Tuesday, April 27, 2010

Destiny special en3

Posted by Snow_Queen at 4:32 PM

   Jess dan Marissa duduk di dalam bilik sementara menunggu di panggil. Jess memandang kakaknya yang nampak anggun di dalam busana pengantin berwarna putih dan pink.

Jess memandang adiknya yang nampak comel dalam pakaian pengantin berwarna peach. Memang sepadan dengan adiknya.

“kau ni cuba duduk diam-diam. Karang rosak baju tu kang” Marissa menegur adiknya. Jess tersengih. Mereka memandang tetamu yang masuk serentak. Jess tersenyum melihat Yong Hwa. Sudah lama dia tidak mendengar berita dari temannya yang satu ni.
“oit pengantin baru..tahniah” Yong Hwa memeluk Jess dan Marissa.
“ingat kau tak datang. Maklum la dah jadi orang besar sekarang” Jess mencebik. Yong Hwa gelak perlahan. sememangnya dia agak susah untuk keluar sekarang ni kerana baru sahaja di naikkan pangkat dan kes-kes yang di terima semakin meninggi di atas meja. Dia akui dulu dia tertarik dengan Jess namun dia akur apabila gadis itu bukan di cipta untuk dirinya. Mungkin dia akan berjumpa soulmatenya suatu hari nanti.
Mereka bertiga berpaling serentak ke arah pintu melihat tetamu yang baru masuk. Jess tersengih lebar.
“aku pergi dulu…semoga korang berdua berbahagia” Yong Hwa beredar. Jess berlari memeluk Adam. Han, Jay dan Sam menggeleng kepala. Budak ni la dah nak jadi bini orang pun perangai tak berubah lagi.
“woit perempuan, kau tu nak kahwin dalam masa beberapa minit lagi..kau jangan nak buat skandal pulak” Sam menempelak. Jess menjelirkan lidahnya. Dia kemudiannya memeluk yang lain.
“apa khabar?” Jay menyapa Marissa yang tampak anggun.
“baik..mana Yvonne?” Marissa mencari isteri Jay.
“tak datang. Dah sarat la dia tu kang terberanak kat sini susah pulak” Jay menarik sengih. Marissa tergelak perlahan.
“dah bersedia?” Sir Clark masuk ke dalam bilik. Sam, Jay dan Han memeluk kedua-dua teman mereka erat sebelum berlalu keluar.
“Riss kau lah dulu..hehehe” Jess menarik sengih. Marissa memegang lengan Sir Clark. Taburan kelopak mawar merah mengiringi perjalanan Marissa ke altar. QZ menarik senyum manis melihat bakal isterinya. Jess memegang tangan Adam. Oleh kerana dia menganggap Adam seperti abang sendiri dia meminta lelaki itu mengiringi ke altar. Taburan kelopak mawar berwarna pink mengiringi langkah Jess ke altar. FZ menarik senyum manis melihat Jess.
“jangan nakal-nakal dan jaga diri baik-baik. Kalau FZ buli kau bagitahu aku” Jess tergelak perlahan. setelah upacara angkat sumpah di jalankan mereka semua berangkat ke dewan makan hotel. Pasangan pengatin sibuk melayan para tetamu yang tidak putus-putus datang. Jess melarikan diri sebentar untuk menghirup udara segar. Marissa datang menghampiri.
“kalau pa dan ma masih hidup lagi mesti mereka gembira” Jess menahan sebak di dada. Marissa memeluk adiknya.
“aku yakin mereka pasti sedang melihat kita sekarang. Jadi kau jangan bersedih. Kau ada aku” air mata yang di tahan mengalir juga akhirnya.
“hey…ada drama swasta kat sini?” Madam Jane menyampuk. Jess dan kakaknya memeluk erat perempuan tua yang sudah di anggap sebagai ibu sendiri. Jess amat gembira apatah lagi hubungan FZ dan QZ sudah baik dengan Madam Jane. Music di alunkan. FZ dan QZ datang menghampiri. Mereka membawa pasangan masing-masing ke tengah dewan bersama beberapa tetamu lain untuk menari. Jess menyandarkan kepalanya di dada FZ.
“terima kasih sebab sudi terima saya” Jess tersenyum mendengar kata-kata FZ.
“kalau saya tak kahwin dengan awak sapa lagi yang nak?” Jess jungkit kening sebelah. FZ mencebik. Jess mengucup bibir FZ.
“awak ni merajuk macam budak kecik” FZ menarik sengih.
Marissa meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu QZ. Siapa sangka lelaki ini berjaya mencuri hatinya.
“terima kasih untuk segala-galanya” Marissa berkata perlahan. QZ menarik senyum nipis.
“tak..saya yang kena berterima kasih sebab awak sudi jadi permaisuri hidup saya” dahi Marissa bertemu dahi QZ. Kini mereka gembira dan semoga rentak lagu cinta mereka takkan putus di tengah jalan.
 

 

3 under spell:

apple_pie said...

yes....im da first..
suke2...ade sp lg tu..
bhgia nye dorg....
thniah writer..lap ur story so much

Snow_Queen said...

apple_pie..thanx..^^

Anonymous said...

hohohoo.... sukew2.. windu pada dowang da ilang hahahaa... thax cik snow... luve u

amie

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review