Tuesday, April 20, 2010

Destiny 2

Posted by Snow_Queen at 2:49 AM

Dah masuk sekolah menengah…
  Marrisa menempek bedak kompak nipis di mukanya. Dia juga mengenakan lip bum untuk mengelakkan bibirnya daripada mengelupas dan mengenakan sedikit perfume Eternal Magic. Jessica menyikat rambutnya kemas dan menyanggul tinggi agar dia tak berasa rimas. Pernah dia mengutarakan cadangan untuk memotong rambutnya pendek seperti lelaki tetapi setelah dijeling tajam oleh mamanya sampai sekarang dia tak berani minta nak potong rambut. Marissa dan Jessica serentak mencium pipi Sir Michael dan di ikuti pipi Madam Michelle. Mereka berdua duduk di meja untuk sarapan. Sir Michael membaca surat khabar sementara menanti sarapan. Dengan penuh sopan santun Marissa menyapu jam ke roti bakar yang sudah sedia terhidang. Jessica hanya minum air sahaja kerana dia tak pernah ambil sarapan pagi.
  “pergi dulu..” Jesicca mencapai beg sekolahnya dan berlalu pergi. Marissa hanya memerhatikan langkah adiknya. Dia akan pergi ke sekolah dengan di hantar oleh pemandu berbeza dengan adiknya yang lebih suka ke sekolah dengan berjalan kaki. Jessica hanya akan naik kereta pada  hari hujan. Pernah Marissa meminta untuk berjalan kaki ke sekolah tetapi teruk dia di marahi. Madam Michelle melarang Marissa berjalan kaki kerana Marissa cepat jatuh sakit.
   “wei geng” Jessica menyapa kawan-kawannya di pertengahan jalan untuk ke sekolah. Sam, Adam, Jay dan Han lelaki most wanted di sekolah memandang ke arah gadis yang menyapa mereka. mereka tersenyum manis memandang satu-satunya princess dalam kumpulan mereka. mereka digelar Wild Roses oleh pelajar-pelajar sekolah Aqua kerana mereka mempunyai muka tapi perangai…manakala Marissa berkawan dengan kumpulan perasan cun yang menggelarkan diri mereka Hot Gurlz di sekolah sesuai la dengan perwatakan lemah lembut beliau tu.
    Jessica duduk melutut di pintu masuk pagar sekolah sambil mengangkat kedua belah tangan tinggi ke langit bersama-sama pelajar perempuan yang lain. manakala Sam, Adam, Jay dan Han di suruh buat sit up oleh guru disiplin kerana melanggar disiplin sekolah.
“dah berapa kali saya nak ulang benda yang sama? Sampai saya dah boleh hafal semua peraturan sekolah. kamu semua ni tak insaf-insaf. Lagi-lagi hari-hari saya menghadap muka kamu Jess” mukadimah Miss Bella di pagi hari yang hening sebaik sahaja sekolah elit Aqua di buka sambil menunjukan rotan kuningnya ke arah Jess. Jess buat muka toya.
“kamu Jess kenapa la kamu suka sangat pakai seluar dengan skirt?” Miss Bella memandang garang ke arah Jess.
“sebab nenek saya kata tak baik anak dara dedah-dedah kaki” Jess menjawab selamba.
Miss Bella memberi jelingan sedas kepada anak muridnya yang seorang itu.
 Kemudian Di kelas 4B..
“Fuh boleh jadi ahli bina badan aku ni..hari-hari buat sit up” Adam mengeluh. Sam, Jay dan Han hanya sengih mendengar rungutan kawan mereka itu. Jessica membaca komik conan keluaran terbaru yang di pinjam daripada Han tanpa ada niat nak join perbualan mereka.
Di kelas 4A..
   Marissa membelek majalah keluaran Cleo yang terbaru dengan penuh khusyuk sebelum bahunya di tepuk oleh Nina salah seorang ahli kumpulan Hot Gurlz. Marissa buat muka kenapa dekat Nina.
“Riss..tadi aku nampak adik kau kena denda lagi” report Nina.
“adik kau tu suka sangat jatuhkan imej kau” sampuk Dee leader Hot Gurlz.
Marissa hanya senyum sinis mendengar kata-kata kawan-kawanya. Di sekolah juga mereka selalu di banding-bandingkan. Marissa memang di sukai 1 sekolah kerana personality beliau yang umpama tuan puteri berbanding Jessica yang lebih suka bermain-main dan membuat jenayah di sekolah tetapi dalam masa yang sama berkebolehan dalam semua benda Cuma dalam pelajaran dia agak kureng sikit. Bagaimana pun keputusan periksa beliau selalu memberangsangkan. tetapi kedua adik beradik itu tetap popular kerana seorang baik hati dan selalu mendapat tempat 1 dalam peperiksaan dan seorang lagi di kelilingi oleh lelaki hot di sekolah.
xxxx
    Jessica duduk menikmati makanan tengah harinya di kantin sekolah bersama-sama dengan Sam, Adam, Jay dan Han. Meja makan mereka riuh-rendah dengan gelak ketawa.
“kau tau mak cik yang jual mee ramen tu selalu korek hidung? Aritu aku nak makan mee ramen tapi tak jadi sebab sedap je aku tengok dengan penuh perasaan dia korek hidung” kata Sam tiba-tiba. Muka Jess, Jay, Adam dan Han menjadi =_=”
