Tuesday, April 27, 2010

Destiny 21

Posted by Snow_Queen at 4:24 AM

   Jess menyelimutkan Marissa. Gadis itu tertidur selepas Jess menceritakan sejarah keluarganya dengan ringkas. Azamnya kini hanya satu. Dia pasti akan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Syarikat blue fire kini dalam krisis terbesar selepas serangan di hospital tadi. Mr X pula kini sedang menanti giliran untuk ke tali gantung. Semua bukti sudah di kumpul oleh Yong Hwa. Kini hanya tinggal untuk bertindak sahaja. Malam ini penentu segalanya. Malam ini dia akan pastikan Mr Freud di tangkap dan menerima hukuman setimpal.
   Mr Freud memerhatikan semua barangnya di pindahkan ke dalam kontena. Dia akan melarikan diri ke luar negara melalui kapal malam ni. dia memerhatikan orang-orang bawahannya membuat kerja. Beberapa dokumen penting di simpan rapi di dalam briefcase untuk kegunaan masa depan.
  Jess terjaga apabila telefon bimbimtnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia keluar ke balkoni untuk menjawab panggilan.
“malam ni di pelabuhan. Tepat jam 10 malam. Kau tunggu sahaja berita baik dari kami” suara Yong Hwa kedengaran.
“aku takkan berpeluk tubuh sahaja. Aku sendiri akan tangkap bedebah tu dan pastikan dia di jatuhi hukuman setimpal.” Yong Hwa mengeluh. Dia tahu bukan senang nak mengubah pendirian Jess setelah gadis itu membuat keputusan. Dia menamatkan panggilan. Jess melihat kakaknya yang masih lena. Dia keluar dari bilik itu perlahan. hampir luruh jantungnya apabila FZ tiba-tiba berdiri di belakangnya.
“kau nak pergi mana?” FZ mengerutkan keningnya. Jess tersenyum nipis. Lelaki ni banyak songeh betul. Dia menghampiri FZ dan memeluk lelaki itu erat. FZ tergamam sebelum membalas balik pelukan tu.
“FZ…”
“errrmm”
“aku suka kau”
“aku tahu” Jess gelak perlahan.
“tapi kau kuat cemburu, perasaan nak mati dan bodoh..” FZ mengetuk kepala Jess. Jess menarik senyum nipis.
 “tapi aku tetap suka kau..” senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.
“aku nak balik ni..jaga kakak aku baik-baik..kau jangan nak mengayat dia pulak” Jess memberi jelingan tajam. FZ gelak kuat.
“kalau aku ngorat dia aku rasa QZ akan humban aku dalam loji sebab aku kacau orang kesukaan dia” Jess gelak perlahan.
  Jess membersihkan diri. Dia mengenakan jaket kulit sebelum keluar dari rumah. Pedang pusaka di capai dan di gantung di belakang badan. 2 revolvernya di letak kemas di pinggang dan pisau lipat di selit di celah boot kulitnya. Dia mengikat rambut. Ngilu di lengan masih terasa namun di gagahkan jua diri untuk operasi malam ni. knight meluncur laju membelah kegelapan malam menuju ke lokasi yang telah di tetapkan.
  Marissa membuka mata. Dia berpeluh. Mimpi yang di alaminya sebentar tadi sungguh menakutkan. QZ mendapatkan kembar Jess.
“are you okay?” terdengar suara cemas lelaki itu. Marissa tersenyum nipis dan menganggukkan kepala. QZ memberikan Marissa air dan ubat.
“aku..aku rasa tak sedap hati” Marissa menyatakan kegusarannya.
“kenapa?” QZ menatap wajah yang menenangkan hatinya itu.
“macam ada perkara yang buruk akan terjadi..Jess mana?” dia mencari adiknya. Sungguh pada mulanya dia sukar nak menerima kehilangan kedua ibu bapanya namun apabila dia melihat Jess semangatnya untuk survive menjadi kuat dan kental.
“dia dah balik..esok pagi baru dia akan datang sini balik” QZ tersenyum nipis. FZ merempuh masuk bilik Marissa. QZ jungkit kening sebelah.
“Riss..Jess ada cakap tak dia nak pergi mana-mana?” cemas kedengaran suara FZ. dia cemas apabila beberapa kali menelefon gadis itu tapi hanya operator yang menjawab. Marissa menggelengkan kepala.
“kau dah try call Yong Hwa?” QZ memandang abangnya. Pantas FZ mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Apabila talian bersambut dia jadi terkedu apabila mengetahui di mana Jess. Dia keluar tanpa mengendahkan panggilan QZ.
  Jess berdiri di atas salah satu tinbunan kontena yang bersusun. Angin laut menyapa mukanya. Dia memerhatikan setiap gerakan orang-orang bawahan Mr Freud. Pancaran kilat kadang-kadang menampakkan diri. Yong Hwa dan orang-orangnya juga sedang memerhatikan orang-orang Mr Freud. Bayangan lelaki tua itu masih tidak kelihatan. Setengah jam menunggu akhirnya bayangan Mr Freud kelihatan. Jess tersenyum sinis. orang-orang Yong Hwa mula bertindak. Yong Hwa sendiri mula bergerak. Jess hanya memerhatikan orang tua itu dari atas. dia mencapai salah satu revolvernya dan mula melepaskan tembakan. Mr Freud dan orang-orangnya mengangkat senjata apabila terdengar bunyi tembakan.
  Jess melompat dari satu kontena ke kontena yang lain. Dia melihat Mr Freud berlari di celah-celah susunan kontena. Jess mengikut setiap langkah lelaki itu. hujan gerimis turun serentak kedengaran dengan bunyi guruh yang tidak putus. Jess berjalan degan lebih pantas untuk memotong jalan Mr Freud. Dia melompat turun. Mr Freud melihat seorang gadi di hadapannya mengacukan revolver.
