lelaki itu tajam.
“aku dapat biasiswa” selamba dia menjawab. Namun Ki Bum hanya memandang wajah gadis di hadapannya itu. dia langsung tak percaya dengan kata-kata perempuan itu.
“wah! Bukan semua orang layak mendapat biasiswa sekolah ni. dalam sekolah ni hanya Ki Bum sahaja yang di taja. Kau mesti bertuah” Kevin excited tiba-tiba. Xera hanya tersenyum sinis. apa-apalah pak cik oiii..ada aku peduli ke.
“aku nak naik tidur dulu” dia menghabiskan makanan di dalam pinggan dan beredar naik ke atas.
“sangat menarik” Gary tersenyum sinis.

4 under spell:

Blue Sapphire said...

erm.....so interestinx..cam story boys over flowers larq...hehe...cpat yew post new n3...

Haruno Hana said...

betoi2. cam BOF. xpe2, keep it up!

princess ugly duck said...

salam..rasa macam tengok cter korea jer....kiranya penulis ni menadaptasi dari movie ke penulisan...apa2pon ok cter ni

Snow_Queen said...

@princess ugly duck:hehe tak juga..sye mengambil inspirasi dr cter2 korea n tlis dgn gye sye..klu de psamaan itu hnyalah kbutulan sje... ^^v

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review