Monday, April 26, 2010

Destiny 20

Posted by Snow_Queen at 4:14 PM

   Marissa menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan diri. Peluang datang apabila ikatan tangan dan kakinya di buka. Selepas di beri makan malam dia di tinggalkan keseorangan. Dengan penuh hati-hati dia memanjat keluar dari tingkap kecil yang terdapat dari bilik tu. Dengan sisa-sisa kudrat yang masih ada dia berlari sekuat hati dan apabila sampai di jalan besar dia dah tak ingat apa-apa lagi.
  Marissa membuka matanya. Denyutan di kepalanya membuatkan dia mendengus perlahan. dia melihat seorang perempuan di sebelahnya tidur dengan aman. Dia hanya kaku apabila perempuan tu bangun dan memandang ke arahnya. Jess melihat mata Marissa yang seakan-akan kosong.
“Riss” Jess memegang tangan Marissa namun cepat-cepat dia melepaskan pegangan.
“awak siapa? Saya ada kat mana?” Marissa memandang sekeliling dengan cemas.
“aku Jess..kau ada kat hospital” Marissa memandang Jess pelik. Dia tak kenal sesiapa dengan nama Jess dan dia juga tak ingat nama sendiri.
Bunyi tembakan bertalu-talu kedengaran. Damn..mesti orang-orang Mr Freud. Jess menarik tangan Marissa.
“kita nak pergi mana?” Marissa bertanya.
“kalau kau nak hidup lebih lama ikut sahaja aku” Jess malas nak menjawab soalan kembarnya. Jess menolak Marissa masuk ke dalam pintu exit dan mereka tunduk untuk mengelakkan daripada di kesan. Mereka berdua menggunakan tangga. Sampai di pintu keluar Jess melihat beberapa orang yang tak di kenali. Mereka mengawal pintu masuk hospital itu dengan rapi. Jess memandang sekeliling. dia membuka pintu stor.
“Riss..kau tunggu kat sini. Jangan sesekali keluar. Mereka di luar tu nak bunuh kau..aku janji akan selamatkan kau selepas aku bereskan dorang okay?” Jess menutup pintu. Marissa nak lari tapi entah kenapa dia percayakan Jess. Jess keluar. Dia lihat Yong Hwa sedang bertarung dengan orang-orang Mr Freud. Dia berlari dan menyorok di belakang kaunter dan melepaskan tembakan. Dalam keasyikan melepaskan tembakan dia terasa ada besi sejuk di acukan di kepalanya. Jess angkat tangan dan berpaling. 2 orang lelaki melihatnya dengan pandangan kotor. Kedua-dua lelaki itu hilang kepala serentak. Jess menelan air liur kasar. Dilihat FZ tersengih memandangnya. QZ, Bad dan Kent sedang sibuk membantu Yong Hwa. FZ menarik Jess melangkah mayat yang tak berkepala itu. Jess berhadapan dengan seorang lelaki yang berbadan tegap. Dia memegang revolvernya kemas. Mereka memandang antara satu sama lain tanpa sebarang gerakan. Lelaki itu menyerang Jess dengan tendangan. Jess membuat backflip dan melepaskan tembakan. Ceh pakai baju kalis peluru rupanya Jess memandang lelaki itu. Jess menumbuk perut lelaki dengan kuat namun seolah-olah tiada kesan kepada lelaki itu. Lelaki itu menumbuk perut Jess. Jess terduduk menahan senak. Jess melibas kaki lelaki tu dan sebaik sahaja tubuh lelaki itu mencecah lantai Jess melepaskan tembakan di kepala lelaki itu. dia bangun. Jess berlari laju ke arah FZ. FZ terasa badannya di tolak dan bunyi tembakan kedengaran. Jess memegang lengannya yang berdarah dan dalam masa yang sama tembakan di lepaskan ke arah lelaki yang menembaknya. Jess berlari semula ke dalam bilik stor apabila orang-orang Mr Freud sudah tumbang. Dia melihat Marissa sedang memegang batang mop. Dia tergelak kecil. Dia menarik tangan Marissa dan membawa kakaknya keluar dari hospital itu.
   “terima kasih korang..” dia memandang ke arah FZ, QZ, Bad dan Kent. Yong Hwa yang luka-luka di muka dan tangannya sedang menerima rawatan di dalam ambulans.
“jumpa korang kat rumah nanti” dia start enjin dan berlalu pergi.
Marissa hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sesekali dia menjeling luka di tangan Jess. Muka Jess berpeluh menahan sakit di tangan dan perutnya. Sebaik sahaja sampai di rumah Sir Clark, Madam Jane memeluk Jess dan Marissa. Doctor peribadi keluarga itu membawa Jess dan Marissa ke dalam bilik pejabat Sir Clark. Marissa hanya melihat sahaja luka Jess di bersihkan. Selepas itu Marissa pula di check keadaanya. Doctor itu mengeluh perlahan. Jess menangkap maksud keluhan itu.
“Riss kau tunggu luar kejap..aku ada benda nak cakap dengan doctor ni” Marissa mengangguk dan keluar. Madam Jane mendapatkan Marissa. FZ dan QZ berpandangan antara satu sama lain. Jess menanggalkan topeng mukanya dan memandang doctor di hadapannya.
“Cik Marissa mengalami trauma dan itu menyebabkan dia kehilangan ingatan buat sementara waktu. Cik Jessica jangan risau” Doctor itu tersenyum nipis. Jess angguk kepala dan mereka berdua keluar dari bilik itu. FZ mendapatkan Jess.
“macam mana dengan luka kau?” FZ bertanya bimbang.
“neh..sikit je” Jess senyum nipis. Dia memandang marissa.
“Jess nak Riss tinggal kat sini buat sementara waktu. Bahaya kalau dia tinggal dengan Jess” Jess memegang tangan kakaknya. QZ memandang wajah Marissa di hadapannya. Dia menarik senyum nipis apabila Marissa tak berani memandang mukanya.
“tentang tu Jess jangan risau..ayah akan jaga dia baik-baik” Sir Clark tersenyum nipis.
“Riss..ni ibu dan ayah. Mereka akan jadi keluarga kita selepas ni okay…” Marissa mengangguk perlahan. Jess tersenyum nipis. Selepas ni urusannya akan menjadi lebih mudah kerana Marissa sudah selamat.
“Jess berehat dulu di sini..malam karang baru balik” Jess mengangguk perlahan.

1 under spell:

hani said...

gaya macam qz ngn riss je??
hehehe
suke3 <3 ^^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review