Saturday, May 29, 2010

Assassin Dance 12

Posted by Snow_Queen at 6:14 PM

“apa asas untuk ‘melenyapkan’ musuh yang kau pelajari dari Clan kau?” Black memandang tepat ke dalam anak mata Ara.
“jangan tergesa-gesa”
“kenal pasti kekuatan dan kelemahan pihak lawan”
“dan yang paling utama biar pun kita dah jatuh ke dalam perangkap musuh jangan sesekali menggelabah” Ara menjawab dengan tenang soalan Black.
“betul..secara teknikalnya di mana-mana Clan pun mereka akan gunakan teknik yang sama jadi aku rasa kau dah tahu apa yang kau patut buat?” Black tersenyum nipis memandang Ara. Ara mengukir senyuman yang agak menakutkan. Rancangan sedang terlakar dengan cantik di dalam kepalanya.
“terima kasih Black.. aku nak minta tolong kau” Ara mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sekeping sampul surat berwarna hitam di serahkan kepada black. Nama Rain tertera di atas sampul itu.
“aku..aku ada permintaan..kau akan tolong aku kan?” Ara memandang Black dengan penuh harapan.
  Dia tersenyum sinis. keadaan ini yang paling dia suka. Bila mangsa merayu meminta nyawa dan belas kasihan. Tapi malangnya….membunuh ini adalah satu kepuasan dan malam ini 3 nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa nafsu dirinya. Dia menjilat darah yang ada di pedangnya sambil melihat nyawa mangsa ke tiganya putus secara perlahan-lahan. Apabila mangsa sudah tidak bernyawa dia tersenyum dan berlalu pergi.
  Ara duduk di dalam rumah itu. dia tahu orang-orang uncle Ben pasti sedang giat mencari dirinya. Dia berharap sangat rancangannya kali ini akan berhasil dan selepas itu..dia akan kembali kepada uncle Ben untuk menerima hukuman. Malam ini ada benda yang harus dia lakukan. Di periksa sekali lagi barang-barang yang di perlukan. Dia tersenyum puas hati. Silver….apabila kita bertemu sekali lagi aku akan pastikan kau akan ingat aku siapa even kau dah tak bernyawa di atas muka bumi ni. dia tersenyum sinis.
  Suasana kelab malam sibuk dengan para pengunjung yang dahagakan hiburan. Dia menyeludup masuk dengan mudah. Dan target sudah di pilih. Dia terpaksa menggunakan cara ini. dia masuk ke dalam ladies dan duduk dalam bilik air. Menunggu. Suara orang mabuk kedengaran. Dia membuka pintu. gadis yang mabuk itu langsung tidak memperdulikan kehadirannya. Sibuk memuntahkan isi perut. Sapu tangan yang di sapu chloroform di tekup ke mulut gadis itu. sekejap sahaja gadis itu sudah pengsan. Dia segera melakukan apa yang patut dan beredar keluar dari situ.
  Pada keesokan harinya kecoh berita penemuan mayat di dalam bilik air di kelab malam. Mangsa di bunuh secara kejam dan pihak polis hanya jumpa satu petunjuk dari pembunuh. Mereka terjumpa besi kecil berbentuk huruf S. setakat ini tiada penangkapan di buat. Ara melihat berita sambil menggigit roti bakar. Dia tersenyum nipis….

3 under spell:

epy elina said...

hohooho...
crta smkin mnarik...
pe yg ara nak bt ekkk.....
x sbr nak thu...

apple_pie said...

alaa......... xpuas la..
cik snow...

pinkpurle amie said...

wahahaha....cter nie makin best la, cik snow...x sabaq nak tunggu next n3.
apa yg ara n black nak wat yek?
apa isi sampul surat warna itam 2?
ish makin mendebarkan. cter cik snow x pernah mengecewakan Amie... thumbs up la sis snow...PLEASE ANTAR NEXT N3 SECEPAT MUNGKIN YE.....GAMBATE!!!

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review