Wednesday, April 21, 2010

Destiny 7

Posted by Snow_Queen at 4:26 PM

   Jess terjaga apabila cahaya matahari mula menyinari alam. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. 11.30 huh lama betul aku tidur. dia masuk ke dalam tub dan memejam mata bagi membari ketenangan kepada dirinya. Dia membawa beberapa dokumen penting sebelum keluar dari rumah. Dia menelefon seseorang sementara menunggu lif di buka.
“hello uncle” Jess menyapa.
“ah Jess. Kamu okay?” Sir Clark berdehem perlahan.
“saya baik je..errr bila saya boleh jumpa uncle?” Jess terus straight forward.
“malam ni kamu datang dinner rumah uncle dalam pukul 8?”
“baiklah..jumpa uncle nanti” dan dia masuk ke dalam lif. Pintu kereta terbuka sendiri. Jess masuk ke dalam.
“errr knight? Aku rasa lebih baik kalau aku memandu sendiri. Kalau kereta ni bergerak sendiri orang pandang lain macam la pulak.” Jess menggaru lengannya. Tak sampai satu saat kemudian pedal minyak kelihatan dan gear box berpusing naik atas. Huh aku ingatkan benda-benda ni tak ada.
“kita nak ke mana?”
“sekolah? aku rasa macam mana pun aku kena teruskan pengajian aku”
“di sini ada sebuah sekolah terkenal. Kau boleh masuk situ”
“okay” enjin di hidupkan dan Jess memandu mengikut arahan knight. Dia parking kereta di tempat letak khas student. Dia berlalu ke pejabat pentadbiran.
Selepas segala urusannya selesai dia mengambil keputusan untuk melihat-lihat kawasan sekitar sekolah tu sekejap. Pandangan student-student di situ juga dia buat tak peduli. Part yang paling dia suka sekali adalah di sekolah tu tiada pakaian seragam jadi dia bebas pakai apa sahaja. Namun sakit juga matanya melihat fesyen tak cukup kain di situ.
“sorry” Kent menuturkan maafnya apabila dia terlanggar seseorang. Jess hanya merenung pemuda di depannya.
“neh..tak apa” dan dia terus berlalu. Kent hanya merenung sahaja gadis bercermin mata gelap itu berlalu pergi.
“wei kau tengok awek mana sampai tak dengar kitaorang panggil ni?” FZ menepuk bahu Kent. Kent tersenyum nipis. Yang lain-lain angkat bahu melihat reaksi teman mereka. Jess berlalu ke shopping complex untuk membeli-belah. Dia membeli beberapa hoodie, make-up dan cermin mata gelap. Beberapa peralatan sekolah dan beberapa buah novel dan komik. Tidak ketinggalan Mp4 dan stok-stok makanan. Dia juga membeli beberapa bahan dan alatan yang di perlukan untuk misinya nanti. Selepas penat membeli-belah dia membeli makanan ringan melalui drive-thru sahaja. Dia pulang ke condonya. Selepas mengemas barang-barang yang di belinya dia menukar kepada pakaian yang lebih sopan untuk berjumpa dengan Sir Clark tapi sebelum itu dia masuk ke dalam bilik computer. Di hidupkan pc sambil mengunyaj makanan dan membuat beberapa kerja. Dia tersengih perlahan melihat gambar-gambar di hadapannya. Terimalah hadiah ‘rasmi’ dari aku..Jess menekan butang ‘enter’ sekejap sahaja data-data di hadapannya musnah. Kerja hacker dan cracker ni memang kepakaran dia. dia juga telah meng’invisible’kan ip addresnya untuk mengelak daripada di kesan.
   Satu demi satu computer terpadam dengan sendiri di syarikat blue fire. Pakar-pakar computer menjadi kelam-kabut. Sebaik sahaja semua pc berjaya di hidupkan mereka tergamam. Semua maklumat di dalam computer tu musnah. Sudahlah musnah, semua data di serang virus pula. Mr Freud mengamuk apabila di beritahu kejadian berkenaan. Dia menyuruh para pekerjanya menyiasat siapa yang bertanggungjawab. Setiausahanya mencicit melarikan diri mengikut perintah bosnya.
 Jess menongkat dagu sambil makan ais-krim. Telefon bimbitnya berbunyi.
“kau hacking syarikat tu?” knight menyoal.
“bukan tu saja..aku musnahkan data-data mereka dan menyebarkan virus” Jess senyum puas hati. Itu baru permulaan sebagai perkenalan.
“kau dah invisible kan ip address kau..bagus.. tapi kau masih perlu berhati-hati. Mereka mungkin akan menyiasat”
“aku tahu kemungkinan tu. Jangan risau..aku dah buat apa yang patut. Knight dapatkan aku data mengenai keluarga Sir Clark”
“data tu akan terus di hantar ke pc kau” dan talian terputus. Jess melihat maklumat mengenai keluarga Sir Clark. Heh tak sangka anak dia pun kembar dan satu sekolah dengan aku pula tu. What a coincident…Jess tiba-tiba teringatkan Marissa. Seterusnya di lihat pula maklumat mengenai kawan-kawan si kembar tu. Eh ni mamat yang aku jumpa kat sekolah tadi. Dia senyum sendiri. Di lihat jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 6.50 petang. dia menyikat rambut dan beredar.

5 under spell:

epy elina said...

ohohhooh....
ank sir clark 2 dz n Fz kot???
tp sape mr freud 2???
best2x...
smbung2x..

kumako said...

kent ke??

Snow_Queen said...

hape mksd kumako?

Anonymous said...

x sbr nk tgu jes n FZ jump msti so sweet right??.. whatever sy sgt suka smua krya awk..

Snow_Queen said...

kli ni de klainan skit hehehe...thanx..^^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review