Saturday, April 10, 2010

♥ Eternal Love 6 ♥

Posted by Snow_Queen at 12:06 AM

Angelica membuka locker. Dia melihat ada kotak kecil dan kad di dalam lockernya. Dia membuka kotak tu dan melihat sebentuk cincin bertakhtakan berlian di dalam kotak tu. Dia membuka kad berkenaan dan membaca.
Ini hanya hadiah kecil dari saya. saya minta tolong jangan tolak. kalau awak pakai cincin tu bermakna awak terima saya kalau tak awak simpan sahaja.-Danish
Angelica mengeluh kecil. Dia mesti mencari Danish dan memulangkan segera cincin tu kepada lelaki itu. dia tak mahu lelaki tu menaruh harapan lagi. Dia akan memberitahu Danish bahawa dia sudah menjadi hak milik orang lain. Angelica melilau sekitar koridor dan akhirnya dia nampak lelaki itu sedang berjalan menuju ke library.
“Danish..” Angelica memanggil.
“oh Angel..kenapa?” Danish senyum manis. Angelica menghulurkan kotak cincin tu kepada Danish. Serta-merta senyuman di bibir Danish hilang.
“kan saya dah cakap kalau awak tolak saya awak simpan saja cincin ni” Danish merenung Angelica tajam. Angelica menggelengkan kepala.
“saya tak boleh simpan cincin ni. saya mesti jaga hati suami saya” Angelica berterus terang.
“suami?” dahi Danish berkerut.
“saya dah berkahwin Danish jadi mustahil saya nak terima cinta awak. Maafkan saya.” Angelica melihat Danish seperti akan hancur bila-bila masa sahaja.
“kahwin? Awak cintakan dia?” Danish memandang mata Angelica mencari kepastian.
“ya..saya cintakan dia..minta maaf Danish” perlahan Angelica menuturkan kata-katanya.
“boleh awak tunaikan permintaan saya untuk kali terakhir?” Danish mengharap. Angelica mengangguk.
“boleh saya peluk awak?” Danish memandang Angelica. Angelica menggigit bawah bibirnya. Dia kemudiannya mengangguk perlahan. Danish senyum pahit dan memeluk Angelica.
“nampak Angel tak?” Yul bertanyakan kawan-kawannya. Kawan-kawannya memandang Yul dengan pandangan pelik. Mereka menggeleng. Yul keluar dari kelas dan mencari sekitar kawasan library dan kakinya terhenti apabila melihat dua insan sedang berpelukan. Dia mengenggam penumbuk apabila melihat Angelica berpelukan dengan Danish. Dia menghampiri dan menumbuk Danish. Danish jatuh terduduk di atas lantai.
“Yul..apa awak buat ni?” Angelica menghampiri Danish.
“Danish awak ok?” Angelica melihat bibir Danish berdarah. Yul menjadi semakin baran.
“dah tak ada perempuan lain nak ambil? Kenapa mesti isteri aku juga?” Yul menjerkah. Tsubasa, Vivian, Cheryl, valarie, dan Vicky yang mengekori Yul terkejut mendengar apa yang di katakan oleh lelaki itu.
“Yul.. Danish tak bersalah ok..” Angelica cuba nak mempertahankan Danish.
“oh jadi sekarang kau nak mempertahankan kekasih kau pula? Padan la kau tak nak satu sekolah tahu kita dah berkahwin?” mata Yul mencerun memandang Angelica.
“bukan macam tu…Angel..” kata-kata Angelica segera di potong oleh Yul.
“alasan apa lagi yang kau nak bagi? Kalau tak ada kau boleh berambus” Yul senyum sinis.
“bodoh kalau Angel tak cintakan awak..Angel takkan mengandungkan anak awak” ishh Angelica masak kau kalau Yul tahu kau menipu getus Angelica dalam hati. Yang lain terkejut mendengar pernyataan Angelica.
“baiklah Angel akan berambus dari sini..puas hati?” Angelica segera berlalu pergi meninggalkan Yul yang terkedu di situ. Yul menumbuk dinding melampiskan rasa tak puas hati dan betapa bodoh dirinya. Apabila dia pulang ke dorm untuk mencari Angelica, gadis tu sudah tiada. Almari bajunya juga kosong. Yul menyepak besi katil bagi melampiaskan rasa marahnya di dada.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review