Tuesday, April 20, 2010

Destiny 3

Posted by Snow_Queen at 5:41 PM

   Musik rancak membingitkan telinga pengunjung kelab malam Youth yang tidak kira usia. Bad, QZ, Kent dan FZ meneguk minuman mereka sambil bersembang. Seorang gadis tidak kurang seksinya datang menghampiri.
“hai..Elena” gadis tersebut menghulurkan tangan kepada FZ. FZ tersenyum sinis. dia bangun dan membawa teman barunya ke lantai tari.
“mangsa baru lagi..” Bad menggelengkan kepala.
“aku bet esok runtuh la rumah perempuan tu dengan banjir air mata” QZ melihat abang kembarnya dari jauh.
“aku berharap ada gadis yang dapat ubah perangai dia. aku tak pernah jumpa lelaki pelik spesis abang kau. Bila perempuan cakap I love you dia reply we’re over..heh” Kent senyum sinis.
“sekurang-kurangnya dia tak pernah merosakkan anak orang. Itu yang aku tabik spring” QZ senyum sinis apabila ada lagi beberapa perempuan menghampiri mereka. siapa yang tak kenal Gravity, kumpulan yang di anggotai 4 pemuda paling hot di Bandar Utopia. Semua gadis menginginkan mereka sebagai teman lelaki. Setiap ibu bapa menginginkan mereka sebagai menantu. Di sekolah mereka juga menjadi perbualan ramai. di ketuai oleh FZ atau nama sebenarnya Park Jung-Mi. anak kepada usahawan GP Corp yang terkenal dalam pelbagai bidang. Mempunyai adik kembar yang bernama QZ atau nama sebenarnya Park Jung-Min. seterusnya Bad atau nama sebenarnya  Jeong Ji Hoon. Keluarganya memang terkenal dalam bidang institusi kewangan negara dan yang terakhir Kent atau nama sebenarnya Park Yoochun. Keluarganya berpengaruh dalam bidang hiburan dan ekonomi. Mereka masih lagi leka di Youth mengisi malam mereka yang sunyi dan kosong.
Jessica meluruskan rambutnya yang serabut dengan jari. Baru bangun dari tidur. sebaik sahaja dia ingin melangkah menuruni tangga kedengaran suara papanya memanggil. Dia mengikut Sir Michael masuk ke dalam library.Papanya mengunci pintu. dahinya berkerut dengan penuh tanda tanya.
“duduk” papanya mengarah. Dia akur. Di jeling pak cik di sebelahnya.
“ini peguam papa Mr George. Dia dah lama bekerja dengan family kita dan menguruskan segala hal pasal family kita” Jessica bersapa dengan Mr George.
“okay..kenapa papa bagitahu Jess semua ni?” Jess memandang Sir Michael yang menarik nafas dalam.
“Jess..kamu satu-satunya harapan papa..papa tak boleh berharap dengan Rissa. Papa nak serahkan segala harta kepunyaan keluarga kita kepada kamu” Sir Michael memandang Jess yang sedang ternganga luas.
“pa..kesian la dekat Rissa. Lagi pun kalau papa buat macam ni boleh berperang Jess dengan Rissa” Jess memprotes.
“papa buat macam ni ada sebabnya. Jadi sama ada kamu mahu atau tak kamu mesti terima semua harta ni” Sir Michael memandang Mr George. Mr George mengangguk. Dia membawa keluar segala dokumen dan ink serta cop rasmi keluarga itu.
“Cik Jessica sila tandatangan di tempat yang berkenaan dan letakkan cap jari anda” Mr George menyuruh. Jessica buat seperti yang di arahkan. Selepas selesai semuanya Mr George menyerahkan salinan asal dan 1 copy kepada Jessica.
“Jess..simpan semua dokumen ni baik-baik. Jangan bagi sesiapa tahu atau nampak terutamanya mama dan Rissa” tegas Sir Michael.
“Cik Jessica..ini adalah kad pengenalan baru, lesen memandu, buku-buku akaun, kad-kad ATM dan kad-kad kredit serta sedikit duit cash, serta beberapa dokumen penting untuk kegunaan masa depan” Mr George menyerahkan sebuah beg kecil berwarna hitam. Jess meneliti barang-barang di dalam beg tu.
“pa..Utopia? apa maksud semua ni?” Jess menyoal papanya selepas melihat alamat di ic barunya.
“kamu akan faham nanti..Jess kamu reti menembak?” Sir Michael memandang anaknya lagi.
“menembak? Errr reti la juga” aish tak faham aku dengan perangai papa ni desis Jess dalam hati. Sir Michael mengangguk perlahan.
“mari..papa nak tunjukkan sesuatu kepada kamu sebelum mama dan Rissa balik” Sir Michael bangun di ikuti dengan Mr George. Jess ikut dari belakang. mereka berjalan selama 10 minit ke dalam hutan di belakang rumah mereka. Jess menampar nyamuk yang berebut-rebut inginkan darah. Tiba di bangsal papanya membuka pintu dan mereka bertiga masuk ke dalam bangsal. Jessica melihat bangsal tu. Selalunya papanya menegah sesiapa dari memasuki bangsal tu tapi harini papanya membawa dia ke situ. Mr George menarik kain berwarna kelabu. Jess ternganga lagi.

