Saturday, April 24, 2010

destiny 15

Posted by Snow_Queen at 5:23 PM

   Ish rumah ke apa ni? Jess melihat sekeliling apartment yang berselerak tu. Dia terus menyelongkar isi rumah tu mencari sesuatu. Dia ternampak laptop Toshiba elok je bersemayam bawah sofa. Dia tarik sengih dan membuka laptop berkenaan. Sekejap sahaja dia sudah berjaya menceroboh masuk. Heh zaman sekarang main letak password pun dah tak selamat dah cik adik oii meh cik kak tolong awak tukar password ek hehehe. Di selongkar folder-folder yang di rasakan patut di selongkar. Dia transfer data yang patut untuk di gunakan kemudian hari.
“Jess..dia dalam perjalanan balik rumah” Knight memberi amaran. Jess menutup balik laptop berkenaan dan keluar dari rumah berkenaan. Eh ada pulak mak cik mana depan rumah dia ni. Jess buat muka selamba.
“awak ni siapa? Tak pernah nampak pun?” Mak cik tu menyoal.
“saya pun tak pernah nampak mak cik, mak cik pernah nampak saya ke?” Jess tarik sengih.
“tulah mak cik tak pernah nampak awak, awak pernah nampak mak cik?”
“tulah..saya pun tak pernah..mak cik pernah nampak pak cik tu?” Jess menunjukkan ke arah seorang pak cik yang berdiri tak jauh dari situ. Mak cik berkenaan menoleh.
"mak cik…” kata-kata mak cik berkenaan terhenti apabila Jess sudah tiada di depannya. Dia menggaru kepalanya dan beredar. Jess naik kereta sambil tergelak kecil. Bagus punya mak cik nak psycho aku.
“saham-saham syarikat Sakura Holding dah di beli seperti yang di arahkan. Mesyuarat agung akan di adakan tidak lama kemudian” Knight memberi tahu maklumat terkini. Telefon bimbit Jess berbunyi. Dengan malas dia mengangkat .
“Jess..kau kat mana?” suara FZ kedengaran cemas.
“dalam kereta..kenapa?” Jess menguap perlahan.
“datang rumah..ibu sakit kuat ni” kata-kata FZ membuatkan matanya yang kuyu tadi terbuka luas.
“QZ dan ayah mana?” Jess turut cemas.
“dorang tak ada..aku nak buat apa ni?” FZ menelan air liur yang terasa berpasir.
“kejap lagi aku sampai” knight memecut laju ke rumah Sir Clark.
“ibu…ibu okey?” Jess memegang dahi ibu angkatnya. Panas. Dia berlari ke dapur dan mengambil besen. Kemudian di ambil tuala bersih. Dia meletakkan tuala lembab itu di dahi Madam Jane.
“dah berapa lama ibu macam ni? panggil doctor tak?” Jess memandang FZ yang bersandar di dinding.
“dah..tapi tak tahu bila doctor tu nak sampai..” FZ garu kepalanya yang tak gatal. Alamak cute la pulak dia buat gaya macam tu. Heh Jess jangan mengarut. Jess beredar dari bilik itu. FZ ikut dari belakang.
“kau nak buat apa?” FZ menyoal.
“masak racun tikus..kau nak ke?” Jess menjeling tajam. Baru sahaja FZ nak membuka mulut kedengaran loceng pintu rumah. Seorang lelaki dan pembantunya kelihatan.
“Mr FZ..mana madam Jane?” Doctor itu bersalam dengan FZ.
“err..ada kat atas.” FZ membawa doctor itu ke bilik Madam Jane. Bau bubur nasi membuka selera Jess dan FZ. kalau makan semangkuk tak luak kan? Kan? Dia mencedok bubur ayam ke dalam mangkuk dan menikmati air tangan sendiri.
“huh makan tak ajak” FZ muncul tiba-tiba.
“untuk ibu bukan kau..” Jess menjeling.
“habis yang kau tu boleh pulak” FZ senyum sinis.
“aku rasa je” Jess defend diri sendiri. Dia mencedok sesudu bubur berkenaan dan menyuakan kepada FZ. FZ kerut kening.
“tadi nak sangat..ni nak bagi dia kerut kening pulak” Jess mencebik. FZ tarik sengih dan makan bubur berkenaan. Mereka berdua berkongsi semangkuk bubur bersama.
“sorry susahkan kau pulak..”FZ memandang Jess yang sedang memasukkan bubur dalam mangkuk untuk Madam Jane pula.
“neh…tarak hal la..lagi pun dia ibu aku juga” Jess mengangkat dulang dan berlalu ke naik atas. Selepas mematikan Madam Jane makan ubat, Jess keluar dari bilik tu.
“errr QZ tak de kan?” Jess pandang FZ. FZ angguk kepala.
“aku tidur dalam bilik dia jelah. Aku malas nak drive balik rumah” Jess menguap perlahan.
“kau nak tidur dalam bilik aku pun tak pe” FZ angkat kening double jerk.
“heh..over my dead body” Jess melangkah masuk ke dalam bilk QZ dan menutup pintu. FZ tarik sengih. Kongsi semangkuk bubur bersama dan berbual lama-lama dengan Jess? Perkembangan yang bagus…dia masuk ke dalam biliknya dan tidur sambil tersenyum.
  Sara menghempas laptopnya ke atas sofa. Dia geram. Sudah beberapa kali dia mencuba buka laptopnya tapi tak berjaya. adoi mampus aku kena marah dengan Mr Freud esok..Sara menggigit bibir bawahnya. Dia mendengus perlahan. memikirkan musibah yang bakal menantinya esok.

5 under spell:

kumako said...

ngee...sambung...

epy elina said...

hohoohho...
sweet la part ni...
mst Fz trsengeh2 sndri...
FZ suke kat jess or rsa jess ni mncbar untk FZ tackle??

Snow_Queen said...

heheh epy..kt tgk la plot cter ni jd mcm mne..kne la tggu kn spe calon yg tpilih jd pak we jess..

jijan said...

come ar jess ni;p

Anonymous said...

snow nk FZ gak...
fz n jess cmel je bl b'sm...
huhu...
anywy snowwww....
nak lg...hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review