Wednesday, April 21, 2010

Destiny 4

Posted by Snow_Queen at 4:23 AM

    Jess berguling ke kiri dan ke kanan. Dia tak dapat lelapkan mata apabila memikirkan perangai pelik papanya tadi. Dia membuka tv. Di lihat berita pertunangan Marissa di kaca tv. Kakaknya akan bertunang beberapa hari lagi dengan jejaka pilihan keluarga dan lelaki itu adalah Jay. Dia memang tak sangka yang Jay akan melamar Marissa. Sejak dari kecil memang Marissa yang banyak di temu bual oleh media. Dia? tak pernah langsung. Tapi dia tak kisah lagi pun dia lebih suka low profile. Senang sikit nak buat jenayah. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu Marissa ada kembar termasuk budak-budak dan cikgu-cikgu di sekolah Akhirnya di sumbat Mp3 di telinga dan dia mulai lena.
xxxx
   FZ duduk di taman rumahnya berseorangan. Dia memandang kosong ke arah langit. Betapa dia rindukan mamanya. Semenjak ayahnya berkahwin lain dia sudah tak mendengar khabar mamanya. Dia bencikan perempuan yang menyebabkan mamanya hilang.  Biar seribu kebaikan yang di tabur kepadanya dia telah menutup pintu hatinya untuk menerima dan melihat kebaikan ibu tirinya itu sekaligus baginya perempuan adalah sama sahaja seperti ibu tirinya. Mengejar harta benda. dan memang kebanyakkan perempuan yang dia jumpa menepati ramalan dirinya. Semuanya mengejar duit bukan menerima dirinya seadanya.
xxxx
  Jessica terbangun apabila alarm telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia bersiap untuk ke sekolah. seperti kebiasaan dia mencium pipi papa dan mamanya.
“eyh Rissa tak pergi sekolah?” Jess membetulkan rambutnya.
“dia demam. Kamu tolong bagi surat MC dekat cikgu kelas dia” Madam Michelle memberi Jess surat MC. Jess berlari keluar.
“abang…cincin bertunang Rissa akan sampai petang ni..tak sabar saya nak tengok” Madam Michelle kelihatan teruja.
“herrmm” hanya itu jawapan Sir Michael.
“awak ni macam tak suka je Rissa nak bertunang?” Madam Michelle mencebik.
“mana ada parents tak suka bila anak dia bertunang. Cuma jangan terlalu gembira..kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan” Sir Michael menghabiskan kopi di dalam cawan.
  Jess melompat melalui tembok belakang sekolahnya. Dia sudah terlambat. Sam dan Adam juga begitu.
“ikut makmal sains la..kat situ jarang orang lalu” Sam kasi cadangan. Adam dan Jess mengangguk. Sebaik sahaja mereka keluar melalui pintu depan makmal sains mereka mendengar suara menyergah. Terus tiga sekawan itu membuka langkah seribu. Jess menyedut oksigen sedalam yang mungkin apabila sampai di dalam kelas. Jay dan Han hanya tersenyum.
“aish korang bukak marathon awal-awal pagi ni malaun mana yang kejar?” Jay memberi air kepada Jess.
“si ketua pengawas bodoh sombong tu..nasib baik sempat cabut” Sam meneguk air rakus.
“kau la ni Sam..konon tak ada orang lalu” Jess mencebik.
“weh aku kata JARANG ye bukan TAK ADA orang lalu” Sam menekankan perkataan jarang dan tak ada.
“ah samalah tu” Adam menyampuk.
“eh mana ada sama” Sam mempertahankan dirinya.
“ahh sudah korang jangan nak buat sketsa kat sini” Jay menenangkan kawan-kawannya.
“ceh bajet jadi abang ipar mithali arr kau ni Jay eh?” Han ketawa kecil. Yang lain-lain ikut ketawa sekali. Jess meletakkan tangannya di atas bahu Jay.
“alololo tomeinya abang iparku ini hehehe” Jess ketawa mengejek.
“baik semua duduk di tempat masing-masing” cikgu kelas mereka memberi arahan.
  xxx
QZ tidur dengan bahagianya di dalam kelas. Dalam kelas tu tiada siapa yang berani tidur apabila subjek chemistry sedang berlamgsung. Sir Dean melihat salah satu anak murid kesayangannya sedang sedap-sedap melayari alam mimpi. Sir Dean mendekati. Yang lain hanya memerhatikan sahaja. Kent, Bad dan FZ malas nak ambil port. Selepas selesai membuat hasil karyanya Sir Dean berlalu ke hadapan dan menyambung kembali pengajarannya. Semua di dalam kelas tu menahan ketawa melihat muka QZ. Sebaik sahaja bunyi loceng berbunyi QZ bangun. Dia terasa lain macam apabila semua orang di dalam sekolah memandangnya pelik.
“errr ada apa-apa yang tak kena ke kat muka aku?” QZ menyoal.
“harini kau lebih hensem dari biasa” selamba Kent menempelak.
“hehehe..itu tak perlu di pertikaikan..aku memang hensem” QZ perasan sendiri.
Perasan betul adik aku ni desis hati FZ lalu dia menarik QZ supaya melihat cermin di dalam lockernya.
“ARGHHHHH!!!!” QZ menjerit apabila melihat mukanya di conteng.
“sapa buat ni?” QZ menahan amarah yang membuak-buak.
“cikgu kesayangan kau la..sapa lagi” Bad sengih dan berlalu pergi. QZ menumbuk pintu locker.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review