Monday, May 17, 2010

Assasin Dance 9

Posted by Snow_Queen at 3:16 PM

   Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke ruang tamu Ben segera menarik kolar baju anak angkatnya itu. Ara hanya memandang dingin.
“bukankah aku dah bagi amaran jangan mendekati dia lagi!!! Kau pekak ke??” penampar singgah di pipinya yang mulus itu. Ara memegang pipinya tanpa perasaan. Uncle Aaron menenangkan sahabat baiknya itu.
“Aku tak pernah lupa amaran tu..tapi aku perlu berada di sisinya kerana aku perlu melindungi dirinya dan kerana aku mencintai dirinya” penampar singgah lagi di pipinya.
“Ben!! Sudah la tu..Ara pergi masuk bilik” Uncle Aaron menolak badan aku supaya naik ke atas.
“dasar anak tak kenang budi..” Ben mengeluh kasar.
“dia dah kembali…dan dia akan balas dendam” Ara masih lagi tercegat di kaki tangga.
“Ara..pergi masuk bilik” suara Uncle Aaron kedengaran tegas.
“Silver Poison dah kembali..sebab tu aku kena melindungi Rain” Ben dan uncle Aaron terkesima kerana mendengar nama Silver Poison. Mereka saling berpandagan.
“mulai esok kau tak di benarkan ke mana-mana. Kau akan berhenti sekolah sampai keadaan kembali tenang” Ben mengeluarkan arahan.
“sejak bila godfather jadi pengecut? Aku nak pergi mana adalah hak aku..apa kau dah lupa perjanjian berdarah tu?” Ara mengecilkan matanya.
“aku peduli apa dengan perjanjian tu…kau akan ikut cakap aku..” Ben menepuk tangannya sekali dan beberapa orang lelaki muncul tidak lama kemudian.
“bawak perempuan ni masuk ke dalam bilik. perhatikan pergerakan dia” beberapa orang lelaki berkenaan menarik Ara masuk ke dalam bilik dan pintu biliknya di kunci dari luar. Ara menendang pintu bilik berkenaan sekuat hatinya tanda protes. Dia baring di atas katil memikirkan strategi seterusnya.
   Cawan yang di pegang Rain pecah. Tuan Joe dan Black memandang Rain serentak. Rain rasa tak sedap hati. Kelam kabut orang gaji datang membersihkan kaca yang berterabur di atas lantai.
“errr…aku naik atas dulu” dia meminta diri. Tuan Joe dan Black hanya memerhatikan pergerakan Rain. Mereka tersenyum sinis. dia baring di atas katil. Adakah Ara dalam kesusahan?. Entah kenapa nama itu yang naik di dalam fikirannya. Sebentar kemudian dia tersenyum sendiri apabila teringat insiden tadi. Perlahan-lahan dia terlelap.
  Keesokan paginya Rain yang bermuka ceria menghadap shasha dan van yang sedang menikmati sarapan bersama.
“mana Ara?” itu soalan pertama yang terpacul dari mulutnya. Shasha dan van tersenyum sinis.
“amboi..tak menyempat kau kan?” van sengih mengusik.
“kejap lagi sampai la tu…awal lagi ni” shasha menyuap kuih dalam mulutnya. Sebaik sahaja loceng berbunyi mereka duduk di tempat masing-masing. Namun sehingga guru kelas mereka masuk kelibat Ara tak kelihatan menyebab kan Rain, shasha dan van menjadi resah.
“oh lupa pula saya nak beritahu yang Ara dah berhenti sekolah” kata-kata guru kelas menyebabkan Rain, shasha dan van terkesima. Mereka saling berpandangan. Rain bangun keluar dari kelas diikuti van dan shasha.
“awak semua nak pergi mana?” jeritan guru kelas mereka tidak di endahkan.
  Loceng rumah Ara di tekan banyak kali namun tiada siapa yang datang membuka pintu. kawasan rumah itu juga senyap sunyi seolah-olah tiada penghuni. Ara hanya memandang kelibat rakan-rakannya dan Rain dengan sayu. Dia juga tak mampu berbuat apa-apa. Setelah penat mereka bertiga beredar dari kawasan rumah itu. nasib baik mereka datang waktu godfather Ara tiada di rumah kalau tak memang dah selamat mereka bertiga tu. Ara duduk di taman rumahnya. Terasa ada tangan memegang bahunya. Dia berpaling menghadiahkan senyuman nipis.
“Ara kena kuat okay?” Uncle Aaron menghadiahkan senyuman buat anak gadis itu.
“kenapa bukan uncle yang jadi godfather Ara?” keluhan kecil terlepas dari bibir mungil itu.
“Ara jangan cakap macam tu…uncle tahu Ben mampu menjaga Ara dengan lebih baik daripada uncle” Ara tersenyum kelat.
“macam mana dengan Silver poison?” Ara memandang lelaki di depannya.
“masih tiada khabar tentang dia..kemungkinan dia dah boleh agak yang kita akan buru dia. sekarang kita kena tunggu sahaja apa tindakan dia yang seterusnya” Ara menggigit bibir. Hatinya risaukan Rain.
“risaukan Rain?” Ara memandang uncle Aaron dengan senyuman kelat.
“uncle akan suruh orang perhatikan dia kalau itu dapat buat Ara lega”
“thank uncle..” Ara masuk ke dalam rumah meninggalkan lelaki itu keseorangan di taman.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review