“aku sanggup bagi kau apa sahaja asalkan kau lepaskan aku” Mr Freud mengangkat tangan.
“baiklah..kembalikan parents aku yang kau bunuh dan aku akan lepaskan kau” Jess memandang lelaki di hadapannya  tajam. Mr Freud melepaskan tembakan tiba-tiba. Jess mengelak dengan berselindung di sebalik kontena. Tembakan bertalu-talu di lepaskan. Jess turut membalas tembakan tu. Jess keluar dari tempat persembunyiannya apabila tiada lagi tembakan di lepaskan. Mr Freud sudah tiada lagi di situ.  Dia mula megejar namun langkahnya terhenti apabila ada seseorang tiba-tiba muncul di hadapannya. Lelaki itu tersenyum sinis apabila Jess berada di depannya. Tanpa membuang masa dia menyerang Jess, Jess melepaskan tembakan namun semuanya berjaya di elak oleh lelaki itu. Apabila revolvernya kehabisan peluru dia mencampak senjata itu. lelaki itu mengeluarkan pedang dari belakang badannya. Jess turut menarik pedang pusaka keluarganya dan membuang sarung pedang ke atas lantai. Mereka berpusing 360 darjah tanpa sesiapa antara mereka memulakan langkah. Jess berhenti dan mula menghunuskan pedang ke rusuk kiri lelaki itu. lelaki itu menangkis serangan dan menendang perut Jess. Jess merasakan kesakitan 2x ganda apabila kena serangan di tempat yang sama harini. Dia memegang hulu pedang kejap menahan rasa senak. Lelaki itu menyerang lengan kiri Jess namun Jess berjaya memegang tangan lelaki itu dan menghentak sikunya ke muka lelaki itu. dan menendang perut lelaki itu dengan lutut kanannya. Pedang lelaki itu jatuh atas lantai.
“baru sikit macam tu takkan dah pancit kot” Jess ketawa sinis. lelaki itu mula bangkit dan menyerang Jess. Tumbukan di talakan di muka Jess namun Jess berjaya menepis dengan sebelah tangannya. Jess menalakan siku sebelah lagi tangannya di perut lelaki itu. lelaki itu merasakan senak di perutnya. Dia merasakan perempuan di hadapannya bukan calang-calang orang. Dia mencapai pedangnya. Jess memerhatikan setiap langkah lelaki tu. Tanpa di sangka-sangka lelaki itu meludah tepat ke mata Jess. Perhatian Jess terganggu. Lelaki itu mengambil kesempatan melibas Jess menyebabkan Jess terbaring di atas lantai. Lelaki itu ingin membenamkan mata pedang di tubuh Jess namun Jess menghadang dengan pedangnya. Lelaki itu menyepak tubuh Jess. Jess mengaduh kesakitan. Pedangnya tercampak entah ke mana. Lelaki itu tersenyum kemenangan. Jess menarik keluar revolvernya dan menembak tepat di bahagian jantung lelaki itu. hujan mula lebat. Jess masih lagi terbaring di atas lantai. Dia memejamkan mata. FZ mencari Jess. Jantungnya berdebar apabila melihat tubuh 2 insan terbaring tak bergerak. Dia menghampiri. Berderau nafasnya apabila melihat Jess kaku di dalam hujan. Dia meletakkan pedangnya. Di pangku tubuh Jess. Dia menjerit kuat dan dahi bertemu dahi.
“kenapa kau tinggalkan aku…kenapa di saat-saat kira baru nak bercinta?” FZ memegang pipi Jess yang sejuk.
“bisinglah..kan aku dah cakap kau ni bodoh” Jess membuka matanya. Nak tergelak pun ada bila mendengar luahan hati FZ. FZ merenungnya.
“kau masih hidup?” FZ seolah-olah tak percaya.
“kau nak aku mati sangat ke?” Jess menjawab dengan nada sarkastik. FZ menggelengkan kepala. Jess mengaduh kesakitan bila FZ memeluk dirinya erat. Yong Hwa menghampiri. Dia tersenyum manis.
“macam mana” Jess memadang lelaki itu.
“semuanya dah berakhir..tapi aku tak rasa kita boleh hadapkan Mr Freud ke muka pengadilan” Yong Hwa memandang Jess serius.
“kenapa?”
“sebab dia dah mati..” Jess tersenyum sinis.
“itu adalah hukuman bagi dia”
xxxxxx
Jess membuka matanya apabila di rasakan ada orang memegang tangannya. Wajah marissa menyapa pandangan. Mata Marissa bengkak seolah-olah baru lepas menangis.
“doctor kata apa?” Jess memandang FZ. dia tertidur apabila FZ pergi mendapatkan doctor tadi.
“kau kena berehat. Kecederaan dekat perut kau ambil masa nak pulih” FZ memegang sebelah lagi tangan Jess. Jess mengangguk perlahan.
“lepas kau sembuh kita kahwin nak?” FZ bertanya tiba-tiba.
“apasal lak?” Jess mengerutkan keningnya.
“aku risau la kau selalu bertindak bukan-bukan..kalau kau selalu ada depan mata aku senang sikit hati aku” FZ tersenyum nipis.
“huh tak nak aku.. belajar pun tak habis lagi..lagi pun ada benda yang tak settle lagi” FZ mencebik.
“aku tak kira..kau kena kahwin dengan aku juga” Jess membuat muka. Semua yang berada di situ ketawa melihat kerenah pasangan di hadapan mereka. Marissa memandang QZ dan mereka saling berpegangan tangan. Masing-masing tersenyum nipis.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review