Saturday, April 24, 2010

Destiny 16

Posted by Snow_Queen at 8:47 PM

   Huh? QZ gosok matanya berulang kali. Dia melihat Jess enak je tidur ternganga di atas katil king sizenya. Di kerling jam tangan yang baru menunjukkan 4 pagi. Dia menghampiri. Jess bergerak ke kiri dan malang bagi QZ apabila dia hendak menangkap badan Jess daripada jatuh dia sendiri tergolek di atas lantai dengan Jess di atas badannya yang masih lagi enak memproses taik mata. FZ membuka pintu dan jantungnya seakan berhenti berdegup apabila melihat Jess di atas badan QZ.
“wei ko tercegat buat apa kat situ? Tolong la aku..berat giler minah ni” QZ menolak bahu Jess. FZ menarik Jess yang masih tidur mati tak sedar diri.
“kau tak buat apa-apa kan dengan dia?” nada FZ tegang semacam. Dia baru sahaja nak terlena apabila terdengar bunyi pintu bilik adiknya di buka dan dia keluar untuk melihat jika Jess perlukan apa-apa. QZ menarik nafas.
“huh aku nak buat apa dengan dia? kalau dia bini aku baru la aku ada lesen nak buat apa-apa” QZ tarik senyum sinis dan baring atas katil. Dia sangat penat. Jess buka mata tiba-tiba.
“kau buat apa?” Jess jungkit kening sebelah.
“aku buat apa?” FZ merenung mata Jess.
“sapa kasi kau lesen pegang aku ni?” Jess melepaskan diri daripada pegangan FZ dan baring di sebelah QZ. QZ merenung Jess.
“Jess…kau baring sebelah aku..” Jess membuka kembali matanya yang baru nak terlena.
“habis tu?” ish sedar ke tak minah ni.
“Jess..aku QZ..dan kau sedang baring di sebelah aku..atas katil aku..dalam bilik aku..”Jess mendengus perlahan. dia berpaling menghadap FZ. muka FZ dah tegang semacam.
“aku tahu kau QZ.macam la aku tak reti nak bezakan kau dan abang kau..dan aku harap kau tak kisah aku pinjam katil kau sebab aku mengantuk sangat ni dan sekarang aku nak tidur. fullstop” QZ menelan air liur. Pulak minah ni. biar betul. Dilihat muka FZ macam baru tertelan epal sebiji.
“You better don’t touch her..Even korang sekatil pun” FZ menghempas pintu bilik QZ. Jess menarik sengih. Dia berpusing menghadap QZ yang dah masuk ke alam mimpi dan menyambung balik tidurnya yang terganggu.
   FZ berguling ke kiri dan ke kanan di atas katilnya. Ish apasal aku tak suruh QZ datang tidur bilik aku je tadi tak pun bilik-bilik kosong dalam rumah ni. errr dorang tak buat apa-apa kan? aish hati tenang lah..aku percayakan QZ tapi..QZ pun lelaki kan? Kan? Takkan la dia tak tergugat apabila perempuan cantik macam Jess tidur sebelah dia?” FZ bangun dan membuka pintu bilik adiknya. Dia menarik nafas lega bila kedua-dua manusia di atas katil tu tidur tak bergerak. FZ siap letak penghadang antara adiknya dan Jess. Boleh la dia tidur dengan lena malam ni.
  Jess rasa lain macam bila ada orang garu mukanya. Dia ketawa kerana geli. QZ terasa lain macam bila terdengar bunyi perempuan ketawa. Mereka berdua buka mata serentak dan “aaaaa” QZ jatuh sebelah kanan katil manakala Jess sebelah kiri. Shilaka kau QZ sakit punggung aku. Jess bangun dan memandang QZ. Mereka ketawa serentak. Kepala bertembung kepala di tengah katil.
“bila kau balik?” Jess menyoal.
“semalam..”
“aiyaaak..aku tak sedar pun” Jess garu kepala.
“la aku ingat kau sedar semalam. Siap bercakap dengan aku lagi” QZ merenung syiling.
“eyh yeke? Hehehe..tapi kau tak buat apa-apa kan?” Jess merenung siling juga. Macamlah siling tu cantik sangat.
“kenapa? kau nak ada apa-apa ke?” QZ jungkit kening sebelah.
“over my dead body…”
“kenapa kau tak tidur bilik tetamu?” QZ menguap perlahan.
“sebab bilik kau best..aku suka bau bilik kau” Jess menarik senyum.
“itu perli ke hape tu? Kalau kau suka bilik ni kahwin la dengan tuan bilik ni nanti bilik ni pun jadi bilik kau” QZ tarik sengih.
“ha yeke? Jum-jum bila nak kahwin? Sekarang ke?” Jess gelak.
“hamboi gelojohnya kau..kurang-kurang kena tempah hotel, nak carik baju lagi, pengapit lagi, tetamu mesti dozen-dozen kena datang” QZ garu dagu.
“amboi demandnya..kita kahwin kat taman rumah kau jelah..jimat kos. Baju kita pakai PJ’s dah la then tak payah tetamu just ibu, abang kau n ayah je. Makan kita oder pizza then habis..hehehe” ketawa Jess dan QZ pecah serentak.
“gila ledekut kau..tak mahu aku buat bini”
“eh sapa dapat aku bertuah hape? Jimat harta 10 keturunan tau” Jess tarik sengih.
“dah la..layan kau pagi-pagi sewel kepala aku” QZ bangun dan keluar.
“ala sayang..tak habis lagi ni” Jess ketawa kuat dan ikut QZ dari belakang. ketawa mereka berdua terhenti apabila bertembung dengan FZ di tengah jalan. Jess tarik senyum sinis. dia berlalu untuk melihat keadaan Madam Jane.
“eh..morning ayah” Jess melihat Sir Clark sedang memberi makan Madam Jane.
“eyh Jess..bila sampai?” Sir Clark menyapa anak angkatnya.
“semalam..Jess tidur sini..Jess pergi buat sarapan ya” Jess keluar untuk menyiapkan sarapan.

3 under spell:

epy elina said...

hohooh...
lawak la part ni...
mkan ati la si FZ 2...
adeh....
kcian2x...

kumako said...

ske part nie..la sgt...hahhaaa

Anonymous said...

arghh...ottoke2?!~ aku ade kelas jap gi...x siap lg ni...tp still nk stick dpn lappy...hehe..daebak r snow!!~ -ur kazen-

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review