    Jay membaling salad sandwich ke arah Sam. Sam mengelak dan salad itu tepat terkena cermin mata salah-seorang student yang duduk di belakang mereka. jangan kata nak minta maaf mereka hanya ketawa sahaja melihat budak tu terkial-kial membersihkan cermin mata.
“kurang oksigen kau Sam. Orang tengah sedap nak makan kau boleh pulak cerita benda-benda macam tu” Jessica menjeling Sam. Sam buat muka tak berdosa dan meneruskan suapan beliau.
  Hot Gurlz masuk kantin dan dengan penuh bergaya melangkah ke arah gerai mee ramen. Jess melihat semenjak dari Marissa masuk kantin sampai nak duduk dah Jay dok tenung je kakak dia. Jess melibas tengkuk Jay.
“siot je kau..” Jay mengomel.
“dah tu kau tengok kakak aku macam nak makan tu pehal?” Jess menyergah. Jay hanya tersengih. Isk musykil aku…si Jay ni suka kakak aku ke desis hati Jess. Wild Roses memandang dengan penuh debar apabila Hot Gurlz duduk dan siap sedia nak makan makanan tengah hari mereka. muka mereka berubah menjadi o.0 sebaik sahaja suapan pertama masuk ke dalam mulut Hot Gurlz mereka semua buat ekspresi geli. Wild Roses bangun meninggalkan kantin kerana selera makan mereka sudah putus. Sebelum keluar Jessica menghampiri Marissa.
“riss..” Jessica membisikan sesuatu di telinga Marissa dan berlalu pergi. Marissa yang mendengar kata-kata adiknya itu terus berlari ke singki memuntahkan balik mee ramen yang di makannya.
 “kau la ni Sam..selera makan aku terbantut. Cuba kau jangan cerita benda-benda tu tyme aku tengah makan” Jessica menumbuk bahu Sam.
“oii sakit siot..sorry la..nanti lepas balik sekolah aku belanja korang makan kay..korang cakap je nak makan apa” Sam memberi tawaran. Yang lain sengih jahat mendengar tawaran Sam.
xxxx
  para pelajar kelas 4A dan 4B berkumpul di gym untuk mata pelajaran pendidikan jasmani. Adam dan Han menyertai kelab bola keranjang manakala Sam dan Jay menyertai kelab pedang. Jessica? Dia menyertai kelab seni mempertahankan diri. Tetapi selalunya dia akan ponteng aktiviti kelab itu kerana lagi terhibur melihat perlawanan bola keranjang antara kelas dia dan kelas 4A. Lagipun dia hanya cukupkan syarat menyertai sebarang aktiviti di sekolah sementelah beliau memang handal dalam seni mempertahankan diri. Jessica melihat Hot Gurlz yang terlompat-lompat membuat pelbagai gaya tak termasuk dengan pekikan memberi semangat. Manakala Marissa hanya duduk di atas bangku berhampiran kawan-kawannya. Dia pula lebih senang memekakkan telinga dengan mp3 dan menyudahkan komik conan yang tak habis di baca. 
   “flora fauna betul” Jessica menjerit apabila kepalanya terkena bola keranjang yang sekeras batu tu sedang dia khusyuk baca conan. Dia memandang tajam ke arah pasukan bola keranjang kelas 1A. Pasukan bola yang di wakili kelas 1A itu memandang Jessica dengan pandangan kerek. Bagi mereka apa sangat seorang perempuan boleh buat.
“sapa buat?” garang Jessica bertanya.
“aku” keluar seorang lelaki yang berkepala botak.
“apa tak reti-reti nak mintak maaf?” Jessica menjerkah. Lelaki itu menolak bahu Jessica dan merampas bola keranjang dari tangan Jessica kemudian berlalu pergi. Jessica yang geram membaling botol air tepat kena kepala lelaki botak itu. Jessica senyum sinis sambil mencekak pinggang. Marissa dah tak sedap hati.
Tanpa berkata apa-apa budak botak itu menyerang Jessica dengan bola keranjang yang di pegangnya. Jessica yang geram membuat backflip sebelum kedua belah kakinya mengepit leher lelaki itu dan melibas ke tepi. Jessica bangun dan buat smack down ke atas budak laki tu. Member-member budak lelaki itu cuba nak membantu tetapi niat mereka terbantut kerana pedang terhunus di leher mereka. Sam dan Jay sengih jahat kat Jessica.
   Adam dan Han pun dah berdiri sebelah Jessica membuatkan mereka membatalkan niat mereka untuk menyerang. Mereka tahu kekuatan 4 ahli lelaki wild roses. Mereka mengangkat lelaki botak yang dah pengsan itu kemudian berlalu pergi. Jessica senyum puas. Han gosok kepala Jessica sebelum berlalu menyambung kembali permainan yang tertangguh. Marissa mencebik dengan layanan yang di terima Jessica.

4 under spell:

Miss Kira said...

riss tu jeles ngan jess ka nnt??
sapa hero dia??
heroin dia??

hehehe...
x sbr nk bca plak..
^_^

epy elina said...

hohooh...
suke crta ni...
best2x...
truja nak bca...

Snow_Queen said...

miss kira wtak utama jess n FZ..pic yg dlm poster tu..

Anonymous said...

waahh...dasyat...men pedang tu...hehe
-ur kazen-

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review