Saturday, April 10, 2010

♥ Eternal Love 7 ♥

Posted by Snow_Queen at 12:08 AM

   Angelica baring di atas katil biliknya. Dia mesti ajar lelaki tu erti kepercayaan. Tapi salah dia juga sebab tak beritahu Yul tapi..uh sudahlah. Angelica membuka sliding door yang menghubungkan biliknya dan bilik Yul. bau lelaki tu masih lagi berada di situ. Dia rindukan Yul. perlahan-lahan air matanya menitis. Dia memutuskan untuk pergi melepak di bawah tanah dengan devil head.
“devil head..” Angelica menjerit apabila memandang devil head. Devil head tersenyum.
“sihat?” Angelica senyum manis. Devil head hanya angguk kepala.
“apa yang cik Puan buat kat sini?” Devil head bertanya.
“cuba teka..” Angelica jungkit kening.
“gaduh dengan tuan putera?”
“bingooo” Angelica senyum kelat dan duduk di atas kerusi.
“Raja dan Permaisuri tahu tak pasal ni?” Angelica menggelengkan kepala.
“cik Puan kena berbaik dengan tuan putera secepat mungkin. Kesian baby dalam perut nanti” Devil head tunjuk ke arah perut Agelica.
“baby? Hehehe lawak la. Mana ada orang pregnant.” Angelica senyum tetapi senyumannya segera mati apabila reaksi Devil head tak berubah. Aku mengandung? Biar betul..aku saja je menipu Yul tadi desis hati Angelica.
“betul ke?” serius Angelica bertanya. Devil head angguk kepala. Angelica segera berlalu dari situ. Dia nak jumpa doctor untuk pengesahan.
Angelica pusing ke kiri dan ke kanan di atas katil. Dia gembira tetapi dalam masa yang sama dia juga takut. Dia memang betul-betul mengandung. Mengandungkan anak Yul. dia tak tahu nak beri reaksi apa apabila doctor mengesahkan kehamilannya.
Akhirnya dia terlena apabila matahari mula menunjukkan dirinya.
   Angelica buka mata apabila merasakan badannya tak boleh bergerak. Dia lihat Yul sedang merenung dirinya. Pada mulanya dia ingin senyum tapi segera di tahan niatnya apabila dia teringat dia sedang dalam war mood dengan lelaki itu. dia bangun dengan kasar meninggalkan lelaki itu masuk ke dalam bilik air.Yul menelan air liur yang di rasakan kesat. Angelica betul-betul marah dengan dirinya.
   Apabila dia keluar bilik air dia lihat Yul masih lagi berada di atas katil. Dia buat tak peduli. Baru sahaja tombol pintu hendak di pulas Yul memeluk dia dari belakang. Dia mengeraskan hatinya.
“maaf…saya tak berniat nak buat macam tu..so sorry baby” Yul bisik perlahan. hati Angelica jadi cair apabila mendengar lelaki itu menuturkan kata maaf.
“tapi awak tak percayakan Angel. Tu yang buat Angel sakit hati.”
“bagi saya peluang ke dua? Pleaseeee” Angelica terkejut apabila merasakan ada air hangat jatuh ke lehernya. Dia pusing menghadap Yul. luruh hatinya apabila melihat Yul menangis. Dia memeluk Yul dengan kuat.
“I’m sorry..jangan menangis..saranghae” Angelica meminta maaf.
“I love you to, three, four” Yul membalas pelukan Angelica. Angelica gelak perlahan.
xxxxxxxxx 
    suasana di carnival pada malam itu meriah sekali. Angelica dan Yul berjalan sambil berpegangan tangan. Mereka ketawa apabila ada perkara yang mencuit hati mereka.
“ermm nak buat pengakuan” Angelica berkata tiba-tiba apabila mereka duduk menikmati jagung manis.
“apa dia?” Yul pandang buah hatinya dengan pandangan curiga.
“errr..Angel pernah tipu awak..” Angelica takut-takut pandang Yul. Yul gelak tiba-tiba.
“hey..kenapa gelak?” Angelica pukul lengan Yul perlahan. Yul tarik sengih.
“saya tahu..” Yul pandang angelica. Besar mata Angelica.
“jangan risau saya maafkan..lagipun orang cemburu memang macam tu” Yul gelak perlahan.
“ha? Cemburu?” Angelica kerut keningnya.
“bukan ke dulu awak tak bagi saya beli jagung manis kat satu gerai ni sebab tak nak Hana nampak kita?” Yul pandang Angelica.
“eh macam mana awak tahu Hana ada kat situ?” Angelica tanya pelik.
“saya memang dah nampak dia” Yul tarik sengih.
“ohh..ermm tapi bukan pasal tu..benda lain” Angelica garu kepala.
“pasal apa?” Yul pandang Angelica serius.
“err awak ingat tak malam awak tumbuk Danish tu? Kan saya cakap saya pregnant?” Angelica tarik sengih. Yul angguk kepala.
“errr sebenarnya saya main-main je cakap saya pregnant lepas tu tak sangka pulak yang memang betul saya pregnant” Angelica pandang Yul. Yul tarik sengih.
“tak apa..benda dah jadi..lagi pun memang sekarang awak pregnant” Yul gosok kepala Angelica. Angelica senyum manis. Mereka berjalan dari satu gerai ke satu gerai.
“hei ingat lagi tak?” Angelica berdiri depan satu kedai. Dia senyum sendiri.
[Flashback]
“angel!!” yul memanggil garang.
Angelica yang mendengar namanya di panggil terus mendongak memandang gerangan si pemanggil.
“yul….”angelica dah nak nangis. Yul yang pada mulanya nak marah angelica terus tak jadi apabila melihat muka angelica yang hampir-hampir nak menangis. Dia mencangkung di sebelah angelica.
“kenapa?” lembut yul bertanya.
“aku nak hadiah tapi penyauk tak guna ni selalu koyak bila aku nak tangkap ikan yang comel-comel tu..” angelica mengadu. Yul mengusap kepala angelica.
“pak cik bagi saya satu..” yul meminta.
Dengan penuh hati-hati yul memasukkan penyauk berkenaan dalam air dan menangkap ikan berwarna pink putih. Angelica bersorak kegembiraan.
[end of flashback]
“nak cuba?” Yul bertanya. Angelica angguk kepala. Angelica dan Yul cuba menangkap ikan-ikan yang comel dalam besen besar. Penyaul Angelica terkoyak apabila dia hampir-hampir nak dapat ikan tu. Dia memandang Yul dan buat muncung. Seperti dulu dengan hanya sekali tangkap sahaja Yul berjaya menaikkan ikan comel dalam besen tersebut. Tokei kedai tu senyum melihat pasangan di hadapannya. Dia memberikan mereka rantai pasangan. Yul pakaikan rantai untuk Angelica begitu juga sebaliknya. Angelica leka memerhatikan rantai di lehernya. 

