Sunday, May 2, 2010

Assassin Dance 5

Posted by Snow_Queen at 5:59 PM

    Rentak The Freaks Come Out At Night kedengaran dari luar kelab malam Blue Dragon Club. Ara menjeling Van dan Shasha. Asal la mangkuk-mangkuk ni bawak aku datang sini. Bau asap rokok menyebabkan dia menutup hidung. Segala jenis manusia sedang berseronok di lantai tari bersama pasangan masing-masing.
“Taiko…princess Shadow Clan ada kat sini” salah seorang pengikut Rain berbisik. Rain melihat Ara dan soulmate sedang mencari tempat duduk. pertama kali dia melihat Ara tanpa cermin mata. Cukup cantik desis hatinya. Van dan Shasha meninggalkan dia keseorangan apabila mereka berjaya menemui tempat duduk. Ara tidak memesan sebarang minuman. Sedang asyik melayani fikiran seorang lelaki mabuk menghampiri. Dia segera melompat ke belakang sofa. Lelaki itu tergelak. Tiba-tiba dia terasa ada orang memeluk pinggangnya. Rain tersenyum memandang Ara yang kelihatan blur tiba-tiba.
“pak cik..jangan kacau teman wanita aku” Rain menarik Ara ke pejabatnya. Rain duduk di mejanya.
“buatlah macam rumah sendiri. Lepas habis kerja aku hantar kau balik” Rain mula menyemak dokumen di atas mejanya. Ceh! Ara mengherotkan mulutnya ke kiri dan ke kanan. Dia duduk bersila di atas sofa sambil membelek kuku. Tv yang terpasang tak menarik minatnya.
“errr thank..tapi kau tak payah selamatkan aku tadi. Aku tahu jaga diri sendiri” Ara memandang Rain. Rain mengangkat mukanya dan memandang Ara.
“aku tahu..tapi kau tetap seorang perempuan. Kalau kau betul-betul berterima kasih jadi hamba aku sahaja okay? Aku percaya kau tak suka terhutang budi” Rain jungkit kening sebelah.
“ke kau takut dengan aku?” Rain sengaja mencabar. Ara memandang Rain tajam.

“baiklah..sapa takut dengan kau. Huh” Rain menyembunyikan senyumannya di sebalik kertas.
berita tergempar. Seorang ibu mengandung di jumpai mati dalam keadaan menyayatkan hati. Terdapat kesan kelar di seluruh badan dan bayi wanita malang ini juga di keluarkan dan di cincang. Di percayai mangsa di bunuh sekitar setengah jam yang lalu. Pihak polis percaya pembunuhan di lakukan oleh pembunuh yang sama. Di minta semua orang berhati-hati” paparan berita di tv menarik minat Ara. Dia mengecilkan matanya. What the heck..dia menggigit bibir. Rain hanya memerhatikan tingkah laku Ara. Perempuan tu gelisah semacam.
“pembunuh sekarang menakutkan ha?” pandangan mereka bertembung.
“yeah..ibu mengandung pulak tu. Betul-betul kejam” Ara menukar saluran. Cartoon Cat Dog bersiaran. Ara tersenyum. Dia memang meminati cartoon ni. Rain ketawa. Budak ni suka cartoon? Dia memerhatikan ekspresi Ara. Bulu mata, bentuk hidung, bibir, senyuman. Bila Ara senyum, dia senyum. Bila Ara ketawa, dia senyum lagi. Cinta buat aku gila. Hah cinta? Rain sah otak kau dah hilang skru.

4 under spell:

aku said...

comel
sapa la yang kejam sgt tu .
rain + ara .
rain nak pergi sampai nak cr queen plak eh ?

Anonymous said...

best..smbg pjg2 bru gmpk..hehehe.. well done..

(saya)

eija said...

best lah..cpt sbg k..

Anonymous said...

yeah... hpy.. asyik tgk lptop je tgu snow ltk en3 bru.. thank wei.. smbung g ye.. sbr nk tgu..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review