Sunday, April 25, 2010

Destiny 18

Posted by Snow_Queen at 1:12 PM

   Jess duduk di atas sofa rumah Yong Hwa. Dulu kali pertama dia pecah masuk rumah ni dia tak sempat nak teliti rumah ni betul-betul.
“coffee?” Yong Hwa memberi Jess secawan coffe segera.
“so..kita nak mula dari mana?” Jess memandang kertas-kertas di hadapannya. Yong Hwa tersenyum manis.
“Marissa..kau dah tahu kedudukan dia?” Yong Hwa memandang muka Jess. Jess angguk kepala.
“aku just nak tunggu masa yang sesuai sahaja untuk selamatkan dia. kalau aku bertindak sorang-sorang agak bahaya.” Jess merenung kosong cawan di dalam pegangannya.
“masa itu akan tiba..oh by the way aku dah perhatikan jika ada kes pertukaran nama tu dan setakat ni masih tiada tindakan” Yong Hwa membelek fail di hadapannya.
“kalau tak tukar pun dorang still boleh gunakan macam tu saja kan? Aku tak boleh muncul sekarang untuk isytiharkan harta-harta tu” Jess mengeluh kasar.
“kenapa Sir Michael bagi kau semua harta? Kenapa tak di bahagikan sama rata?” Yong Hwa memandang gadis di hadapannya.
“entah..papa aku Cuma cakap yang dia tak boleh harapkan Rissa..aku takut juga jika Rissa dapat tahu hal ni, so aku plan bila semuanya dah selesai aku akan bahagi bahagian Riss” Jess menarik senyum tawar dan mereka tenggelam di dalam kesibukan merancang strategy seterusnya.
  Malam menjelma. Jess duduk di atas katil. Dia bermain dengan telefon bimbit lamanya. Sudah berapa lama dia tak buka. Akhirnya dia membuat keputusan untuk on telefon itu. sebaik sahaja telefon itu di buka bunyi pesanan ringkas masuk bertalu-talu. Dia membaca kesemua mesej berkenaan. Semuanya daripada wild roses. Hatinya terdetik sesuatu. Dia bersiap ala kadar dan mencari knight. Knight meluncur laju membelah kegelapan malam.
“kau pasti nak buat begini? Bagaimana dengan keselamatan mereka?” knight menyoal.
“anggap sahaja aku melawat mereka” Jess menyandarkan kepalanya di tingkap. sebaik sahaja matahari mula menampakkan sinarnya Jess selamat sampai di rumah Adam. Di kalangan wild roses hanya Adam yang bertindak rasional sedikit. Dia menunggu dengan penuh sabar. Akhirnya orang yang di tunggu muncul juga.
“Adam…” Adam berpaling apabila mendengar suara perempuan memanggilnya. Dia kaku seketika apabila Jess berdiri di hadapannya. Dia menghampiri. Jess menahan sebak di dada.
“Jess..kau pergi mana selama ni?” Adam memeluk Jess erat.
“aku..aku terpaksa berpindah ke tempat lain..keselamatan aku terancam jika aku terus duduk di sini” Jess menyapu air mata di pipi.
“yang lain-lain pasti gembira jika jumpa kau” Adam menarik tangannya.
“aku..aku tak boleh..jika aku jadi perhatian ramai kemungkinan besar nyawa aku terancam” Jess senyum tawar. Adam mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon ketiga-tiga kawannya agar datang ke rumahnya segera. Tak payah pergi sekolah harini. Jess duduk di atas katil Adam. Bilik lelaki itu tak berubah. Susun atur masih seperti dulu. Mujur rumah Adam tiada orang. Senang sedikit perjumpaan mereka.
“wei..apa yang penting” kata-kata Han terhenti apabila nampak seorang gadis di atas katil Adam. Dia segera memeluk gadis itu. air mata Jess tak dapat di bendung lagi. Jay dan Sam turut memeluk gadis itu erat. Keempat-empat kawannya terdiam apabila Jess menyudahkan cerita.
“kau nak kami tolong?” Sam memandang Jess.