Yul menarik Angelica dan mengucup bibir buah hatinya. Kucupan mereka terhenti apabila bunyi bunga api menarik perhatian. Yul memeluk Angelica dari belakang dan Angelica menyandarkan badannya di dada lelaki itu. tuhan biar cinta kami kukuh selama-lamanya..eternal love..doa mereka berdua dalam hati. Mereka senyum sambil menyaksikan percikan bunga api yang memeriahkan suasana malam.


12 under spell:

epy elina said...

hohohoho....
crta dah tmat....
sy suke crta ni...
n smua karya cik pnulis...
sy truja nak bca nx sbr nak bca crta 4e vs....
thniah cik pnulis....

Snow_Queen said...

truskan usaha tuk bce..hehehe

atashi79 said...

i like ur story. Keep up the good work.

Snow_Queen said...

Atashi..thanx..^^

shareena said...

saye pon suke jgak story ni.best2!

Nia said...

best best! i like it <3

Haruno Hana said...

best2 ;D. tbayang kim jeong hoon sbgai yul

Ain said...

semua cerita yang snow buat best belaka, tambah lah lagi cerita... semu cerita saya dah baca... sambunglah lagi cerita yg lain2...k^_^

Alaisya Aizril said...

i like your story.....lain dri yg lain...wlaupun plotnya psl cinta but...erhm......lain dri yg lain...unik!
congrats ya???

Alaisya Aizril said...

i like your story.....lain dri yg lain...wlaupun plotnya psl cinta but...erhm......lain dri yg lain...unik!
congrats ya???

Jolyn Eve said...

:) :D

Anonymous said...

Best n best sgt2.. buat la lg crita bru.. green87

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review