Tuesday, April 27, 2010

Destiny 22 *FINAL

Posted by Snow_Queen at 4:25 AM

Beberapa bulan kemudian…
   Mesyuarat agung di syarikat Sakura Holding sedang di adakan. Beberapa pemegang saham mula masuk ke dalam bilik mesyuarat dan mengambil tempat masing-masing. Hari ini mereka akan berjumpa dengan pemegang saham terbesar bagi syarikat itu. apabila semua orang sudah mengambil tempat masing-masing Mr Alex masuk dan duduk di barisan depan sekali. Dia memandang 2 buah kerusi di atas pentas yang masih menghadap skrin besar. Para pemegang saham yang lain mula berbisik apabila kedua-dua pemegang saham terbesar di depan masih tak memulakan mesyuarat sebaliknya masih menghadap skrin.
“errr cik boleh kita mulakan sekarang?” Mr Alex bersuara.
“ready sis?” Jess memandang Marissa di sebelahnya. Marissa hanya tersenyum nipis. Serentak mereka memusingkan kerusi ke depan, menghadap kesemua pemegang saham di depan mereka. semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham terkejut apabila nampak Marissa. Sangka mereka Marissa sudah mati dan siapa pula gadis di sebelah Marissa. Mr Alex jadi tak senang duduk.
“selamat pagi semua..mulai harini saya dan adik saya, Jessica adalah pemegang terbesar Sakura Holding serta blue sky corp dan cubicle corp.” Marissa senyum nipis.
“terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu. Jasa kalian amat di hargai.” Sam, Jay, Han dan Adam menunjukkan thumb up serentak.
“rasanya yang salah tetap salah dan harus di kenakan hukuman..betul tak Mr Alex?” Jess merenung tajam lelaki yang sebaya Sir Michael.
“Mr Alex..awak di tahan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan Sir Michael sekeluarga dan juga atas penyalah gunaan kuasa” beberapa pihak berkuasa mengelilingi Mr Alex.
Jessica menggeleng kesal. Dia tak menyangka orang kepercayaan ayahnya boleh mengkhianati mereka sekeluarga. Selepas mesyuarat berakhir pasangan kembar itu keluar dari bilik mesyuarat. Para wartawan mula berkumpul di depan syarikat tu. Marissa tersenyum nipis. Gambar pasangan kembar itu di ambil. Perlahan-lahan Jess meloloskan diri dari kumpulan wartawan tu. Dia rimas. Dia duduk di dalam kereta sambil menunggu Marissa habis di temu ramah.
  “tahniah..akhirnya misi kita selesai..” Knight bersuara.
“terima kasih kepada kau knight. Kau banyak membantu kami” Jessica memandang kakaknya. Mereka berhenti di hadapan rumah yang banyak meninggalkan kenangan kepada mereka. Jess boleh bernafas lega kerana ingatan marissa sudah pulih.
“dulu aku tak suka kau Jess sebab kau selalu dapat kepercayaan papa. Papa tak pernah memandang aku tinggi” Mereka berdua duduk di taman sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
“aku tak rasa macam tu..aku tahu papa sayangkan kau juga” Jess memegang tangan Marissa. Mereka melayan perasaan masing-masing.
“jom kita balik hotel..karang bising pulak pak cik berdua tu” Jess bangun. Marissa ketawa perlahan.
“mana..laki kau yang bising lebih. Laki aku cool je” Jess ketawa perlahan.
Knight meluncur laju di atas jalan. Mereka berdoa semoga semuanya berjalan lancar selepas ini. Semoga roh ibu bapa mereka tenang di sana. Semoga mereka bahagia bersama insan tersayang hingga akhir hayat.
Terbeliak mata Jess bila dia melihat FZ tengah mengayat perempuan lain di kaunter lobi hotel. Berasap sungguh dia. Marissa mendapatkan QZ yang sedang menunggu di restoran.
“selesai la baik-baik..jangan buat drama pulak” Marissa sempat berpesan kepada Jess sebelum berlalu.
“ehem..” FZ pusing belakang. Dia tersenyum apabila melihat Jess. Amboi mamat ni boleh pulak dia senyum-senyum lepas mengorat perempuan lain depan aku. Jess mencebik.
“mana?” FZ memandang perempuan di kaunter. Perempuan itu memberi FZ sebuah bungkusan.
“nah! Untuk awak..” FZ tersenyum manis. Adeh! Nasib baik tak serang tadi..kalau tak buat malu je kau Jess.
“saya tak reti balut tu yang suruh kakak ni balutkan” Jess tersenyum nipis. Dia memeluk FZ dan mereka berlalu mendapatkan QZ dan kakaknya.
“macam mana?” Marissa berbisik kepada adiknya.
“rupa-rupanya dia mintak tolong kakak tu balutkan hadiah. Nasib baik aku tak serang tadi” mereka berdua tergelak serentak. FZ dan QZ hanya memerhatikan kedua-dua orang gadis di hadapan mereka dengan pandangan pelik.
“tak ada apa-apa” mereka berdua tersenyum manis memandang pasangan masing-masing.

8 under spell:

Miss Kira said...

hehehe.. sweet r..

xp apa jd ngan yong hwa??

:)

Snow_Queen said...

Yong hwa? kt anggap jelah dia pegi luar ngra wat misi len plak..hehehehe *nmpk sgt pnyakit M tu..huk3

epy elina said...

hohohoo...
btul2...
pe jd ngn hwo...
ingt dia suke kat jess...
klua da spcial episode kan bgus...
pe pun best crta ni...

shareena said...

hehehe..best3x!

hijab4piz said...

snow mmg da best lah
citer ni mmg best gilak ^_^
ske sgt!!

Aice said...

Uwah...
Cite nie pling best..

Anonymous said...

memang suka bila msuk blog awak.. cerita2 ada kelainan.. memang sesuai ngan jiwa saya.. tahniah... usaha lagi...
p/s : sya prasan ejaan syiling... spatutnya siling, kan??

Anonymous said...

this story really nice..i know about ur blog last week..and i already finish read all of ur novel..all of ur novel have their own story..i love ur story..full with adventure and love..good job writer..really good job.

-rainbow ray-

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review