Saturday, April 24, 2010

Destiny 14

Posted by Snow_Queen at 2:10 AM

“semuanya berjalan dengan lancar..” Jess mengesat make up di matanya.
“yeah..tapi X mungkin akan cari jalan untuk melepaskan diri”
“kalau macam tu peluang aku nak mendekati Yong Hwa akan bertambah bukan” Jess menarik senyum nipis.
“Jess…dia FBI..kalau dia curiga mungkin dia akan siasat tentang diri kau”
“kalau macam tu dia tak payah susah-susah…aku akan muncul tak lama lagi dan bagitahu dia segala-galanya.”
“Jess..kau buat macam tu mungkin akan bahayakan diri kau..”
“Knight..kita perlukan bantuan kan? Jadi kita kena ambil risiko.” Jess menanggalkan hoodie.
“betul..”
“jadi siapa lagi yang sesuai selain daripada dia? ke kau nak suruh aku minta tolong dengan FZ dan QZ?” Jess mengeluh.
“sudah tentu bukan mereka. mereka bukan tandingan Mr X dan Mr Freud.. apa cadangan kau seterusnya?” Knight nak mendengar cadangan Jess.
“kita akan dedahkan siapa Miss DJ..tapi sebelum tu ada benda lain lagi yang kita kena buat” Jess senyum sinis. Jess mendail nombor Yong Hwa sebaik sahaja dia sampai ke rumah.
“hello” kedengaran suara serak lelaki itu.
“Jung Yong Hwa…” mata Yong Hwa terbuka luas sebaik sahaja mendengar suara perempuan itu.
“Miss DJ..” suara Yong Hwa lebih kepada berbisik. Jess tergelak perlahan.
“yeah..kau ingat aku lagi rupanya..aku ada hantar sesuatu dekat e-mel kau dan tak lama lagi kita akan berjumpa..sehingga hari itu tiba adios..” dan panggilan di matikan. Yong Hwa membuka e-mel dan melihat dokumen yang di hantar kepadanya. Dia senyum sinis. bertambah senang kerjanya nanti.
   Mata Jess memerhatikan struktur bangunan di dalam komputernya. My Last Breath dendangan Evanescence bergema satu bilik. Jess mencatat nota-nota penting. Dia kemudiannya berdiri untuk membuat bahan yang akan di gunakan untuk misi seterusnya.
“ttiitt..ttiitt” bunyi computer menyebabkan dia mengalihkan pandangan. Dia mendekati dan save maklumat yang terpampang. Setelah menutup lampu bilik rahsianya dia beredar untuk membersihkan diri.
  Dia mengeluh perlahan. memikirkan bila semuanya akan berakhir. Terasa hari-hari yang di lalui begitu payah. Dia memegang gambar mereka sekeluarga. Riss bertahanlah..aku akan selamatkan kau bisik Jess sebelum dia tertidur. Marissa membuka matanya. Dia seolah-olah terdengar bisikan adiknya yang menyuruh dia bersabar. Dia tersenyum pahit. Hari-hari yang di lalui penuh dengan ketidak pastian dan ketakutan. Dia tak boleh tunggu lagi. Perlahan-lahan kepalanya menyusun strategi. Berjaya atau tidak belakang kira.
xxxx
  FZ menghempas tubuhnya di ats katil. Dia memejam mata. Harini dia menghabiskan masa seorang diri. Memang tak dapat di nafikan hatinya terselit cemburu apabila melihat kemesraan Jess dan adiknya. Kenapa dia tak boleh tapi QZ boleh? Apa keistimewaan adiknya yang tiada pada dia? dia mendengus perlahan. dia akan pastikan gadis itu menjadi miliknya. QZ melihat abangnya di sebalik pintu. dia cuba menfsirkan riak muka itu. dia menggeleng perlahan. abangnya mesti di ajar tapi bagaimana. Dia tak pernah bergaduh dengan abangnya dan dia tak ingin mencari gaduh.
xxxx
   Jess mendongak kepalanya untuk melihat siapa yang berani menggangu masanya untuk tidur walaupun sebentar. QZ tersengih apabila nampak muka bengang Jess.
“heyya sis..tak cukup tidur ke?” QZ menghulurkan kopi panas kepada Jess. Jess angguk perlahan.
“ada apa?” Jess memandang QZ yang mula bertukar kepada mood serius.
“FZ..”
“asal? Dia buat hal dengan sapa pulak kali ni” Jess menghirup kopinya perlahan.
“tak…semalam seharian dia tak tegur aku lepas kau balik” QZ merenung muka Jess.
“oh jadi kau nak kata salah aku la yang dia tak tegur kau?” Jess jungkit kening sebelah.
“bukan…Jess aku rasa dia betul-betul serius nak berkawan dengan kau”
“kawan jelah..ada aku kisah?” Jess tarik sengih. QZ menggelengkan kepala.
“bukan kawan yang biasa..i mean special friend..girlfriend” tersedak Jess bila dia mendengar kata-kata QZ.
“wooo…hotak dia..aku tak nak pun dekat dia..aku minat kat orang lain” Jess menarik muncung.
“Jess..dia abang aku..well kau suka dekat sapa?” QZ angkat kening. Hah ni dah masuk bab nak bergosip pulak mamat ni.
“well..adalah..aku belum konfes tapi tak lama lagi..hehehe” Muka Jess blush tiba-tiba. QZ ketawa.
“aish..adik aku yang sorang ni dah reti bercintan-cintun rupanya.” QZ menggosok kepala Jess. Jess ketawa perlahan.
“well apa kes minah tu sangkut dengan adik kau pulak?” Kent memandang FZ. FZ menggetap gigi apabila melihat kemesraan QZ dan Jess di taman. Dia takkan biarkan QZ merampas Jess dari dirinya.
xxx
“weyh..apahal dengan mamat tu? Dari tadi tersengih sorang-sorang. Tak pernah aku tengok dia macam tu” Amy memandang Yong Hwa yang sedang meneliti fail.
“hermm aku pun heran..dari semalam lagi dia macam tu. Selalu dingin memanjang. Agaknya pasal girl semalam kot” Andy bagi komen.
“girl? Girl mana? Aish Yong Hwa jatuh cinta? Perkara luar biasa ni” Amy tersengih pula.
“Ada sorang girl yang jadi tebusan kat casino semalam..terror perempuan tu aku cakap ko..eh apa pulak luar biasa? Dia pun lelaki. Ada hati dan perasaan” Andy defend Yong Hwa.
“yelah..selama ni bila ada girl nak dekat dengan dia, dia awal-awal lagi dah angkat kaki. Heh mesti girl kali ni special” Amy sengih sendiri.
“kalau korang dah habis mengumpat pasal aku..lebih baik korang tolong aku” Yong Hwa menyampuk.  oooppss Amy dan Andy tersengih.

4 under spell:

Anonymous said...

SAMBUNG.............. cepat.....
~amie~

http:/ishihara-kumako.blogspot.com/ said...

dah nak abis eh?? best lerr..

epy elina said...

hohhooh...
mlepaslah FZ...
jess btul2 suke kat yong hwa....

The Secret said...

nak dengan FZ..plez3..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review