Sunday, May 30, 2010

Flowe Boys 1

Posted by Snow_Queen at 4:53 PM

            Suara riuh-rendah di laluan depan pagar sekolah menarik perhatian Xera. Dia berpaling dan melihat 2 buah kereta betul-betul berhenti di hadapannya. Tiba-tiba dia di tolak ke tepi oleh pelajar-pelajar perempuan yang berkemungkinan sudah hilang akal pada pendapat Xera. Suara sorakan yang semakin kuat menjadikan Xera semakin annoying. Tak habis-habis lagi dok jerit perkataan Flower Boys. Sesaat kemudian Alex, Ki Bum, Gary dan Kevin keluar dari kereta. Menghadiahkan senyuman manis kepada para peminat mereka. Xera buat muka. Apa yang hebat sangat dengan pemuda-pemuda di hadapannya ini?
“mereka kaya, sempurna dari semua segi dan yang paling penting mereka seperti putera raja..ahhhh” seorang gadis di sebelah kanannya menjawab seolah-olah mendengar suara hatinya. Xera tersenyum nipis. Apa-apalah..yang penting aku nak pergi mendaftar dulu. Suka hati korang lah nak mati kat sini pun. Xera meninggalkan kawasan yang sesak itu dan menghala ke pejabat sekolah. Earphone wireless diletak kembali di atas kepala dan dia tenggelam dalam khayalan sendiri.
            “ni peta kawasan sekolah dan asrama. Cik Xera di kecualikan untuk hadir ke kelas harini.” Kerani di kaunter melemparkan senyuman manis kepada Xera. Xera tunduk sedikit sebelum beredar. Hermmm nak pergi mana dulu ye..ah baiklah! mari kita melawat sekolah dulu sebelum ke asrama. Herm boleh tahan besar juga sekolah ni. harap-harap esok aku tak sesat. Yosh semangat Xera. Tunjukkan kat parents kau yang kau boleh survive. Dia mula mengelilingi kawasan sekolah seorang diri.
            “harini ada pelajar baru yang akan masuk ke dalam dorm kita.” Kevin memandang teman-temannya. Alex buat muka. Dia paling tak suka pelajar baru. Gary memandang muka Alex.
“kau tahu Alex…kalau kau tak suka pun biarkanlah..kau jangan nak buat benda yang pelik-pelik pulak” Gary memandang Alex. Alex hanya tersenyum sinis. Ki Bum hanya menggelengkan kepala. Sah mamat tu ada rancangan dalam kepala otak dia.
“errr..minta maaf jalan nak ke perpustakaan ikut mana ye?” serentak empat pemuda itu memandang gadis yang bertanya. Mereka tersenyum sinis.
“kalau nak tackle kami pun tak payah la tanya soalan macam tu cuba la tanya negara Cuba kat mana ke..” Alex menyelar gadis di hadapannya. Berkerut-kerut kening gadis di hadapannya tanda marah.
“hello..nak mengorat? Heh muka macam korang ni bukan taste aku..minta maaf banyak-banyak la” Xera menunjal kepala Alex. Alex sudah mengangkat tangan mujur Kevin menahan.
“sorry cik..jalan nak pergi perpustakaan cik jalan terus dan belok sebelah kanan” Kevin menghadiahkan senyuman nipis. Xera membalas kembali senyuman Kevin.
“hey..kau patut belajar bersopan macam kawan kau ni” dan dia berlalu pergi. Ki Bum dan Gary sudah ketawa. Pertama kali jumpa gadis macam tu memang menarik. Alex menggengam penumbuk. Kalau dia jumpa lagi gadis tu nescaya dia akan kenakan gadis itu cukup-cukup.
            heh mana pulak dorm aku ni..dah setengah jam cari tak jumpa. Betul ke wujud dorm bernama Paradise ni? Xera menggaru kepala. Dia membuka pintu pagar di hadapannya. Selepas berjalan selama 15 minit dia berhenti melihat bangunan di hadapannya. Wah….ni dah macam rumah je ni. ada beberapa buah kereta kelihatan terpakir elok di hadapannya. Dorm setinggi 3 tingkat itu di pandang lama.

Dia menolak pintu utama dorm yang berwarna putih dan sekali lagi dia tergamam kerana melihat perabot rumah yang tersusun elok. Dia melangkah masuk.
“selamat datang Cik Xera” seorang butler separuh abad menyapa Xera. Wah siap ada butler lagi. Herm memang berbaloi la aku datang sini. Dia tersenyum nipis.
“mari saya tunjukkan bilik Cik” Xera mengikut butler tersebut dari belakang. selepas selesai mengemas dia keluar untuk membersihkan diri di kolam air panas yang terletak di hujung tingkat 1 itu.

            Ki Bum mencapai tuala dan meletakkan tuala berkenaan di atas kepala. Dia rasa melekit dan ingin segera mandi. Sebaik sahaja tombol pintu di buka…
“Arghhhhhh!”






1 under spell:

Haruno Hana said...

best2 ;D great starting

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review