Monday, April 26, 2010

Destiny 19

Posted by Snow_Queen at 8:56 AM

  Jess memutarkan pen di hadapannya. Dia termenung jauh. Setelah 5 minit berlalu dia memandang muka insan di depannya.
“ayah dah tetap dengan keputusan ayah?”dia bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Sir Clark mengangguk.
“hish..tapi Jess pulak yang rasa serba-salah. Benda ni bukan main-main. Lagi pun kalau ada yang teremosi kang lain pulak jadinya”Jess teringat dekat FZ.
“sapa yang nak teremosi tu?” Sir Clark jungkit kening sebelah.
“FZ” Sir Clark mengulum senyum. Dia memandang muka anak gadis di hadapannya yang merah apabila nama anak terunanya di sebut.
“Jess tak teremosi pulak?” Sir Clark mengusik.
“kita pro la..tak main nak libatkan hati dan perasaan” Jess membuang pandang ke arah luar. Ah muka apasal aku rasa kau merah sekarang ni. Sir Clark ketawa perlahan.
“ayah tetap dengan keputusan ni..biarkan mereka tolong kamu. kalau nak bergantung dengan Yong Hwa sorang pun susah juga” Sir Clark merenung wajah gadis di hadapannya.
“ke kamu nak berkahwin dengan FZ dulu baru kamu rasa lega?” Sir Clark ketawa lagi apabila wajah gadis di hadapannya semakin merah.
“ha.ha.ha terima kasih jelah..kalau macam tu Jess setuju tapi ayah la cerita dengan dorang. Jess nak balik dulu” Jess naik ke atas dulu melawat Madam Jane sebelum balik. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia berdiri di depan bilik FZ dan kebetulan pula FZ buka pintu bilik. FZ terkaku apabila melihat Jess di depan biliknya.
“errr hai..” Jess garu kepalanya.
“hai..” FZ bersandar di depan pintu biliknya. Dia tersenyum nipis. Jess memandang muka FZ. adoi pak cik jangan la senyum buat aku cair pulak. Topic Jess topic.
“errr nak pinjam nota boleh?” heh pandai-pandai ye kau Jess.
“sure..come in” pertama kali masuk bilik pak cik ni. mak oii kemasnya. Ada bau vanilla lagi.
“nak pinjam nota apa?” FZ memandang Jess.
“nota sejarah” hahaha nasib baik aku tidur time kelas tu. Berguna jugak aku tidur kalau tak tak ada can la nak masuk bilik mamat ni.
“nah” FZ memberikan dia fail nipis. Jess tersenyum nipis.
“thanx..nanti aku bagi balik” Jess menghala ke arah pintu. FZ hanya memerhatikan Jess sehingga gadis itu hilang dari pandangan.
  Jess baring di atas katil biliknya. Nota entah ke mana buku entah ke mana. Dia memandang kertas kosong di hadapannya dan tanpa sedar dia melakar sesuatu di atas kertas. Selepas habis melakar dia sengih sendiri. Parah kau Jess. Dia tersenyum sendiri melihat lakarannya.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunanya. Dia segera mengangkat.
“Jess kau kat mana?” suara Yong Hwa kedengaran cemas sekali.
“rumah..kenapa?” Jess merasakan ada sesuatu yang buruk telah terjadi.
“Marissa…dia ada di hospital..ada orang awam jumpa dia tadi. Sekarang dia dalam bilik pembedahan. Jantung Jess seolah-olah berhenti berdegup. Dia menempek topeng di mukanya. Khuatir jika ada orang-orang bawahan Mr Freud turut berada di kawasan hospital. Dia memakai hoodie dan bergegas ke hospital. Dia mendapatkan Yong Hwa yang sedang menunggu.
“Jess? Dengan teragak-agak Yong Hwa bersuara.
“syyhh..jangan kuat sangat. Aku khuatir ada orang-orang mr Freud di sini. Macam mana dia boleh terlepas?” Jess memandang Yong Hwa.
“aku tak tahu..mungkin dia melarikan diri. Aku tak pasti. Kita tanya dia selepas dia sedar nanti” Yong Hwa meraup wajahnya dengan ke dua belah tangannya.
“aku takkan biarkan dia di sini. Aku mesti bawa dia pergi dari sini. Aku pasti yang orang-orang Mr Freud sedang memburu dia sekarang.” Jess mendail nombor seseorang. Selepas bercakap beberapa minit Jess mematikan panggilan. Pintu bilik dewan bedah terbuka. Kelihatan sekujur tubuh Marissa terbaring lemah di atas katil.
“macam mana dengan gadis ni doc?” Yong Hwa bertanya.
“dia tak ada apa-apa..tapi kesan-kesan trauma mungkin ada. Ahli keluarga pesakit perlu memberikan sokongan penuh kepada pesakit untuk meneruskan hidup” dan doctor itu berlalu. Jess menarik nafas. Sebaik sahaja Marissa di pindah masuk dalam wad dia memandang wajah kakaknya sayu.
“Yong hwa…aku mesti bawa dia keluar dari sini sekarang” Jess memandang Yong Hwa.
“kau gila!! Dia baru keluar dari dewan bedah” Yong Hwa merenung Jess tajam.
“aku tahu..tapi entah kenapa aku rasa tak selamat di sini” Jess memandang Yong Hwa.
“aku tahu..kita tunggu esok sahaja. Malam ni aku akan suruh orang-orang aku berkawal di sini kalau kau tak puas hati” Jess mengalah. Dia mengangguk perlahan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review