Friday, April 9, 2010

♥ Eternal Love ♥

Posted by Snow_Queen at 11:57 PM

     Danish memandang gambar di dalam genggamanya. Sungguh dia rindu dengan senyuman tu. Dia bertekad akan memenangi hati gadis di dalam gambar tu sebaik sahaja mereka bertemu lagi. Walaupun kehilangan gadis tu dan Yul menjadi tanda tanya kepada dia. Dia senyum manis sekali lagi apabila wajah gadis itu memenuhi ruang fikirannya dan mula lena.
  Angelica buka mata. Harini dia akan balik ke dorm. Dia dapat rasa tangan seseorang melingkari pinggangnya. Dia pusing menghadap tuan punya tangan. Dia merenung rambut, hidung, pipi, seulas bibir yang merah. Dia senyum manis. Kebelakangan ni dia rasa sangat bahagia. Tuhan biar kami selama-lamanya begini Angelica berdoa dalam hati. Dia menarik senyum nipis.
“kacak sangat ke sampai renung macam tu?” Yul buka mata melihat cinta hati di depannya. Angelica gelak perlahan.
“awak kacak ke? Eii perasan” Angelica cuit hidung Yul. yul tangkap tangan Angelica dan mengucup tangan Angelica. Angelica cuba bangun tapi makin kuat pegangan Yul.
“I love you” Yul kucup pipi Angelica.
“I love you to” Muka Angelica merah padam apabila menyebut perkataan keramat tu.
“Yaaah Han Lee Yul… kita nak kena balik dorm la. Awak tak nak balik ke?” Angelica buat muka.
“nanti-nanti pun boleh balik. Baring la dulu” Yul senyum memikat. Angelica faham maksud senyuman tu. Dia ambil bantal dan memukul Yul. Yul melepaskan pegangan. Angelica gelak besar dan meluru masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia melihat Yul tiada di atas katil sebaik sahaja dia selesai mandi. Dia senyum sendiri. Yul betul-betul buat dia angau. 
  Angelica dan Yul duduk bersama ibu bapa Yul di meja makan. Mereka bersembang.
“Yul nanti dekat sekolah jaga Angel baik-baik” Permaisuri Xeera memandang anak terunanya yang seorang tu.
“jangan risau. Saya akan pastikan dia selalu berada depan mata saya” Yul menguncup pipi Angelica.
“aish..remaja zaman sekarang” Raja Han mendengus kecil.
“ala awak ni. tu pun nak cemburu ke? Kita pun macam tu juga dulu” Permaisuri Xeera mengenyit mata kepada suaminya.
“iisyyhhh..awak ni. malu saya depan budak-budak ni” Raja Han pandang isterinya. Yul dan Angelica tergelak melihat telatah ibu bapa mereka.
  “sayang..awak dah siap kemas?” Yul menjenguk Angelica dari pintu gelongsor penghubung bilik dia dan Angelica.
“dah..kenapa?” Angelica pandang Yul. sememangnya tak banyak pun yang dia nak kemas kerana kebanyakan barangnya masih berada di dorm.
“jom tolong saya kemas..” Yul mendepakan tangannya. Angelica menyambut. Dia mengeluarkan  beberapa pasang pakaian Yul dalam almari, lipat kemas-kemas dan masukkan dalam beg di atas katil. Yul hanya memerhatikan setiap pergerakan Angelica. Dia senyum sendiri. Kali ni dia berjanji takkan melepaskan bidadari hidupnya pergi lagi. Angelica betul-betul menambat hatinya.
“apa yang awak tengok-tengok?” Angelica cekak pinggang dan membesarkan matanya.
“baby..awak ni comel tau tak” Yul memuji Angelica. Terus muka Angelica blush mendengar kata-kata Yul.
“gosh..awak lagi comel kalau blush..buat saya tak nak pergi mana-mana” Yul memeluk isterinya.
“ish..nak kena balik sekolah la” Angelica menolak badan Yul.
“kena ke?” Yul sengih nakal.
“YUL!!” Angelica memukul tangan Yul.
“haih..arasso..arasso..” Yul memasukkan lagi beberapa barang ke dalam begnya. Angelica hanya senyum memandang suaminya membuat kerja.
“sayang..nanti balik sekolah kita bagitahu diorang yang kita dah kahwin?” Yul memandang Angelica yang bersila atas kerusi belajar.
“okay..” Angelica mengangguk dan menghadiahkan senyuman manis kepada Yul. Yul kenyit mata kepada Angelica. Mereka berdua gelak serentak.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review