“aku..aku tak boleh..benda ni bukan main-main..berkaitan nyawa. Kalau korang mati aku nak jawab apa dengan parents korang?” Jess menjeling teman-temannya.
“amboi tak sayang mulut nampak” Han menampar bahu Jess. Jess tarik sengih.
“tapi ada benda yang korang boleh tolong aku..” Jess angkat kening.
“kau cakap je apa..kitaorang akan cuba tolong k” Sam menarik senyum nipis.
“sakura holding, blue sky corp dan cubicle corp..aku nak korang beli saham-saham tu atas nama korang dan pastikan syarikat tu jadi milik korang. Jangan terlepas ke tangan orang lain. bila aku balik nanti aku akan ambil balik hak aku tu” Jess memandang wild roses.
“no prob baby..serahkan pada kiatorang.” Jay senyum senang.
“ingat jangan sampai taktik korang terbongkar” Jess angkat kening double jerk.
“heh..benda-benda ni kan kepakaran kitaorang..don’t worry k” Adam memeluk bahu Jess.
“Jay…pasal Riss..” Jay menarik senyum nipis.
“jangan risau..mula-mula memang aku frust..sekarang aku dah jumpa pengganti. Dia sihat?” Jay menarik sengih.
“yeah..dia sihat je.” Jess berbohong.
“okay guys..aku kena gerak dulu..apa-apa hal korang e-mel aku je k..nanti bila semuanya dah settle aku akan datang balik” Jess keluar dari rumah Adam dengan perasaan sebak. Kini Knight meluncur laju di atas jalan raya.
“urusan di sana aku percaya dorang boleh buat..yang kat sini lagi complicated” Jess mengeluh perlahan.
“kalau kau dah cakap macam tu yakin jelah.. Yong Hwa pasti akan membantu kau. Tak lama lagi dendam kau akan terbalas jua.” Knight memberi nasihat.
  Jess membuka locker dan mengambil beberapa buah buku teks. Dia cukup penat namun sekolah tak boleh di tinggalkan juga. Kepalanya pening sedikit namun di gagahkan juga kakinya berjalan. Dia duduk sebelah FZ. entah kenapa dia duduk sebelah lelaki tu. Agak-agak terkejut beruk tak beliau. FZ pada mulanya buat tak endah sahaja apabila ada orang duduk di sebelah dirinya tetapi apabila dia berpaling matanya seakan sukar untuk percaya melihat Jess sedang menulis sesuatu di dalam buku teks.
“tak tidur ke?” FZ menyapa. Jess angguk kepala.
“kau buat apa dengan lelaki tu sampai tak tidur?” FZ merenung tajam. Jess senyum sinis. lelaki ni la agak-agak kalau aku sepak sampai tak ke kutub utara? Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Jess melihat di telinga FZ ada earphone. Dia menarik keluar earphone tersebut dan letakkan di telinganya. FZ tergamam sekali lagi. Overboard dendangan Justin Bieber dan Jessica Jarrel kedengaran. Huh jiwang ha? Idea nakal terlintas di kepalanya. Dia menepuk bahu FZ yang buat-buat sibuk baca buku. FZ memandang Jess.
So crazy in this thing we call love
And now that we got it
We just can’t give up
I’m reaching out for ya
Got me out here in the water and I

I’m overboard
And I need your love
Pull me up
I can’t swim on my own
Its to much
Feels like I’m drowning without your love
So throw yourself out to me
My life saver”
Jess kenyit mata dan bagi balik earphone di tangan FZ. Dia meletakkan kepalanya di atas meja dan hanyut ke alam mimpi sebelum cikgu kesayangan masuk ke dalam kelas. Apa maksud dia? Soalan itu berlegar-legar di kepala FZ.


1 under spell:

Anonymous said...

goshhhh...so sweeeeetttt..
jess n Fz sesuaiiiiii..
hehe...
snow tq....
smbg2...=))

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review