Sunday, May 30, 2010

Assassin Dance 13

Posted by Snow_Queen at 3:10 PM

   Ara melihat wajah muram Rain yang sedang duduk termenung. Apabila mendapat khabar Rain sudah sedar bergegas dia ke hospital itu namun dia hanya mampu melihat dari jauh. Ingin sekali dia memeluk orang yang di rinduinya itu namun…dia mengeluh perlahan.
“susah nak melepaskan?” Ara memandang Black yang muncul tiba-tiba di belakangnya. Dia menyandarkan tubuhnya di dinding menghadap Rain.
“aku nak sekali singkirkan dia dari hidup aku tapi hati aku lebih cepat bertindak dari fikiran. Apa penerimaan dia terhadap berita ‘kehilangan’ aku?” Ara memandang Black.
“mau tak mengamuk dia. siap nak cari kau lagi mujur ayah aku tenangkan dia. kenapa tak kau berterus-terang saja dekat dia. korang boleh bergabung dan..”
“dan biarkan dia mati atau tercedera? Sorry aku tak nak memperjudikan nyawa dia dan ini adalah urusan aku dan Silver” Ara melangkah pergi dari situ setelah dia melihat Rain buat kali terkahir.
            Rain melihat sekali surat yang hampir renyuk itu. Dia betul-betul tak boleh terima isi kandungan surat tu. Dia pasti akan cari gadis itu sehingga ke lubang cacing dan mendapatkan penjelasan dari gadis itu. itu tekadnya. Tuan Joe dan Black hanya memerhatikan tingkah laku Rain dari jauh. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“bila kita boleh bertindak?” Tuan Joe memandang Black.
“lusa..” Tuan Joe hanya menganggukkan kepala.
            Silver menendang kerusi dan meja di hadapannya. Dia tahu ini semua perbuatan siapa. Semalam dirinya hampir-hampir di tangkap oleh anggota-anggota Interpol dan mujur dia bertindak bijak dengan melarikan diri dengan lebih awal. Dia menyumpah seranah Ara. Kau nak main sangat dengan aku kan? Dan harini permainan sebenarnya akan bermula. Aku akan pastikan kau jatuh tersungkur dan merayu kepada aku getus hatinya. Silver melemparkan senyuman sinis kepada photo Ara di dinding.
            Ara merasakan seluruh tubuhnnya seram tiba-tiba. Dia menggosok kedua belah tangannya. Silver sekarang pasti tengah menyumpah seranah aku. Baiklah apa sahaja permainan yang kau nak mainkan aku akan ikut rentak kau tapi sebelum tu kau suka tak hadiah aku hehehe. Ara sengih sendiri. Dia terus mengasah pedangnya dan mengisi peluru dalam revolver. Dia beredar untuk bersiap. Malam ini pasti Silver akan melancarkan serangan balas dan dia perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.
            “ayah tak payah la nak suap saya..macam la saya ni budak kecil” Rain memandang Tuan Joe yang berkelakuan pelik. Tuan Joe hanya tersenyum sinis.
“ala…sekali-sekala je..lagi pun dah lama ayah tak suap kamu” Tuan Joe mengerdipkan matanya. Rain mengerutkan keningnya. Buang tebiat ke apa orang tua ni. Rain memandang ke arha seorang doctor wanita yang baru sahaja melangkah masuk. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Rain dan Tuan Joe.
“apa khabar awak hari ni?” Doctor muda itu memeriksa Rain dan menulis laporannya di atas kertas laporan pesakit. Rain hanya merenung doctor muda itu. entah kenapa jantungya berdegup kencang apabila melihat senyuman doctor muda itu. haish Rain kau dah ada Ara. Jangan curang. Dia berlagak biasa.
“Doctor..bila anak saya boleh keluar?” Tuan Joe bertanya.
“ermm..kalau tak ada masalah lusa dia dah boleh keluar. Saya minta diri dulu” doctor muda itu melangkah keluar dengan senyuman manis. Sebaik sahaja kakinya keluar dari bilik Rain dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup terlalu laju apabila berhampiran dengan lelaki itu dan…dia sukakan perasaan itu.

3 under spell:

apple_pie said...

sayangnya ara kt rain ek...

Snow_Queen said...

sapa xsayang pak we oii..heheh

aqilah said...

sampai kena menyamar jd nurse lak ye, ara...................

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review