Wednesday, April 21, 2010

Destiny 6

Posted by Snow_Queen at 4:31 AM

   “beberapa saksi mengatakan mereka mendengar beberapa das bunyi tembakan di kediaman Sir Michael. Pihak polis masih menyiasat kehilangan Marissa, anak perempuan Sir Michael yang di jangka akan melangsungkan pertunangan dengan rakan sekolahnya tidak lama lagi dan juga suspek-suspek yang terlibat…”
Jess melihat berita di hadapannya tanpa perasaan, dia dah tak larat nak menitiskan air mata.
“Jess…kau okay?” Knight menyoal.
“ermmm..tapi aku takut la..macam mana kalau pihak berkuasa suspek yang aku bunuh keluarga aku sebab sekarang aku memegang semua harta keluarga aku. Mereka boleh jadikan harta sebagai motif” Jess menggigit jarinya.
“itu takkan berlaku Jess”
“kenapa?”
“sebab hanya beberapa orang yang paling di percayai bapa kau sahaja yang tahu kau wujud dan sebab segala maklumat kau di sana sudah di musnahkan. Semuanya..termasuk gambar” terbeliak biji mata Jess apabila mengetahui perkara itu.
“tapi kawan-kawan sekolah aku..”
“tiada sesiapa yang akan percayakan mereka..kerana rekod kau telah tiada” Knight memotong kata-kata Jess.
“Aku percayakan kau Jess..sampai masanya nantu semuanya akan terdedah” Jess mengeluh perlahan apabila mendengar kata-kata Knight.
“berapa lama lagi nak sampai? Aku harus cari rumah lagi” Jess melihat jalan di hadapannya.
“lagi 2 jam. tempat tinggal kau telah di uruskan. Siap dengan segala kelengkapan. Mereka takkan syak apa-apa kerana ada seorang wanita yang menyamar sebagai kau yang membuat segala urus niaga berkaitan dengan pembelian rumah bekenaan” Jess mengeluh lagi. Semuanya telah di rancang dengan begitu sempurna hanya tinggal dia sahaja memainkan peranan.
“kau ada telefon bimbit?” Knight menyoal.
“ada”
“sekarang tutup telefon tu. Kau sekarang bukan Jess anak Sir Michael tapi Jess anak seorang usahawan terkemuka di negara Utopia. Ambil telefon baru ni dan tekan no 1” knight mengarah. Jess melihat dash board di depannya terbuka. Sony erricson W995 pemberian papanya kini bertukar dengan LG chocolate BL40. Dia meng’on’kan telefon tersebut dan menekan butang 1. Beberapa kali deringan ada orang mengangkat.
“hello” terdengar suara garau seorang lelaki.
“errr hello” Jess tak tau nak cakap apa.
“awak Jessica..anak Sir Michael?” lelaki berkenaan menyoal.
“be..betul..” Jess kekok.
“takziah atas kehilangan keluarga awak. Saya betul-betul sedih”
“boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?” Jess menyoal.
“saya Sir Clark, sahabat baik papa awak dan sekarang awak akan jadi anak angkat saya” Sir Clark menarik senyum nipis. Aku akan jaga anak kau baik-baik Michael. Aku janji yang dia akan balas dendam untuk kau sekeluarga.
“a..anak angkat? Eh kenapa pula?” Jess cemas tiba-tiba.
“selepas Jessica berehat..datang rumah uncle, uncle akan ceritakan semuanya”
“baiklah..minta maaf menggangu” Jess memutuskan talian. Kepalanya bersarang dengan seribu persoalan lagi.
“lihat sebelah kanan. Itu adalah tempat tinggal baru kau. Lagi sejam kita akan sampai.” Jess berpaling ke kanan. Dia ternganga apabila melihat bangunan kondo itu dari jauh.

Dia semakin sedar yang semuanya kini adalah reality yang harus di tempuhi sama ada dia suka atau tidak. Dia tersentak sebaik sahaja sampai di parking lot di dalam bangunan.
“rumah kau terletak di tingkat 23, kod pintu ‘errica2090’. Esok kita akan bertemu dengan Sir Clark. Pistol tu ambil untuk keselamatan kau. Berehatlah. Selamat malam”
“selamat malam knight” Jess menekan butang lif tingkat 23 dan tangan kirinya menarik beg beroda. Sebaik sahaja di masukkan kod dia membuka pintu. tergamam dia melihat kecantikan rumah tu. Dari semalam memang kejutan demi kejutan melanda dirinya. Dia mula explore kondo tu. Dia memandang ruang tamu yang temanya berwarna putih. Pemandangan di luar juga boleh tahan cantik.

Kemudian dia membuka satu pintu tidak jauh dari situ. Bilik tv desis hatinya.
Dia melihat pula dapur. Tiada meja makan tapi ada kaunter. Dia sayu tiba-tiba. Mulai sekarang dia akan duduk makan besendirian. 
Kemudian dia melihat bilik air yang terletak beberapa langkah sahaja dari dapur.
Memang lawa desis hatinya. Seterusnya dia kembali ke ruang tamu semula. Ada dua pintu di hadapannya kini. Dia membuka pintu sebelah kanan. Dia lihat 1 pc dan satu laptop berada di dalam bilik tu.
Di buka pintu satu lagi dan melihat bilik tidur yang bertemakan putih merah hitam. Dia suka bilik tu. Dia tersenyum sendiri.


Dan ada satu lagi bilik untuk tetamu. Boleh tahan juga bilik ni.
Dia memilih untuk mengambil bilik yang pertama tadi. Selepas mandi. Dia mula menyusun pakaiannya di dalam alamari. Dia menghempas tubuhnya di atas katil dan tertidur tidak lama kemudian.

4 under spell:

epy elina said...

hohohhoho....
hbt la crta cik snow ni...
x trduga tau....
kcian jess.....
aku suka ayt cik snow...
Akanku pastikan setiap titisan darah keluargaku di bayar.....
mnyeramkan...
tp i like it...

hani said...

knight rider versi girl eh snow???
best2..teruskan usaha ye ^^

Anonymous said...

sgt2 menarik...
snowwww....
nk lagi.....
pleaseee...=))

Snow_Queen said...

@epy elina: sankyu..seram ke? men type je tuh ngeee

@hani:lebih krang la tu hehehe

@anonymous:ok2..tggu ek..hehehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review