Friday, May 28, 2010

Assassin Dance 11

Posted by Snow_Queen at 2:27 PM

    Dia mengeluh sendirian. Pergerakan dia sudah tidak di kawal dengan ketat seperti sebelum ini. Apa khabar si dia agaknya. Uncle Aaron masuk ke dalam biliknya dengan wajah cemas.
“Ara…Rain..dia…” tercungap-cungap uncle Aaron menarik nafas. Ara menarik air liur kesat. khuatir jika ada apa-apa yang terjadi dengan orang kesayangannya.
“silver serang dia sewaktu dia dalam perjalanan balik dari pertandingan Gala of The Kings. dia sekarang berada di ICU” Ara berlari keluar dari biliknya namun di tahan sebaik sahaja dia sampai di gate. Dia menderam perlahan.
“aku tak suka mengapa-apakan korang namun..aku minta maaf” dia menendang pantas kedua-dua pengawal yang mengawal gate utama rumahnya itu. kedua-dua pengawal berkenaan terduduk sambil mengerang perlahan. dia berlari ke jalan utama dan menahan taxi. Sambil dalam perjalanan ke hospital dia sempat berdoa agar Rain dapat bertahan.
  Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling dia terus merempuh masuk ke dalam wad ICU itu. tuan Joe dan Black yang sedang menunggu Rain tersentak dengan kehadiran Ara secara tiba-tiba.
“baru ingat nak culik..dia dah datang dulu” kedengaran suara Black menggumam sendiri. Ara memegang tangan Rain. Dilihat segala macam wayar berselirat di tubuh lelaki itu.
“keadaan dia macam mana?” Ara memandang Tuan joe.
“koma..” kata-kata Tuan Joe membuatkan dunianya terasa gelap. Dendam dan kemarahannya kepada silver semakin mendalam. Aku dah berjanji akan melindungi kau..namun aku gagal menunaikannya. Aku akan balas balik apa yang dia buat pada kau. Azam itu telah tersemat dalam hatinya. Dia nekad. Lalu setelah dahi Rain dikucup dia segera keluar dari wad itu. dia akan pastikan lelaki itu takkan sempat melihat fajar menyinsing untuk hari esok.
“Black..pergi ikut Ara..ayah khuatir dia akan buat benda bodoh” Black segera keluar dari bilik itu.
  Dia memasuki bangunan separuh siap di hadapanya. Dia duduk di atas sebuah kerusi yang ada di dalam bangunan itu. dia tunduk sambil mengenggam penumbuk menahan rasa amarah. Malam ini dia akan buat perhitungan dengan lelaki itu. dia tidak peduli kesan yang bakal di lalui janji dia dapat melampiaskan rasa amarah dan dendam terhadap lelaki dujana itu. derapan tapak kaki menarik perhatian. Dia segera mengangkat muka memandang pintu masuk menanti wajah yang paling di bencinya muncul. Mata menjeling tajam apabia melihat wajah Black menyapa pandangan matanya.
“kau buat apa kat sini??” Ara menyoal dengan nada tinggi.
“kau jangan buat kerja bodoh Ara… aku tahu apa yang ada di fikiran kau..tapi jangan buat benda yang akan kau menyesal kelak. Ingat setiap langkah yang kau ambil apa kesannya terhadap hubungan kau dan Rain” Ara melepaskan nafas secafra kasar. Ada benarnya kata Black.
“tapi aku tak boleh biarkan Silver terlepas macam tu sahaja” Black memandang Ara.
“dan sapa kata aku akan biarkan dia terlepas begitu sahaja?” Ara memandang Black yang tersenyum sinis.

4 under spell:

apple_pie said...

alaa... pendeknye..x puas la.
nak lagi. nak lagi...hehehehe

kumako said...

betul3... pdek sgt.. nak agy2...

eija said...

nape pendek sgt..
btul2 xpuas..

aqilah said...

fulamak....gempak lah!!!! belasah cukup2 si siver spoon tu!!!!!!!!!!!!!!!

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review