Friday, April 9, 2010

♥ Eternal Love 2 ♥

Posted by Snow_Queen at 11:59 PM

    Entah kenapa dia rasa berdebar dan dalam masa yang sama dia rasa takut, takut untuk melihat reaksi yang lain tentang hubungannya dengan Yul. dia menyandarkan kepalanya di bahu Yul yang memandang ke arah luar tingkap. Yul pusing apabila Angelica bersandar di bahunya. Dia senyum sendiri. Dia mengelus rambut Angelica.
“tidurlah. Nanti dah sampai saya kejut” Yul masih lagi mengusap kepala Angelica.
“hhhmmm” perlahan-lahan mata Angelica tutup dengan sendirinya.
      “Angel..bangun..dah sampai” perlahan Yul mengejutkannya. Angelica menggosok matanya persis bayi dan menguap perlahan. dia mencapai tangan Yul untuk bangun. Mereka masuk ke dalam dorm. Suasana di dalam dorm senyap sunyi kerana semua pelajar telah pergi ke kelas.
“sayang…pindah masuk bilik saya jelah” Yul buat muka comel. Angelica jungkit kening.
“dalam mimpi jelah” Angelica membuka pintu biliknya dan masuk. Yul gelak perlahan. dia masuk ke dalam biliknya yang terletak bersebelahan bilik Angelica. Usai mengemas barangnya Angelica baring di atas katil. Entah kenapa dia rasa mengantuk benar pada hari tu. Yul masuk ke dalam bilik Angelica. Dia melihat buah hatinya sedang baring. Dia mendekati.
“Angel?” Yul mengusap pipi Angelica. Angelica yang baru sahaja nak lelap membuka matanya. Dia senyum melihat Yul.
“saya nak kena pergi jumpa pengetua. Jangan nakal-nakal okay?” Yul tarik hidung Angelica.
“awww” Angelica usap hidungnya. Dia buat mulut muncung. Yul senyum nipis dan hilang. Angelica senyum sendiri dengan kenakalan Yul. dia tak jadi tidur. dia turun ke dapur dorm. Tiba-tiba dia rasa lapar pula. Di ambil minumannya dan biskut. Perlahan-lahan dia mengunyah. Kunyahannya terhenti apabila melihat Danish berdiri di hadapannya. Tanpa di sangka-sangka Danish memeluk dirinya. Dia kaku seketika dengan reaksi Danish yang tiba-tiba tu. Danish merenggangkan pelukan. Dia ketawa melihat kesan darah di pipi Angelica. Dia mengesat kesan tu dengan jarinya. Angelica sedar tiba-tiba. Dia menjarakkan sedikit badannya dari Danish. Dia blush tiba-tiba.
“hai..lama tak jumpa” Danish menyapanya. Angelica pelik tiba-tiba kerana Danish begitu baik kepada dirinya. Oh bukannya pelik sangat. Dulu Danish pernah menegurnya sebelum cuti panjang haritu.
[flashback]
“awak pergi mana angelica?” Danish bertanya. Angelica tergamam dengan pertanyaan yang tidak di sangka-sangka itu. Agak jarang dia nak dengar suara Danish.
“erm mungkin pergi bersihkan kubur?” angelica menjawab bersahaja. Shiki yang sedang menghirup minuman tersembur mendengar jawapan angelica.
Danish tergelak mendengar jawapan angelica tu. Angelica tergamam sekali lagi apabila melihat Danish gelak.
“mungkin saya boleh join awak?” Danish bertanya. Yul dah menjeling angelica.
“oh saya bergurau sahaja. Jangan ambil berat terhadap apa yang saya katakan” angelica memberikan senyuman manis dekat Danish.
[end of falsback]
“ya..lama tak jumpa” Angelica senyum nipis.
“mana awak dan Yul menghilang?” Danish berdiri sebelah Angelica.
“ermm kitaorang ada kerja yang nak kena buat.” Angelica menipu.
“oh” hanya itu jawapan Danish.
“jadi macam mana dengan sekolah?” Angelica sekadar bertanya.
“bagus. Kalau awak ada masalah cari saya. lagipun agak banyak yang awak nak kena cover kan?” Danish senyum manis memandang Angelica.
“ermm..baik..aaa..saya masuk bilik dulu” Angelica segera berlalu. Dia dapat merasakan perasaan yang aneh apabila berdiri di sebelah lelaki tu. Dalam mengelamun tu dia terlanggar seseorang.
“hey..jalan tu baik-baik sikit” Shiki memandang Angelica.
“sorry..sorry” Angelica pandang Shiki dan minta maaf.
“oh kau rupanya. Aku ingat kau dah berehenti” Shiki pandang dia dengan pandangan sinis. Tsubasa, Vivian, Cheryl, valarie, dan Vicky mengelilingi Angelica.
“hei jangan buli dia” Danish menuju ke arah Angelica.
“wah sejak bila kau menyebelahi dia?” Cheryl memandang Danish dengan pandangan pelik.
“jangan kata kau suka dia?” Tsubasa menyampuk.
“dan kalau aku suka dia pun kenapa?” Danish merenung teman-temannya dingin.
Angelica tersentak mendengar pernyataan Danish. Dia berasa seram sejuk tiba-tiba. Teman-teman Danish yang lain tergamam.
“ehem..ada apa-apa yang menarik?” semua memandang ke arah Yul yang bersandar di pintu.
“Yul..gembiranya kitaorang jumpa kau..” yang lain menghampiri Yul dan bersalam. Angelica ambil peluang tu untuk menyelinap masuk ke dalam biliknya. Yul hanya memandang Angelica yang berlalu. Danish mengeluh perlahan dan menghampiri Yul.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review