Saturday, April 10, 2010

♥ Eternal Love 3 ♥

Posted by Snow_Queen at 12:02 AM

    Angelica pukul dahinya berulang kali. “dan kalau aku suka dia pun kenapa?” ayat tu kerap kali bermain di fikirannya. Aish Angel kau dah ada Yul..Soon bila Yul bagitahu semua orang yang korang berdua suami isteri semuanya akan baik. Angelica memujuk hatinya. Yul berdiri memandang belakang Angelica yang menghadap tingkap. Dari tadi dia memerhatikan Angelica. Dia senyum apabila melihat Anglica menepuk dahinya berulang kali. Mesti dia fikir bukan-bukan tu desis hati Yul.
“wah..” Yul menepuk bahu Angelica. Angelica mengusap dadanya berulang kali kerana terkejut. Dia memandang Yul dengan pandangan tajam dia memukul dada Yul.
“ouch” Yul senyum memandang Angelica. Dia menangkap tangan Angelica yang ligat memukul dadanya.
“takutkan orang je” Angelica buat muncung. Yul peluk Angelica.
“boringkan?” Yul bertanya. Angelica jungkit kening. Dia dapat rasa Yul ada rancangan yang tersendiri.
“apa kata kita pergi main?” Yul menyuakan tangannya dan tunduk. Angelica gelak perlahan. dia menyambut tangan Yul. mereka menyelinap keluar asrama tanpa di sedari sesiapa. Mereka kini berada di padang sekolah. Angelica memandang langit yang di penuhi dengan bintang. Yul menolak besi buaian perlahan-lahan. Tiba-tiba Angelica merasakan buaiannya bertambah laju.
“yul..jangan la laju-laju sangat” Angelica mememandang arah belakang. Yul sengih jahat.
“Kalau awak jatuh saya sambut” Yul masih lagi menolak laju. Angelica ketap gigi. Idea datang tiba-tiba.
“OMG!! Shooting star” Angelica tunjuk ke arah langit. Yul berlari ke hadapan Angelica untuk melihat shooting star. Yul memang obsess dengan bintang hehehe.
“mana? Tak nampak pun” Yul masih lagi memerhatikan langit. Angelica duduk di atas batu besar tepi padang. Dia gelak besar memerhatikan gelagat Yul yang kena tipu. Tiba-tiba Yul berdiri di hadapannya. Muka Yul masam.
“o0o0..berani tipu ya” Yul tarik pipi Angelica. Angelica menepis. Yul menyandarkan belakang badannya ke belakang badan Angelica. Dia menutup mata. Begitu juga Angelica.
“Angel..” Yul memanggil.
“hmm” Angelica masih memejamkan matanya.
“awak menyesal tak kahwin dengan saya?” Yul menggengam tangan Angelica.
“agak la” tanpa rasa bersalah Angelica menuturkan jawapannya. Yul yang mendengar jawapan Angelica terus memusingkan badannya. Angelica menyeimbangkan badannya yang hampir jatuh kerana Yul pusing tiba-tiba.
“betul?” serius muka Yul memandang dia. Angelica senyum sambil memandang Yul.
“bodoh..kenapa saya nak menyesal. Saya sukakan awak sejak lama dulu dan bila kita berkahwin merupakan saat paling indah dalam hidup saya walaupun awak agak kejam” Angelica buat muka comel. Yul senyum lega mendengar jawapan Angelica.
“maaf” Yul mengucup tangan Angelica.
“untuk apa?” Angelica bertanya hairan.
“untuk semuanya” Yul mendekatkan mukanya dengan muka Angelica dan bibir mereka bertemu. Angelica blush tiba-tiba. Yul senyum dan memeluk Angelica.
“jom balik. Dah nak siang ni” Angelica bangun dan jalan laju. Yul gelak. Dia berlari mendapat Angelica. Dia meletakkan tangannya di atas bahu Angelica dan Angelica meletakkan tangannya di pinggang Yul. mereka berjalan seiringan.
  Yul menyanyi kecil untuk buah hatinya. Mata Angelica makin lama makin berat dan akhirnya dia terlena dalam dakapan Yul. Yul menyelak rambut yang menutupi muka Angelica. Dia memang bersyukur kerana menyintai gadis di hadapannya. Dia teringat surat yang ditinggalkan Angelica sewaktu gadis itu pergi mencari Queen of Dark Forest. Isi kandungan surat tu betul-betul menyentuh hatinya. Dia senyum sendiri apabila mengingati isi kandungan surat berkenaan.

Dear Yul,
 Apabila awak baca surat ni saya tak tahu sama ada saya masih hidup atau tak. Mungkin juga awak dah tahu kemana dan kenapa saya menghilang. Untuk pengetahuan awak, saya buat ni semua untuk awak atau lebih tepat lagi saya mencintai awak. Ye saya tahu awak tak suka saya tapi saya tak kisah dan saya tetap nak cakap saya cintakan awak hari-hari (itupun kalau saya hidup lagi) dan saya tak minta awak untuk menyintai saya kembali. Cukuplah dengan melihat awak mesti hari saya akan secerah sinaran matahari (betul tak tipu).oh mesti sekarang awak tertanya-tanya bila saya mula menyukai awak dan jawapan saya ialah saya mula sukakan awak sejak saya kecil lagi (kecil-kecil dah pandai suka orang hehehe)  Jangan menangis rindukan saya ok. Saya akan selalu berada di sisi awak dan thanx for everything. Saya takkan lupakan setiap kenangan dan setiap saat dan minit kita bersama. Biarlah saya simpan kenangan ni seorang diri awak tak kisahkan?. Kalau awak nanti dah ada orang yang disukai cepat-cepat confess dekat dia ok (sebab saya rasa awak ni lembab dalam hal-hal macam ni hehehe). Ok la saya dah tak tahu nak tulis apa dah ermm but always remember that I LOVE YOU…
p/s: baru saya perasan yang saya gelarkan diri kita ‘awak’ dan ‘saya’ oh nevermind!!
  Yang sentiasa mencintaimu,
                Angel 
Hatinya sangat sakit apabila habis baca surat tu dan tanpa di sedarinya ada air jernih mengalir di pipinya. Dia rasa menyesal..menyesal kerana tak sempat nak beritahu perasaanya kepada gadis yang dicintainya sepenuh hati. Mungkin kerana dia merasakan Angelica selalu berasa di sisinya sebab itu baginya sudah cukup tapi apabila Angelica pergi mengorbankan nyawanya untuk selamatkan dirinya sungguh dia rasa dirinya betul-betul tak berguna. Dan apabila dia sedar bahawa Angelica sudah tiada dia seolah-olah baru terjaga dari mimpi yang panjang.
“ermm. Saya sukakan awak, Yul” Yul pandang Angelica yang sedang tersenyum dalam tidurnya. Dia mengucup dahi Angelica and I love you to desis hatinya.




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review