Friday, May 7, 2010

Assassin Dance 6

Posted by Snow_Queen at 11:54 AM

   Aku duduk di tepi tingkap. merenung kecantikan bintang dan bulan di dada langit. Pertandingan itu akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi membuatkan dadaku berdebar-debar. Aku mesti menobatkan dia menjadi Queen sebelum pertandingan tu. Aku senyum sendiri lagi. Ara, satu nama yang semakin mendapat tempat di hati aku. Mengenali dia membuatkan hidup aku bertambah ceria. Ara yang cepat melenting, Ara yang suka membebel, Ara yang cepat ketawa jika ada sesuatu yang mencuit hatinya. Ah kenapa tutup mata sahaja mesti wajahnya yang menjelma?
   Aku duduk menghadap wajah yang tak boleh di tafsirkan itu. sudah 2 jam dia duduk tanpa berkata apa-apa. Kakiku mula kebas namun tak berani untuk bergerak. Dia membuka matanya tiba-tiba. Aku memandang tepat pada wajahnya.
“semua orang dah kecoh kau rapat dengan si Rain tu” aku menghirup tea di depanku perlahan.
“rapat? Rasanya mereka salah faham. Aku takkan rapat dengan musuh sendiri. Godfather jangan risau. Aku takkan malukan clan sendiri. Kau kenal aku” Aku tersenyum sinis.
“harap-harap begitulah..aku percayakan kau. Kau dah tengok berita pasal Assassin tu?” aku mengangguk perlahan.
“aku dah suruh orang pergi siasat benda tu..pihak polis silap. Mereka kata gaya pembunuhan sama namun bila diteliti ada perbezaan” Aku memandang uncle Ben.
“walau siapa pun dia…aku pasti akan buru dia sampai dapat.” Aku bangun dan berlalu dari ruang tamu itu.
  Deringan telefon bimbit memecah kesunyian pagi minggu yang aman damai. Dengan malas aku menjawab panggilan.
“ara….” Hah itu dia. kalau si shasha ni buat suara mendayu-dayu ada makna tuh.
“kau nak apa? Pagi-pagi buta call aku”
“pagi buta kemenda mak cik..dah pukul 10 dah ni. bangun cepat aku nak bawak kau pergi satu tempat” shasha menarik sengih memandang van di depannya.
“pergi mana? Ala esok-esok jela..aku nak tidur ni” Aku mendengus perlahan.
“A.R.A!!!kalau kau tak sampai depan rumah aku tepat pukul 11 aku sendiri pergi jemput kau..dan aku rasa kau sendiri tak nak benda tu berlaku kan?” shasha dah keluar aura mengugut. Ara bangun sambil menendang selimut yang terletak di hujung katil.
“yela..nanti aku sampai..kau jangan mengada-ngada nak datang rumah aku” Ara memberi amaran. Shasha ketawa sambil tunjuk thumb up kepada van. Dia hanya mengenakan jean dan t-shirt. Di capai beg sandang yang terletak di atas kerusi. Sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu Godfathernya menyapa.
“nak pergi mana?” uncle Ben menjeling.
“jumpa shasha. Dia suruh ikut pergi shopping” dan aku terus berlalu.

3 under spell:

eija said...

ala skit nya sbgan..
nk lg.. nk lg.. nk lg..

eija said...

nape ckit sgt sbgan nya..pape pn cite nie mkin mnarik..gud job..truskn usaha..chayok!!

apple_pie said...

cik snow.... i like all ur stories...
nak lagi....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review