Monday, May 17, 2010

Assassin Dance 10

Posted by Snow_Queen at 3:17 PM

    2 minggu berlalu. Shasha dan van risau melihat keadaan Rain yang kelihatan tidak ubah seperti mayat hidup. Tubuh lelaki itu juga kelihatan susut sedikit. Pelbagai cara yang di buat oleh van dan shasha untuk menghubungi Ara namun kesemuanya gagal. Rain pada dasarnya hidup namun seperti manusia yang tiada perasaan. Dia tetap pergi urban lounge dan berusaha keras untuk pertandingan yang bakal berlangsung tak lama lagi namun kawan-kawannya kata dia berusaha terlalu keras. Rain bukan lagi King of Dance yang dahulu. Yang menikmati dan menghargai keseronokan tarian. Mereka melihat Rain sekarang tak ubah seperti robot namun mereka sentiasa di samping lelaki itu. mereka tahu kenapa lelaki itu jadi sebegitu. Cinta memang menyakitkan apatah lagi Ara adalah cinta pertama lelaki itu. dan pembunuhan bersiri kembali menghantui penduduk negara itu. mereka ketakutan apabila setiap hari sekurang-kurangnya 2 orang akan terbunuh.
   Ara menggetap bibir apabila melihat berita yang terpampang di tv. Dia tahu siapa yang bertanggungjawab di atas semua pembunuhan itu namun lelaki itu cukup licik. Dia tahu yang dia perlu lakukan sesuatu namun dia perlu bersabar sehingga waktu mengizinkan dia untuk bertindak.
“huh berangan” uncle Aaron duduk di sebelah dia. Ara menarik senyum segaris. Dia melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.
“Ara tak layak untuk dia…” Ara menggigit bibir menahan sebak di dada.
“kenapa cakap macam tu?”
“Uncle tahu kan apa yang Ara buat selama Ara berkhidmat untuk Shadow Clan? Biar Ara bayar dengan semua darah yang ada di dalam tubuh Ara pun takkan mampu menebus dosa Ara. Dia layak mencari gadis yang terbaik untuk dirinya.” Uncle Aaron mengeluh halus.
“Ara…setiap insan pasti berbuat kesalahan dan untuk menebus kesilapan masa lalu itu ada harga yang harus di bayar..demi dia Ara harus kuat okay?” uncle Aaron mengusap kepala anak gadis itu perlahan.
“Ara rindu….” Esakan kecil kedengaran. Aku berjanji aku akan membantu Ara desis hati Aaron.
   Rain duduk di port biasa memerhatikan beberapa b-boys beraksi. Xie, Kay, K.O, Simon, Lee dan Ryu memerhatikan Rain. Mereka hanya mampu menggeleng perlahan. tiada apa yang mampu mereka buat melainkan memberi semangat untuk lelaki itu. Lyn datang ke tempat Rain. Yang lain-lain mencebik. Terasa ingin menyepak gadis gedik tu jauh-jauh supaya tak mampu untuk kembali ke atas muka bumi ini lagi. Rain hanya memberi jelingan tajam apabila Lyn mula meraba dirinya. Apabila dia terasa nak sepak si gadis itu dia segera bangun dan duduk bersama gengnya. Lyn mencebik dan berlalu pergi. Tuan Joe dan Black juga terasa dengan perubahan sikap Rain. Mereka cuba untuk membantu Rain namun sehingga hari ini mereka gagal untuk berunding dengan Ben.
“si Ben tu keras kepala. Terasa nak benamkan pisau dalam kepala dia” Tuan Joe merungut. Black tersengih kecil.
“yang kau tersengih kecil macam kerang busuk ni apahal?” Tuan Joe menempelak anak sulungnya.
“ayah membebel macam perempuan..hehehe” Tuan Joe baling majalah namun berjaya di tepis oleh Black.
“ala ayah ni chill la..uncle Ben tu kan memang macam tu sejak azali lagi..degil-degil pun adik ayah juga” Black sengih lagi. Tuan Joe turut tersengih. Selepas kedua ibu bapanya meninggal hanya dia dan Ben terus mempertahankan kuasa masing-masing. Dia dan Ben tak pernah bermusuhan namun sikap adiknya yang keras kepala itu membuatkan dia pening. Entah apa yang ada dalam kepala otak adik dia tu dia tak tahu.
“ayah..kita culik Ara pastu kita kahwinkan Ara dan adik..bila dorang dah kahwin mesti uncle ben tak mampu nak  buat apa-apa dah kan?” Black memandang ayahnya.
“kepala kau..di buatnya si Ben tu mengamuk naya kang” Tuan Joe geleng kepala. Si black ni harap je brutal tapi bila datang angin senget dia bukan boleh harap mamat ni. mereka memandang Rain yang kelihatan tak bermaya.
“rain…mari sini” Tuan Joe menepuk tempat kosong di sebelahnya. Rain tanpa banyak bicara duduk di sebelah ayahnya.
“kau betul cintakan budak Ara tu?” Tuan Joe menyoal anak terunanya itu. Rain menanggukan kepalanya.
“kalau Ayah berjaya pujuk si Ben tu supaya kahwinkan korang kau sanggup buat apa sahaja yang ayah suruh?” Rain angguk lagi.
“bagus…kau boleh naik sekarang.” Rain berlalu tanpa banyak soal.
“apa rancangan ayah?” Black jungkit kening.
“kita culik Ara..”
“huh??” terkesima black mendengar bicara ayahnya. Tuan Joe tersenyum nipis.

3 under spell:

apple_pie said...

uish..smpi culik2 neh.. nak lagi..nak lagi...

aqilah said...

alamak bestlah!!!!mesti gempak ni........yes...yes....nak ara dgn rain........together hapuskan silver poison!!!! apapun, akak follow............

sabrina said...

ahaha , ayah pon sekepale dengan anak. taktahan gelak bace ayat tuh

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review