Thursday, April 22, 2010

Destiny 9

Posted by Snow_Queen at 12:06 AM

   Jess membelek pakaian di dalam almari. Dia mengambil sehelai jeans, t-shirt lengan pendek berwarna hitam bercetak talk to the hand dan hoodie berwarna hitam. Dia tidak mengikat rambutnya seperti selalu. Di solek wajahnya ala-ala gothic. Dia tersenyum dan menarik hoodie untuk menutup kepalanya. di sarung sneaker dan dia masuk ke dalam kereta dan memandu dengan tenang ke sekolah.
Para peminat gravity menunggu di parking lot. Menunggu untuk melihat pujaan hati mereka. mereka mula menjerit apabila melihat kereta mewah milik ahli kumpulan itu masuk satu persatu. Di hadapan sekali Lotus Evora kepunyaan FZ,


 kemudian Mcclaren kepunyaan QZ 


Di ikuti dengan BMW kepunyaan Kent 
dan Toyota hybrid kepunyaan Bad



Mereka keluar dari kereta masing-masing serentak. Jess sedang mengunyah chewing gum. Dia hairan apasal ramai sangat yang berkumpul kat parking lot sampai dia tak boleh lalu.
“ppfff” dia bagi hon sekali. Orang dah lambat dia main-main pulak kat sini. Semua peminat Gravity ke tepi kasi laluan. Dia parking kereta sebelah lotus evora kepunyaan FZ. Gravity memandang model kereta Acura itu dengan perasaan ingin tahu. Mereka tak pernah nampak kereta jenis tu di sekolah ini kerana di sekolah itu hanya 4 orang sahaja student yang bawa kereta dan 4 orang itu adalah mereka. kebanyakan murid-murid sekolah itu lebih suka kalau pemandu yang datang ambil. Peminat-peminat gravity juga menjadi ingin tahu. “aku pergi dulu” Jess mengambil beg dan keluar. Semua orang memandang dia dengan pandangan pelik. Dia memandang kumpulan Gravity tanpa perasaan. FZ memandang gadis di hadapannya. Dalam sekolah ni aku rasa hanya dia seorang yang pakai make up ala-ala gothic. Satu geng dengan QZ dah aku tengok main pakai hoodie-hoodie ni. Jess buat tak tahu dan melangkah pergi. Peminat-peminat Gravity sibuk bergosip siapa gadis misteri yang muncul tiba-tiba. Jess duduk di dalam kelas sementara menunggu cikgu masuk. Dia termenung dengan memandang ke arah luar tingkap.
“hey..budak baru?” seorang gadis berambut panjang menegur. Dia memandang.
“sebab kau budak baru aku nak kasi warning jangan dekar dengan kumpulan Gravity. Kau tak tahu yang peminat-peminat dorang sanggup buat apa sahaja demi jauhkan kau daripada mereka” gadis itu tersenyum nipis.
‘well thanx sebab warning aku..jangan risau aku tak berminat dengan dorang” Jess senyum sinis. Jess memandang ke arah luar tingkap balik.
“sapa nama?” Jess berpaling dan memandang FZ. dia membuat letupan kecil menggunakan chewing gum dan berpaling ke luar balik. Oh main jual mahal ya. Tak apa kita tengok sapa yang tersungkur dulu. FZ senyum sinis. teman-temannya yang lain geleng kepala. Nampaknya student baru tu bakal jadi mangsa.
 Kelas berjalan dengan lancar. Dia mengemas bukunya dan ingin beredar tetapi FZ pantas menarik tangannya. Dia memandang FZ.
“nak lunch sama-sama?” FZ kenyit mata memandang Jess.
“well terima kasih atas pelawaan tu tapi..aku tak minat” Jess merentap tangannya dan berlalu pergi.
“well hot chick tu tolak kau?” Bad memandang FZ.
“dia hanya nak jual mahal dengan aku. Aku akan pastikan dia tersungkur nanti. Jom pergi makan” FZ bangun dan beredar.
“knight kau kena bertukar lagi..misi kita malam ni tak boleh gagal” Jess senyum sinis sambil menghirup Nescafe suam di tepi pantai. Dia bersandar di badan Knight.
  “Mr Freud..penyangak yang memusnahkan data kita tu gagal di kesan” menggeletar lutut setiausahanya melaporkan laporan terbaru kepada ketuanya.
“APA??? Tak apa kali ni aku lepaskan..mungkin hanya budak-budak yang bermain. Malam ni hantar Ran sebagai wakil untuk berjumpa dengan Mr X. urusniaga kita di kelab malam Youth akan di lakukan malam ni. Bekalan dadah tu dah di simpan dengan sempurna untuk malam ni kan?” Mr Freud memandang setiausahanya. Perempuan itu mengangguk. Malam ni aku akan terima habuan yang lumayan. Mr Freud tersenyum sendiri.
  FZ memandang ibu tirinya sekilas. Dia tak berminat untuk menyapa. Di teruskan menonton tv seolah-plah perempuan tu tak wujud. Madam Jane mengeluh. Nampaknya usaha dia harini akan sia-sia lagi. Dia teringatkan Jessica. Dia akan menyuruh anak gadis itu datang pada hujung minggu nanti. Dia tersenyum sendiri. Jess melihat pakaiannya sekali lagi di cermin. 
 
Dia mengenakan cermin mata hitam dan mengambil hoodie. Di capai revolver dan di simpan di pinggang belakang seluarnya. Jess mencari knight. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapannya. Dia melihat knight sudah bertukar menjadi model Lamborghini berwarna kuning.
 
“nice car knight” Jess memuji.
“aku dah siasat semua jalan masuk ke dalam bangunan tu. Tapi akan ada masalah sikit sebab pelanggan di Youth ada ID tersendiri. Kau akan gunakan kad pengenalan palsu” Jess mengambil kad pengenalan palsunya. Sementara menunggu lampu hijau Jess mengeluarkan I pod touch yang sudah di ubah suai fungsinya seakan-akan computer riba. Dia mengakses sistem kelab malam Youth. Dia mencari-cari maklumat yang di perlukannya. Dia tersenyum perlahan apabila melihat maklumat yang di carinya.
“mereka akan membuat urusniaga tu malam ni tepat pukul 10. Aku perlukan kau matikan sistem pengesan di pintu masuk kelab malam tu sebaik sahaja aku melalui sistem pengesan tu” Jess mengunyah chewing gum lagi.
“aku akan buat seperti yang di suruh. Ambil Bluetooth headset ni dan kita akan selalu berhubung” Jess mengambil headset berkenaan di atas dashboard dan memasang di telinganya. 




 







1 under spell:

epy elina said...

hoohhoo...
bgus tndkn jess...
jgn lyan si FZ 2...
ingt smua pmpuan sma ke?
mcm mna la cik snow dpt idea mnulis mcm ni..
hbat la gya pmikiran...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review