Saturday, April 24, 2010

Destiny 17

Posted by Snow_Queen at 11:29 PM

  Jess menukar pakaian. Dia akan berjumpa dengan seseorang..errr sebenarnya buat-buat terjumpa. Dia meletakkan hoodie di seat sebelah. Dia menunggu dengan penuh sabar sehingga target yang di cari muncul. Dia mengikat rambut dan berjalan masuk ke dalam kafe yang sama di masuk oleh lelaki itu. dengan muka selamba dia duduk di meja lelaki itu. Yong Hwa yang baru sahaja hendak menyuap makanan ke dalam mulutnya memandang gadis yang tiba-tiba duduk di hadapannya.
“errr cik..tempat lain banyak lagi kosong” Yong hwa memandang tepat wajah perempuan tu.
“saya tahu..” Jess menarik senyum. Ah sudah bala apa pulak ni Yong Hwa meneruskan suapan.
“awak dah tak ingat saya lagi?” Jess menarik sengih lebar. Yong Hwa termenung sebentar kot-kot dia pernah terjumpa, tetolong, tersakitkan hati tapi wajah gadis itu langsung tiada dalam ruangan ingatannya.
“saya perempuan yang di jadikan tebusan di casino haritu”
“Jess?” Yong Hwa tarik sengih lebar.
“yup Mr Yong Hwa..” Jess tergelak perlahan.
“macam mana awak boleh ada kat sini?” Yong Hwa memandang gadis di hadapannya.
“saya ikut awak..” Yong Hwa yang hanya ingat itu sekadar gurauan turut tergelak.
“no..serious saya ikut awak” Jess mula buat muka serius. O..kay..kenapa minah ni nak ikut aku pula.
“selamat berkenalan..saya Miss DJ” Jess menarik senyum sinis. Yong Hwa terkedu seketika. Dia menarik tangan Jess keluar dari kafe itu dan membawa perempuan itu ke tepi pantai.
“apa maksud awak Jess a.k.a Miss DJ?” Yong Hwa merenung perempuan di hadapannya.
“saya ada sebab yang tersendiri. Lagi pun saya dah membantu awak selama ni bukan?” Jess memandang Yong Hwa.
“yeah..thank you..jadi kenapa awak buat semua ni?” Yong Hwa membuang pandangan ke arah laut pula kali ni.
“sebab saya nak balas dendam ke atas kematian parents saya” Jess menggengam penumbuk.
“apa kena mengena kes Sir Michael sekeluarga dengan awak?” Yong Hwa memadang lagi gadis di hadapannya.
“sebab merekalah ibu bapa saya” Jess menjawab degan tenang. Yong Hwa ketawa sinis.
“setahu saya mereka mempunyai anak perempuan bernama Marissa sahaja”
“betul..Marissa kakak saya dan saya Jessica kembar dia” Jess bangun dan menghampiri Yong Hwa. Yong Hwa tak tahu nak percaya atau tidak dengan kenyataan Jess.
“awak tak percaya? Mari saya bawa awak jumpa seseorang” Jess berlalu ke kereta. Yong Hwa ikut dari belakang.
   Yong Hwa menarik nafas dalam. Dia mencerna cerita Sir Clark. Dia memandang gambar Jessica dan Marissa. Gambar yang di tangkap pada hari ulangtahun ke 15 mereka.
“jadi..awak percayakan saya sekarang?” Jess memandang Yong Hwa. Yong Hwa menarik senyum nipis. Dia mengangguk perlahan. Jess menarik nafas lega.
“tapi..tolong jangan dedahkan kewujudan saya..even pada rakan-rakan awak. Saya risau rancangan kita akan gagal. Awak tahu macam mana nak berhubung dengan saya dan saya tahu macam mana nak berhubung dengan awak” Yong Hwa angguk lagi.
“jadi…selamat bekerjasama” Yong Hwa menghulurkan tangan. Jess sambut dengan hati terbuka.
“siapa dia tu?” FZ memandang pintu bilik ayahnya yang tertutup rapat.
“bakal suami dia” QZ sengaja mengusik. FZ memandang QZ.
“aku gurau jelah. Yang kau risau tak tentu pasal ni apasal?”QZ menempelak abangnya. FZ bangun dan menghadap tingkap. sebentar kemudian Jess dan Yong Hwa keluar dari bilik itu. FZ dan QZ serentak memandang ke arah pasangan itu. Jess bergelak ketawa dengan Yong Hwa.
“guys..kenalkan Yong Hwa..Yong Hwa yang ni QZ dan yang kat tingkap tu FZ” Jess menarik sengih. Yong Hwa menganggukan kepala.
“jom..kita kena bincang tentang perkara ni dengan lebih mendalam. Kau boleh datang tempat aku” Yong Hwa mempelawa. Jess angguk.
“bye guys” dan bayang ke dua insan itu hilang di sebalik pintu.
“apa maksud dia tadi?” FZ memandang QZ.
“nak bincang konsep kahwin la tu” QZ menarik sengih.
“paap” majalah jatuh atas riba QZ. FZ naik ke biliknya. Ha padan dengan muka kau. Dulu suka sangat mainkan perasaan perempuan sekarang bila dah suka betul-betul, perempuan tu pula tak suka kau. QZ mengeluh dalam hati.

2 under spell:

epy elina said...

hohohooh....
hahahhaha....
btul2x...
dulu FZ yg slalu mainkan pmpaun...
skrg dia lak yg kena...
DUNIA NI ADIL...
mst FZ jele 2...

Jelita said...

best smbg..ske2..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review