Saturday, May 15, 2010

Assassin Dance 7

Posted by Snow_Queen at 10:46 PM

   Mereka bertiga masuk ke dalam starbuck dan duduk melepaskan lelah masing-masing. Ara menjeling shasha yang kelihatan gembira apabila bershopping tak hengat dunia. Di urut tangannya yang kebas kerana kasihan melihat van menjadi hamba pegang barang perempuan shopaholic tu.
“Ara..kau belikan aku air” shasha buat puppy eyes sambil pandang ara. Ara pandang van tapi van pun buat muka cute. Aish desis hatinya. dia angkat kaki ke kaunter.
“ye cik apa yang boleh saya bantu?” Ara yang pada mulanya leka memandang senarai menu di kaunter segera memandang tuan punya suara bila dia rasa dia kenal suara tu.
“Rain!! Kau buat apa kat sini?” jeritan kecil Ara berjaya menarik perhatian beberapa pelanggan di situ.
“cuci baju..kau tak nampak ke bertimbun baju kat belakang kaunter ni?” Rain sengih perli. Ara mengecilkan matanya kerana menahan geram.
“kau nak order apa?” Ara terus memesan minuman kegemarannya.
“$35” Rain memandang Ara yang nampak comel pada hari ni. Ara meraba poket seluarnya. Aish duit kat mana kau? Desis hati Ara.
“tak ada duit?” Rain sengih sinis.
“ada la..jap aku pergi ambil beg aku” Ara pusing belakang nak panggil shasha dan van tapi rahangnya hampir jatuh bila dua orang kawan baiknya tiada dan begnya juga hilang. Dia berpaling menghadap kaunter menelan air liur yang terasa kesat. dah la telefon bimbitnya juga berada dalam beg sandangnya itu.
“errr…aku rasa shasha dan van dah ambil beg aku dan..”
“dan…??” Rain jungkit kening.
“duit aku dalam beg tu..”Ara rasa muka dia dah blush.
“kau nak cakap yang kau tak ada duit nak bayar?” Ara pantas mengangguk. Shasha dan van baik korang harap yang umur korang panjang lagi sebab kalau aku jumpa korang aku akan belasah korang cukup-cukup Ara menggengam tangannya.
“okay..sebab kau tak boleh bayar kau kena ikut cakap aku” Rain sengih jahat. Ara hanya mengangguk.
“pakej A: makan, tengok wayang, amusement park dan balik
Pakej B: tengok wayang, amusement park, makan dan balik
Pakej C: amusement park, makan, tengok wayang, balik dan extra bonus goodnight kiss” Ara mengerutkan dahinya.
“errr apa maksud kau?” Ara garu kepalanya.
“aku suruh kau pilih pakej yang aku sebut tadi b.o.d.o.h” Ara buat muka.
“aku pilih pakej B”
“auwwww..aku ingat kau nak pakej C. rugi tau tak rasa goodnight kiss dari aku” Rain kenyit mata.
“ppfftt…tak hingin aku” Ara meniup rambutnya yang jatuh ke dahi. Rain keluar dari kaunter dan menarik tangan Ara. Ara yang pada mulanya menarik tangannya daripada pegangan Rain berhenti berbuat demikian apabila merasakan usahanya takkan membuahkan hasil. Rain hanya tersenyum manis melihat muka Ara yang masam mengalahkan cuka. Mereka tiba di hadapan panggung wayang. Ramai pasangan kekasih beratur untuk membeli tiket wayang.
“kau nak tengok cerita apa?” Rain memandang Ara. Ara memandang poster-poster di hadapannya. Akhirnya pandangan matanya jatuh pada poster eclipse iaitu sequel twilight yang ke tiga. Ara menunjukkan ke arah poster eclipse. Rain mengeluarkan duitnya dan meletakkan di atas tapak tangan Ara. Ara jungkit kening.
“kau nak tengok kau beli sendiri” Rain sengih jahat. Ara bawak bertenang..kau tak nak orang cop kau perempuan meroyan kan? Dia berlalu pergi dan beratur. Semasa sedang beratur dia memandang ke sekililing. Jangtungnya berdegup kencang apabila nampak seseorang yang paling dia tak nak jumpa tapi dia ragu-ragu kerana wajah lelaki itu tak jelas.
“cik?” Ara mengalih pandangannya ke kaunter. Perempuan yang menjaga kaunter tu hanya tersenyum manis. Ara pandang sekali lagi ke tempat lelaki tadi berdiri namun kelibat lelaki itu sudah tak kelihatan.