“waaa pa..lawanya kereta ni..” Jess menggosok badan kereta sport berwarna hitam di hadapannya.
 Sir Michael tersenyum nipis melihat telatah anaknya. Dia membuka pintu kereta berkenaan. Dia mencapai suis di bawah sit kereta. sebentar kemudian sebuah kotak kelihatan.
“Jess bagi papa dokumen-dokumen dan beg tadi” Sir Micheal menadah tangan. Jess lihat papanya meletakkan kesemua barangan yang bernilai tu di bawah sit dan apabila suis berkenaan di tekan kembali kotak berkenaan hilang.
“semua barang ni simpan di sini. Barang-barang keperluan kamu seperti baju dan sebagainya papa dah suruh orang kemaskan dan simpan di dalam bonet” Sir Michael memandang Jess sayu.
“pa..pa nak halau Jess ke? Kalau Jess ada sakitkan hati papa Jess minta maaf” Jess menggigit bibir menahan sebak.
“silly girl..papa tak halau Jess tapi kamu akan tinggalkan sini juga satu hari nanti atau mungkin tak lama lagi. Kamu mesti terus survive walau apa pun yang terjadi” Sir Michael memeluk anaknya.
“ada satu lagi kejutan untuk kamu” Sir Michael masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk memandu. Jess duduk di tempat penumpang. Dia lihat papanya meletakkan jari di atas permukaan sekeping kaca.
“Sir Michael…” kedengaran suara lelaki.
“kereta bercakap huh?” Jess ternganga lagi.
“Jess letakkan tangan kamu kat atas kaca ni” Sir Michael menyuruh. Jess mengikut apa di perkatakan papanya.
“Cik Jessica..selamat petang” suara berkenaan terdengar lagi.
“ini adalah ciptaan baru saintis terkenal. Papa dah suruh saintis berkenaan programkan apa yang patut. Jadi papa percaya kamu akan selamat dengan adanya kereta ni” Sir Michael tersenyum nipis.
“pa..apa model kereta ni?” Jess kelihatan teruja.
“knight 3040”
“oh pelik..”
“cik Jessica boleh panggil saya Knight” kereta itu bersuara lagi. Jess hanya mengangguk kepala.
“Jess..kalau masanya dah sampai kamu mesti cari knight dan tinggalkan tempat ni” Tegas suara Sir Michael menyuruh. Jess mengangguk walaupun di dalam kepalanya bermain dengan seribu soalan.

5 under spell:

epy elina said...

hohoho...
wau mnrik...
sy truja mbacanya...
pe yg brlaku ni....
napa papa jess bg smua hrta kat jess...
mst ada pe2 brlku pas ni...
cik snow...
smbung2x...
x sbr nak bca...

Anonymous said...

btl2..
smkn mnarik n suspen..
snow....
smbg lg..
mmg xsbr nk bc..

Kumako said...

menarik2..bestnye..tak sbr2..

Anonymous said...

crita yg sgt mnarik...
x sbr nak bc entry sterusnye....

Anonymous said...

green87
menarik dan tertarik dgn cta nie.. cpt smbung ek.. luv snow..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review