Friday, April 23, 2010

Destiny 13

Posted by Snow_Queen at 3:23 PM
Jess duduk di hadapan meja soleknya. Dia mesti bersiap awal untuk misi harini. Dia mula make over wajahnya untuk misi harini. Setelah sejam dia tersenyum apabila melihat hasil solekan di wajahnya. (sila bayangkan make up Jess seperti pic di bawah)


 Dulu dia bukanlah yang jenis pakai make up atau pandai masak tapi sejak segala-galanya berubah dia perlu juga berubah untuk terus survive. Dia mengambil revolver dan mengisi peluru. Setelah segala-galanya selesai dia menuju ke Lantern Casino. Orang ramai mula memenuhi ruangan pusat judi terkenal itu. Jess masuk dan berpura-pura melihat game untuk di main. Dia duduk di mesin jack pot dan bermain. Dia tak peduli kalah atau menang tapi kalau dari tadi asyik menang mau dia tak sengih bangga. Dia bangun dan melilau pula untuk melihat permainan seterusnya.
“dia berada tidak jauh dari tempat kau berdiri. Jaket merah, mafla di leher dan jeans hitam” Jess memandang sekeliling. dia tersenyum apabila nampak target yang di cari.
“bila aku bagi isyarat baru kau mula bertindak”
“okie dokie” Jess pergi ke bar dan memesan coke. Dia duduk sahaja menikmati minumannya. Kemudian dia bermain dengan poker game pula. Setelah setengah jam berlalu baru knight memberi isyarat. Dia berjalan dengan tenang dan masuk ke dalam bilik air. Tidak lama kemudian terdengar bunyi tembakan bertalu-talu di lepaskan. Dia duduk di dalam bilik air dan mengira sampai sepuluh baru dia berpura-pura bergegas untuk melarikan diri. Tangannya di tarik oleh salah seorang penjenayah di situ. Dia hanya bertenang.
“Jung Yong Hwa..kita bertemu lagi” lelaki yang mengacukan pistol di kepalanya menyapa Yong Hwa. Damn..apasal perempuan ni kena tangkap waktu macam ni pula desis hati Yong Hwa namun ekspresi wajahnya tidak menunjukkan apa-apa.
“lepaskan perempuan tu X” Yong Hwa mengacukan pistolnya ke arah penjenayah berkenaan.
“tak mungkin..kalau kau nak dia masih hidup suruh orang-orang kau bagi laluan kepada kami” Mr X tersenyum sinis. Yong Hwa memakai Bluetooth headfonnya dan memberi arahan kepada orang-orang bawahannya.
“eerrr pak cik..kau pijak kaki aku” Jess bersuara untuk menarik perhatian Mr X. sewaktu Mr X pandang bawah Jess menyiku perut lelaki berkenaan dan menumbuk muka Mr X. dia lari ke arah mesin-mesin jack pot dan menyorok di situ. Yong Hwa yang melihat kejadian itu segera melepaskan tembakan. Mr X membalas balik tembakan Yong Hwa. Jess menarik pedang perhiasan yang tergantung di dinding sebagai senjata. Baru je dia nak menyorok di bawah meja pool ada orang melepaskan tembakan ke arahnya. Dia mengelak. Lelaki itu tersengih memandang Jess. Jess balas balik sengihan tersebut. Dia menendang perut lelaki itu dan membenamkan mata pedang berkenaan di perutnya. dia terasa ada orang menarik tangannya. Yong Hwa menutup mulut gadis di hadapannya. Jess menahan nafas. Muka lelaki itu terlalu dekat dengan dia. dia juga lihat tangan Yong Hwa dah berdarah. Mata Jess menangkap kelibat seorang lelaki yang mengacukan senjata ke arah Yong Hwa. Dia mengeluarkan revolver yang terselit di bootnya dan menembak lelaki itu. Yong Hwa terkejut kerana tiba-tiba gadis di hadapannya melepaskan tembakan. Yong Hwa menarik tangan Jess dan beredar dari situ. Jess hanya mengikut Yong Hwa. Hatinya berdegup kuat setiap kali Yong Hwa memegang tangannya. Yong Hwa berbalas tembakan dengan beberapa orang penjenayah sambil melindungi Jess. Jess juga tak ketinggalan mendermakan peluru revolver miliknya seikhlas hati kepada penyangak-penyangak yang cuba buat serangan curi. Yong Hwa hanya tersenyum nipis melihat kehebatan gadis di hadapannya. Sebenatar kemudian pasukan bantuan bantuan tiba dan seluruh casino di kepung. Jess menarik nafas lega. Yong Hwa membawa dia ke taman yang tidak jauh dari situ.
“terima kasih..” Jess menarik senyum manis.
“dah jadi tanggungjawab saya..err awak hebat juga dalam seni mempertahankan diri” Yong Hwa memuji.
“biasa je..saya Jess”
“Yong Hwa..” mereka saling bersalaman. Yong Hwa baru sahaja hendak beredar apabila Jess menarik tangannya. Jess membalut tangan lelaki itu dengan sapu tangan miliknya. Jess berlalu pergi. Yong Hwa memerhatikan langkah Jess. Dia tersenyum manis sebelum berlalu pergi.
 


3 under spell:

The Secret said...

hebat jess...

epy elina said...

hhooho....
jess suke kat yonh hwa....
best2x...
mantap la jess ni...

Anonymous said...

I wonder dengan sape jess akan suke ye , between yong hwa and FZ?

-sabrina

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review