“cik??” panggil penjaga kaunter itu sekali lagi. Masih mengekalkan senyuman manis.
“errr eclipse dua” Ara senyum nipis. Selepas membeli tiket dia menghampiri Rain yang memegang sekotak popcorn dan 2 air. Rain menghulurkan air kepada Ara. Mereka masuk ke dalam panggung wayang. Walaupun cerita eclipse sedang bermain di hadapan mereka namun Ara masih memikirkan hal berkenaan lelaki itu. Rain tak perasan Ara yang sudah mengeluh banyak kali kerana khusyuk melihat eclipse. Ara memandang Rain yang kelihatan menikmati cerita itu. dia mengukir senyuman nipis.
“aku nak pergi bilik air” Ara berbisik kepada Rain, Rain hanya mengangguk walaupun dia tak dengar apa yang Ara sebutkan tadi. Ara keluar dari panggung dan berjalan sekitar shopping complex itu. wayang berkenaan akan tamat dalam tempoh 15 minit lagi. Ara memandang ground floor dan melihat ramai manusia berpusu-pusu mengejar urusan masing-masing. Matannya sekali lagi ternampak imej lelaki itu namun sepantas kilat juga imej lelaki berkenaan hilang.
Rain menggeliat perlahan apabila cerita eclipse sudah tamat.
“seronok juga cerita tadi kan Ara?” namun tiada sebarang jawapan. Rain melihat tempat duduk di sebelahnya kosong. Panic menerpa diri. dia berlari pantas keluar dari panggung dan mencari Ara namun kelibat Ara tidak kelihatan. Dia mencari lagi tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. matanya menangkap kelibat Ara yang sedang duduk di bangku tidak jauh dari panggung. Dia menghampiri.
“kau boleh tak bagitahu aku dulu kalau nak pergi mana-mana? Aku cari kau bagai nak mati” Rain menjerkah Ara tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling mereka. Ara bangun.
“kan aku dah bagitahu kau..kau yang tak dengar” Ara buat muncung. Malu betul aku kena jerkah depan orang ramai. Rain tiba-tiba teringat kembali yang Ara ada bagitahu yang dia nak keluar dari panggung. Namun ego lebih menguasai diri.
“habis tu tak reti-reti nak hantar sms ke telefon ke bagitahu?” Rain menjeling tajam. Ara rasa nak sepak lelaki di depannya.
“kan beg aku shasha ambik macam mana aku nak sms atau bagitahu kau?” Ara menjerkah kembali dan berlalu pergi. Hatinya panas. Rain menepuk dahinya sendiri. Dia lupa hal berkenaan. Dia mengejar Ara yang sudah jauh di depan.
“I’m sorry” Rain memegang tangan Ara.
“hmmm” Ara memandang tempat lain. alahai macam pak we pujuk mak we la pulak desis hati Rain.
“Ara..sorry kay?” Rain masih ingin menarik perhatian Ara yang sedang marah.
“aigoooo adik manis maafkan lah you punya boyfriend” seorang mak cik tua yang muncul entah dari mana menyampuk perbualan mereka. Ara rasa nak tergelak. Boyfriend? Dia memandang Rain yang memandangnya dengan penuh harapan.
“adik manis jangan merajuk lama-lama..tengok pak cik dan mak cik kami tak pernah bergaduh kan darling?” suami mak cik tersebut mengucup dahi isterinya di depan orang ramai. Ara tersenyum manis melihat pasangan tua di hadapan mereka.
“see..you patut layan girlfriend you dengan baik..senyuman dia manis” mak cik tua tu tergelak perlahan.
Ara dan Rain tunduk sedikit tanda hormat dan berlalu pergi. Senyuman manis masih terukir di bibir Ara.
“kenapa kau senyum dari tadi?” Rain memandang Ara.
“nothing..aku just harap bila aku kahwin nanti aku juga akan bahagia macam pasangan tadi”
“we will” bisik Rain perlahan.
“excuse me??” Ara memandang Rain. Rain hanya tersenyum dan menarik tangan Ara untuk ke destinasi mereka yang seterusnya.

1 under spell:

Lula An-Nada said...

omo.....cutenya....hehehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review