Wednesday, April 21, 2010

Destiny 5

Posted by Snow_Queen at 4:26 AM

   Jessica memakai pakaian yang simple selepas dia mandi. Dia masuk ke dalam bilik kakaknya.
“nak apa?” Marissa menjeling adiknya. Apa jeling-jeling? Aku cucuk mata tu baru tahu getus Jess di dalam hati.
“homework” Jess meletakkan buku dan nota-nota kawan Marissa di ats meja belajar. Jess tidak tahu kenapa sikap kakaknya berubah sebaik sahaja mereka masuk ke alam sekolah menengah. Dulu mereka cukup rapat tapi sejak kebelakangan ni…Jess mengeluh sendiri.
“ada apa-apa lagi?” Marissa memandang adiknya.
“Jay..kirim salam” Jess menyampaikan salam Jay.
“aku tak suka kalau kau rapat dengan Jay” nada Marissa sedikit keras.
“heh kau tak layak nak sekat hubungan aku dan Jay even kau kakak aku dan tunang dia” Jess menghempas pintu dengan kuat. Dia menggigit bawah bibirnya kuat. Dia masuk ke dalam biliknya dan membuka buku konon nak study. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Dia bangun dan melihat ke arah luar. Kebetulan tingkap biliknya menghadap ke arah pagar utama. Kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam memegang senjata. Dia mencapai telefon bimbitnya dan berlari keluar mencari papanya. Ada orang menarik tangan Jess.
“papa..apa yang terjadi?” Jess menyoal dengan cemas.
“papa tak ada masa nak terangkan. Pergi cari knight cepat” Sir Michael membawa Jess ke pintu belakang.
“ingat..jangan patah balik ke rumah ni..balas dendam untuk keluarga kita” Sir Michael membuka pintu belakang.
“pa..” air mata Jess mula bergelinang.
“I love you..we love you Jess” Sir Michael menolak Jess keluar dan menutup pintu. Jess berlari ke bangsal yang terletak di dalam hutan. Dia membuka pintu bangsal dan masuk ke dalam kereta.
“aish macam mana nak drive kalau pedal minyak dan kunci tak ada ni” Jess merungut. Tanpa di sangka-sangka bunyi enjin kereta hidup sendiri dan kereta berkenaan mula bergerak. Jess memakai seat belt.
“knight apa yang terjadi? kau boleh bergerak sendiri?” Jess mula menyoal.
“betul..aku telah di programkan untuk bergerak sendiri. Jess jangan risau kita akan pergi ke tempat yang lebih selamat”
“Riss!!..knight berhenti…aku mesti selamatkan Marissa” Jess melihat Marissa diseret masuk ke dalam van.
“kau tak boleh buat macam tu Jess..bahaya” tiba-tiba bunyi tembakan bertalu di lepaskan ke arah knight sebaik sahaja mereka melalui main gate. Jess tunduk. Dia bangun kembali apabila mereka sudah jauh dari rumah.
“knight..” Jess tak terucap.
“jangan risau..kereta ni kalis peluru dan di lengkapi dengan teknologi yang tinggi”
“kita nak pergi mana ni?”
“aku akan menghala ke kawasan gunung di depan ni untuk melepaskan diri daripada bahlul-bahlul yang mengejar kita”
“bahlul what?” Jess pusing belakang. dia melihat sebuah jip berwarna putih mengejar mereka. Knigh memotong lori di hadapannya. Jess menahan nafas sambil memegang seat belt kerana kelajuan knight dan kerana gerun dengan cara knight memotong. Jip putih berkenaan ikut memotong lori di hadapan mereka. Jess melihat ke arah luar. Kawasan built dan cerun huh getus hatinya.
“Jess kau reti menembak?”
“menembak? Retilah juga”
“ambil ni dan talakan pada tayar kereta mereka” tiba-tiba dash board di depan dia terbuka sediri. Bulat mata Jess melihat pelbagai senjata di hadapannya. Jess mengambil revolver dan membuka tingkap. Dia mengeluarkan separuh badannya dan menutup mata kanannya. Dia menembak ke arah tayar jip berkenaan.
“apa perempuan tu nak buat?” Jimmy melihat Jessica seperti menala sesuatu ke arah mereka dan…”bang” bunyi tembakan kedengaran. Jimmy mengelak. Rakan-rakannya memegang seat belt kuat.
“damn that girl” Wing menyumpah seranah. Dia turut mengeluarkan senjata dan menembak knight.
“Jess masuk balik” dan Jess masuk balik ke dalam kereta. serentak itu dia mendengar bunyi tembakan bertalu-talu.
“apa yang kita nak buat sekarang?” Jess sedikit cemas.
“Jess jantung kau berdegup dengan lagi pantas dari biasa”
“yeah..thanks for the information” Jess menjeling.
“ada cadangan lain?” Jess bertanya.
“nampaknya kita terpaksa menggunakan alam semula jadi” Jess kerut kening tak faham maksud knight. Tiba-tiba knight memecut lagi laju. Jip putih berkenaan juga turut menambah kelajuan.
“knight lori..” Jess kasi warning apabila knight cuba nak memotong kereta di hadapannya dan jalan bertentangan ada lori minyak.
“jangan risau Jess..aku tahu apa yang aku buat”
Jess menahan nafas apabila Knight mula memecut. Pemandu lori minyak berkenaan membunyikan hon berkali-kali apabila melihat sebuah kereta di hadapannya. Mereka makin hampir dengan lori berkenaan 5..4..3..2..dan knight memecut kereta di hadapannya dan masuk balik ke lorong yang sepatutnya. Jip putih yang mengikut jejak langkah knight terpaksa masuk balik ke lorongnya apabila lori minyak terlalu hampir. Knight menambah lagi kelajuan dan perlahan-lahan kereta knight 3040 itu bertukar rupa bentuk kepada model terbaru Acura.

