Monday, May 24, 2010

Black Cat : the curse of white lily 1

Posted by Snow_Queen at 4:25 PM

      Pada zaman dahulu kucing hitam menjadi binatang yang paling di hormati di kalangan penduduk di negara Exora kerana kucing itu di katakan boleh membawa malang atau sumpahan jika sesiapa cuba mengapa-apakan mereka. lagi-lagi kucing hitam juga di kaitkan dengan ahli sihir kejam. Ada juga yang menyatakan kucing hitam mempunyai kuasa mistik tersendiri dan ada juga yang menyatakan sebahagian daripada spesis itu boleh berubah menjadi manusia dan menjadi kucing pada bila-bila masa mereka mahu namun tiada bukti yang menyokong pernyataan itu. Tetapi pada hari ini kepercayan itu sedikit demi sedikit hilang bersama dengan arus kemodenan negara itu. Walaupun begitu spesis itu sebenarnya wujud cuma mereka berada di dalam dunia mereka sendiri. Tidak kacau orang lain selagi tiada yang mengacau mereka.
   Top memanjat pagar yang sudah siap berkunci. Tiada pengawal yang mengawal di pagar sekolah harini. Dia sengih sendiri. Lalu dengan angkuh dia berjalan masuk ke dalam bangunan yang sudah berusia ratusan tahun ini. waktu siang Academy White Lily di penuhi oleh golongan pelajar yang terdiri daripada golongan-golongan elit, bangsawan ataupun sosialit namun pada waktu malam bangunan Academy ini nampak menakutkan mungkin kerana usianya. Academy ini juga mempunyai misterinya yang tersendiri. Sebahagian pelajarnya ada yang menetap di asrama dan ada yang lebih senang berulang-alik. Di sebabkan tidak ramai yang menetap di asrama maka pelajar lelaki dan perempuan ditempatkan di dalam bangunan yang sama. Sewaktu melintas di hadapan bilik locker Top melihat sepasang kekasih berdiri di depan lockernya. Dia mengenali sang jejaka. Siapa yang tidak kenal dengan Ian, ketua pelajar dan pengawas di Academy itu. selalu menjadi buruan semua gadis di Academy White Lily. Namun perangai jejaka itu agak pelik kerana dia tak banyak bercakap dan suaranya hanya kedengaran apabila perlu sahaja. Namun dia tak mengenali si gadis yang berada dalam dakapan Ian. Si lelaki berdiri di belakang si perempuan dan melingkarkan tangannya di tengkuk perempuan itu manakala si perempuan menyandarkan kepalanya di dada bidang lelaki itu. wajah perempuan itu tidak jelas kerana sebahagian mukanya terlindung di sebalik hoodie.
“sorry..korang halang locker aku” Top berdiri di hadapan pasangan kekasih itu. Ian tersenyum sinis dan menarik tangan si perempuan beredar dari situ. Top mengambil buku dan menutup kembali pintu lockernya kemudian beredar. Sewaktu hendak masuk ke dalam kelas sekali lagi dia terserempak dengan pasangan tadi dengan posisi yang sama cuma si perempuan meletupkan chewing gumnya sebaik sahaja Top lalu di hadapannya. si perempuan tersenyum sinis sebaik sahaja kelibat Top hilang dari pandangan.
    Top duduk di sebelah Uee gadis paling popular di Academy itu. Uee merupakan salah seorang kawan baiknya. Semua gadis ingin menjadi seperti Uee. Sudahlah kaya, cantik pula tu dan pelajarannya sentiasa cemerlang namun sampai sekarang dia tidak tahu kenapa gadis itu tidak mempunyai teman lelaki walhal ramai lelaki yang beratur untuk memikat gadis itu. setiap hari ada sahaja hadiah di dalam locker gadis itu namun dia hanya buat tak mengerti. alasannya cuma satu, mereka tidak layak untuk bergandingan dengan dirinya.
“oii..jauhnya kau berangan..” Uee menepuk bahu kawan baiknya. Top menghadiahkan senyuman nipis untuk gadis tu.
“asal kau lewat harini?” Uee bertanya sambil melakar wajahnya sendiri di atas kertas F4.
“macam biasa la..malam tadi ada parti kat rumah member ayah aku..so nak tak nak aku kena la ikut..balik pun dah pukul berapa..bohsan betul majlis-majlis macam ni” Top menguap perlahan. Uee senyum sendiri. Dia memahami perasaan Top kerana dia juga terpaksa menghadiri majlis-majlis sebegitu dan lama kelamaan dia sudah lali. Guru kelas mereka masuk dan memulakan sesi pelajaran pada pagi itu. mereka mula menumpukan perhatian kepada pelajaran.
 

4 under spell:

apple_pie said...

wah..citer baru.....

Miss Kira said...

hehehe...
x sbr nk taw smbungannya.. cpt smbg k..

ohya, snow nk jd penulis di bwh askara/aksara kerian x??
klau nak, gtaw kira..
sebab ada org suruh cr protege..

Rozie Achu said...

snow tak ada sambungan ka citer ni

Rozie Achu said...

snow tak ada sambungan ka citer ni

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review