Wednesday, April 21, 2010

Destiny 8

Posted by Snow_Queen at 11:55 PM

  Down to earth nyanyian Justin Bieber memecah kesunyian di dalam kereta. Jess menyanyi mengikut rentak. Dia mengerling jam tangannya sekilas sementara menunggu lampu hijau menyala. Dia memecut laju sebaik sahaja lampu hijau menyala. Sebaik sahaja sampai di depan rumah Sir Clark dia memandang kagum. Loceng di tekan dan sebentar kemudian seorang perempuan dalam lingkungan 50-an membuka pintu. Jess menarik senyum manis. Dia mengikut perempuan ke ruang tamu. Seorang lelaki yang berpakaian casual dan seorang perempuan berada di ruang tamu.
“Tuan, Puan cik Jess dah sampai” perempuan tua tadi meninggalkan ruang tamu.
“hello..uncle dan aunty apa khabar?” Jess sekadar beramah mesra. Sir Clark dan Isterinya bangun bersapa dengan Jess.
“ni isteri uncle, Jane” Sir Clark memperkenalkan. Madan Jane memeluk Jess erat. Jess tergamam dan dia membalas balik pelukan perempuan tu.
“mana QZ dan FZ?” Sir Clark memandang isterinya.
“alah..abang macam tak faham pula mereka berdua tu” Madam Jane senyum tawar.
“kan dah cakap ada tetamu datang..mereka masih keluar lagi” Sir Clark menggeleng perlahan.
“tak apa uncle, aunty” Jess cuba mengambil hati kedua orang tua berkenaan. Dasar kaki club kutuk Jess dalam hati.
“jadi apa rancangan kamu selepas ni?” Sir Clark memadang gadis di hadapannya.
“emm saya akan menyambung persekolahan saya di sekolah Harmony dan mencari maklumat mengenai penjenayah-penjenayah tu” Jess meneliti wajah-wajah insan di hadapannya.
“baguslah anak aunty pun sekolah di situ. Nanti apa-apa hal mereka boleh tolong kamu Madam Jane mengusap lembut tangan Jess.
“errr semalam uncle ada cakap pasal anak angkat. Apa maksud uncle?”
“begini..sejak kamu dan kakak kamu kecil memang uncle dah ambil kamu berdua jadi anak angkat uncle tapi bila uncle berpindah ke sini uncle jarang-jarang sekali menghubungi papa kamu sampailah satu hari papa kamu datang ke mari meminta tolong uncle agar membantu kamu dan menjaga kamu seperti anak sendiri. Jadi uncle dah berjanji dengan dia dan uncle nak tunaikan janji uncle” Sir Clark menarik nafas panjang.
“oh..terima kasih banyak uncle, aunty tapi Jess tak nak menyusahkan sesiapa” Jess memandang kedua insan di hadapannya dengan pandangan sayu.
“jangan la cakap macam tu..kami ikhlas membantu. Apa kata kamu pindah masuk ke sini?” Madam Jane sudah jatuh sayang kepada Jess. Lagi-lagi dia tiada anak perempuan.
“saya hargai niat baik aunty tapi saya dah beli rumah. Tapi saya akan lawat uncle dan aunty bila saya lapang” Jess menarik senyuman manis. Sir Clark dan Madam Jane tersenyum memandang Jess. Mereka bertiga makan sambil berbual mesra.
“Jess boleh aunty minta sesuatu?” Madam Jane memandang gadis di hadapannya. Jess mengangguk perlahan.
“boleh tak jangan panggil aunty dan uncle kamu panggil ayah dan ibu” mata perempuan itu begitu mengharap. Jess terkejut beruk. Dia menelan air di dalam gelas dan tersenyum perlahan.
“ibu..ayah” Madam Jane memeluk Jess. Dia begitu dahagakan kasih sayang seorang anak kerana perkahwinannya dengan Sir Clark tidak mempunyai cahaya mata. Kedua-dua anak tirinya pula begitu membenci dirinya.
“abang..susah-susah kita kahwinkan Jess dengan FZ sajalah. Saya teringin Jess jadi sebahagian daripada keluarga kita secara rasmi.” Berderau darah Jess mendengar kata-kata Madam Jane walaupun itu hanyalah gurauan. Dia menarik senyum tawar.
“selamat malam..ibu ayah” Jess memeluk Sir Clark dan Madam Jane. Dia berlalu pergi.
“wow sapa bawak kereta macam palesit tu?” QZ memandang ke arah belakang apabila sebuah kereta model terbaru Acura selisih dengan kereta mereka. FZ tak menunjukkan sebarang minat.
“eyh awek haritu kau dah break up dengan dia ke? Mengamuk dia cari kau dekat club tadi” QZ memandang abangnya.
“heh..kau kan tahu prinsip aku. Bagi aku bila mereka cakap I love you tu bukan pada aku tapi pada duit” FZ tersenyum sinis. QZ menggeleng perlahan.
“kau ni..dah tak suka cakap..jangan main-main..takut nanti kau dapat karma baru tahu” QZ menasihati abangnya. FZ hanya buat tak peduli.

2 under spell:

epy elina said...

hohoho...
btul ckp DZ 2...
FZ 2 mst jtuh cnta kat jess...
bru pdn muka dia...
bkn smua pmpuan mata duitan...
tp x nak jess trgila2 kat FZ...
jtuh saham nnt...

Snow_Queen said...

hehehe..epy tggu je..ade suprise hehehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review