Sunday, May 30, 2010

Assassin Dance 14

Posted by Snow_Queen at 8:27 PM

            Senja sudah melabuhkan tirainya. Ara duduk di rooftop dengan tenang sambil menghirup kopi latte panas. Dia memerlukan tenaga untuk malam ni. Tuan Joe dan Black masing-masing berada di tempat kerja masing-masing kerana ada urusan yang perlu di selesaikan. Rain mengeluh kebosanan. Dia ingin pergi berjalan-jalan namun malas. Tangannya di masukkan ke dalam saku dan surat Ara di keluarkan. Dia merenung lagi surat itu.
“wah! Berangan” muncul doctor yang merawat Rain petang tadi. Doctor itu menarik senyuman nipis. Rain hanya memerhatikan doctor itu.
“mak we kasi ke?” doctor itu memandang surat di tangan Rain. Rain hanya mendiamkan diri tanpa bersuara.
“awak ni susah cakap dengan orang ke pemalu?” doctor itu cuba memprovokasi namun masih tiada tindak balas dari Rain. Dia mengangkat bahu dan beredar. Rain hanya memerhatikan sahaja. Bukan dia tak ingin menjawab namun entah mengapa lidahnya kelu seolah-olah ada orang memegang lidahnya. Bunyi tembakan menarik perhatian. Rain pantas bangun dan keluar. Kelihatan beberapa orangnya sudah terbaring berlumuran di atas lantai. Rain berlari pantas untuk keluar dari situ.
            “kau memang pantas..” Silver memandang Ara yang sedang menghunuskan pedang di tengkuknya.
“kalau tak pantas musuh akan mengalahkan kita..” Ara tersenyum sinis.
“tapi sayang..misi aku pada malam ni turut di sertai oleh orang lain..Rain mungkin sudah..” Silver tidak menghabiskan kata-katanya.
“mungkin…tapi kalau dia mati kau pun akan mati.. ah mungkin aku akan biarkan si dia mati dan kau hidup? Macam tu kita akan seri” Ara ketawa sinis. Silver menggetap giginya tanda menahan marah.
“macam mana kau tahu?” Silver menyoal. Kerjanya akan bertambah susah jika kelemahan di ketahui oleh pihak lawan. Tiba-tiba beberapa orang lelaki berpakaian hitam meluru ke arah mereka. Ara dan Silver membuka langkah masing-masing mempertahankan diri.
“hei..Ben nampaknya nak bunuh kau juga” Silver menendang lelaki botak di hadapannya.
“kau sibuk apasal..dan urusan kita belum selesai” Ara menusukkan mata pedang di perut lelaki di hadapannya. Dia segera berlari keluar dari situ meninggalkan Silver.

            Rain memegang lengan kanannya yang luka. Bunyi derapan tumit tinggi dari arah atas menarik perhatiannya. Dia melihat doctor yang merawatnya petang tadi tergesa-gesa menuruni tangga dengan sebilah pedang di tangan. Rain mengerutkan dahinya. Doktor itu terkejut dengan kehadiran Rain namun dia berusaha menenangkan dirinya. Dia menarik tangan Rain untuk keluar dari bangunan hospital itu. Rain hanya mengikut sahaja.

            “Tak tahu pula yang seorang doctor di benarkan membawa pedang ke hospital?” Rain tersenyum sinis. Doktor tadi menarik nafas dalam-dalam. Mengah masih menguasai diri. Dia duduk di sebelah Rain.
“lengan awak luka..mari saya rawat” doctor itu menyapu ubat di lengan Rain, Rain memandang sekeliling untuk melihat keadaan rumah kecil itu.
“ouch..” Rain menarik lengannya. Doctor itu hanya tersengih dan menampal kain kasa di lengan jejaka itu. doctor muda itu mengelap darah di mata pedangnya dan meletakkan kembali di atas meja. Rain memeluk doctor itu dari belakang. doctor itu menggigit bibir.
“kenapa?” hanya itu yang mampu dituturkan oleh Rain.
“kena jawab ke? Errr faham-faham sendiri jelah hehehe” Doctor itu berpaling menghadap Rain.
“Ara!” nada suara Rain sudah berubah. Ara hanya tersenyum nipis. Dia menanggalkan topeng kulit dari mukanya dan rambut palsu. Dia melemparkan pula kasut tumit tinggi.
“lari dengan kasut ni memang sakit..i wonder macam mana dorang berlari dengan pakai kasut ni” Ara mengurut tapak kakinya. Mengelak soalan Rain. Rain hanya mengeluh. Dia memegang bahu Ara kuat.
“Ara! Aku cakap sekali sahaja..aku sukakan kau dan aku dapat rasakan kau juga mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Jangan main tarik tali lagi boleh tak?” Rain memandang tepat ke dalam anak mata Ara. Ara menundukkan wajahnya. Malu. Rain melepaskan pegangan. Mereka hanya berdiri berhadapan antara satu sama lain. Ara memandang Rain dan tanpa di sangka-sangka dia mengucup bibir lelaki itu.
“aku rasa kau faham dengan jawapan aku kan? Eh nak mandi la panas kan hari ni?” Ara lari masuk ke dalam bilik air. Dia memegang dadanya. Dapat di rasakan jantungnya bagai nak melompat keluar. Dia sengih sendiri. Rain hanya tersengih lebar sambil memegang bibir.

3 under spell:

epy elina said...

hohoho...
sweet...
ingtkan rain curang...
kuat jg prsaan rain smp dia thu 2 ara....
best2x...

Snow_Queen said...

klu rain curang meh kt same2 oncung kapala dia..heheeh

thir said...

bestt snow, sambung agy........

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review