Saturday, May 15, 2010

Assassin Dance 8

Posted by Snow_Queen at 11:23 PM

  Mereka mencuba hampir kesemua permainan yang terdapat di dalam amusement park berkenaan.
“wooohooo” Ara menjerit bila roller coaster berkenaan mula bergerak laju. Rain tersenyum manis. Perempuan ni tak pernah takut apa-apa ke? Desis hatinya. Mereka duduk di bangku di taman. Ara rasa sedikit pening selepas menaiki roller coaster berkenaan. Rain menghulurkan air kosong dan panadol.
“so lepas ni kita nak naik apa pula?” Ara bertanya teruja. Dia sudah lupa akan peringatan godfathernya. Rain jungkit kening. Perempuan ni memang la.
“apa kata benda tu?” Rain menunjukkan kapal lanun. Ara mengangguk setuju. Mereka segera naik dan menikmati saat-saat bersama. Rain meninggalkan Ara untuk ke tandas. Dia sempat berpesan kepada gadis itu agar jangan bergerak ke mana-mana. Ara hanya tersenyum. Sedang dia meneguk air dia melihat kelibat lelaki di panggung wayang tadi menghampiri. Jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu kini berdiri tepat di hadapannya. Harapannya agar dia takkan bertemu lagi dengan lelaki ini nampaknya tidak menjadi kenyataan.
“kau nampak ceria di samping kekasih kau” lelaki itu tersenyum sinis.
“apa kau buat kat sini? Lebih baik kau beredar sebelum aku mengapa-apakan kau” Ara mengecilkan matanya.
“heh macam inikah caranya bersapa dengan ‘kawan lama’?” lelaki itu cuba memegang tangan Ara.
“kawan lama my ass..aku tak harap nak jumpa kau lagi dan don’t ever show urself in front of me again..or..”
“atau apa? Kau nak bagitahu si tua ben tu aku dah kembali? Nampaknya kekasih kau dah datang..sampaikan pesanan aku kat ben aku akan balas dendam dan..baik kau jaga pak we kau baik-baik aku khuatir yang aku akan cederakan dia” lelaki itu segera hilang di celah-celah orang ramai. Ara menghempaskan air botolnya di atas jalan dengan keras. Dia ingin menjerit.
“kenapa?” Rain bertanya cemas. Ara menjeling Rain tajam. Dia takkan benarkan lelaki bangsat tu mengapa-apakan Rain dan godfathernya. Dia menelan ait liur kesat.
“mari pergi..aku lapar” Ara menarik tangan Rain. Lelaki itu hanya memerhatikan pasangan tadi beredar dengan senyuman terukir di bibir.
  “kau okay?” Rain memandang Ara dengan risau. Ara meneguk minumannya.
“aku okay..” Ara menarik senyuman nipis.
“errr okay ke kalau kau dah makan mi sos sebanyak 20 mangkuk?” Ara hanya tersengih malu. Dia pun tak sedar yang dia dah makan sebanyak tu.
“kau bayar la sendiri..aku tak ada duit” Rain sengih jahat. Ara menjeling Rain.
“huh..so mean…nanti aku bayar la balik..” Ara buat muka. Rain tergelak kecil. Suka benar dia mengusik gadis di hadapannya tu.
“Rain..aku pasti akan melindungi kau..” Ara berbisik sendiri.
“huh? Excuse me?” Rain memandang Ara.
“neh..kalau aku nak tambah lagi kau tak kisah kan?” mata Rain terbeliak mendengar permintaan Ara.
  Mereka kini berdiri 100 meter dari pagar rumah Ara. Ara menegah Rain daripada menghantarnya sampai depan rumah. Nak mampus kalau godfather aku tahu desis hati Ara.
“errrr..terima kasih untuk harini” Ara memandang Rain. Rain hanya menganggukkan kepala.
“walaupun ni tak termasuk dalam pakej yang kau pilih tadi tapi aku tetap nak kasi jugak” Rain mengucup bibir Ara. Ara tak sempat nak mengelat. Sedar-sedar Rain sudah hilang dari pandangannya. Dia memegang bibirnya. Kau buat macam ni lagi susah aku nak lupakan kau dan sekarang aku rasa aku takkan boleh tidur..bodoh punya Rain!!! Ara menjerit dalam hati. Rain hanya tersengih terhadap tindakan dia tadi. Dia pun tak sangka yang dia berani buat macam tu. Nasib baik aku cepat-cepat blah kalau tak agaknya kena belasah dengan perempuan tu. Tapi mungkin malam ni aku takkan dapat tidur..alahai Ara… dia tersenyum lagi.

1 under spell:

Nina Aziz said...

hahahaha..comeynyer rain ngn ara....hahahha...
mamat yg mnegur ara tu assassin tu ke??

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review