“wow..kau boleh bertukar juga” Jess jadi kagum.
“untuk mengelakkan kita daripada di kesan..”
“apa sebenarnya yang berlaku” Jess menyoal knight.
“mereka adalah pembunuh upahan yang di arahkan untuk membunuh Sir Michael sekeluarga. Sebuah syarikat yang di dalangi oleh kumpulan kongsi gelap ingin membalas dendam kerana Sir Michael enggan bekerjasama dengan mereka apabila mengetahui kegiatan haram kumpulan itu. bukan itu sahaja..mereka juga ingin mendapatkan beberapa geran tanah yang menjadi rebutan di kalangan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap untuk mengukuhkan kuasa mereka. mesti mereka ingat Marissa mempunyai tanah-tanah tu kerana Sir Michael pernah cakap nak kasi tanah-tanah tu kepada dia sebagai hadiah tapi sebaliknya sekarang Jess..kau yang memegang kesemua harta keluarga kau. Mereka pasti akan memburu kau apabila mereka menyedari Sir Michael mempunyai seorang lagi anak perempuan. Sekarang kau perlu merancang dan menyusun strategi untuk memusnahkan mereka. kita akan dapatkan bantuan daripada seseorang. Sebelum tu kau perlu kukuhkan status kau secara rahsia untuk masa depan kau sendiri. Aku tahu kau cerdik Jess. Kau bukan macam remaja lain yang membuang masa di kelab-kelab malam dan menghabiskan duit family.”
Air mata di kesat. kini dia faham segala perbuatan papanya. Dia akan balas dendam ke atas kematian kedua ibu bapanya dan selamatkan Marissa walaupun Marissa membencinya. Dia perlu kuat untuk keluarganya. Dia akan menggunakan segala kelebihannya untuk bangun kembali.
“sekarang kita nak ke mana?” Jess menyoal.
“Utopia”
“berapa lama lagi?” Jess melihat peta yang terpampang di depannya.
“dalam masa 8 jam setengah..tidur lah dulu..kalau dah sampai aku akan kejutkan kau” Jess menyandarkan kepalanya dan merenung ke arah luar memikirkan apa yang perlu di buatnya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review