Friday, April 23, 2010

Destiny 12

Posted by Snow_Queen at 3:23 AM

  “Morning ibu…” Jess memeluk Madam Jane dari belakang. Madam Jane memegang pipi Jess tanpa melihat gadis itu.
“ada juice atas meja tu” Madam Jess menunjukkan arah meja makan yang tak jauh dari situ.
“tak apa ibu..Jess dah breakfast..err ayah mana?”
“ada kat dalam pejabat. Bilik tu kat bawah tangga”
“tak pelah..malas nak ganggu. Err ibu Jess tak jadi la nak bermalam kat sini. Jess ada urusan. Lain kali okay?” Jess memujuk Madam Jane. Madam Jane menjadi muram.
“errr tapi Jess akan makan tengah hari kat sini. Kita boleh masak sama-sama?” Jess mengambil hati perempuan tua itu. muka Madam Jane menjadi ceria apabila mendengar kata-kata Jess.
“okay..nanti kita pergi shopping sama-sama” Madam Jane jadi teruja. FZ dah rasa nak jatuh rahang melihat Jess sedang menyusun sarapan atas meja. QZ merenung abangnya yang seolah-olah tengok hantu berjoget depan mata. Dia sekali turut join ternganga bila lihat Jess di depan matanya. Jess yang rasa ada orang merenungnya mengangkat  muka.
“heyya guys..” tanpa perasaan dia menyapa.
“errr breakfast?” Jess memecahkan kesunyian antara mereka.
“hey..nampaknya korang dah berjumpa” Sir Clark menarik kedua anak bujangnya ke meja makan.
“morning ayah..” Jess memeluk Sir Clark. Sekali lagi kedua-dua beradik tu terkejut apabila mendengar panggilan Jess terhadap ayah mereka.
“apa maksud semua ni?” QZ bertanya.
“mulai sekarang Jess akan jadi sebahagian daripada keluarga ni. tulah haritu ayah dah cakap ada tetamu datang kamu berdua lari keluar” Sir Clark menghirup kopi.
“jadi Jess bermalam di sini?’ Sir Clark memandang anak angkatnya.
“no..tapi Jess akan lunch di sini. Jess akan memasak dengan ibu’ Jess tersenyum nipis. QZ dan FZ mencebik apabila dia mention pasal ibu tiri mereka. Jess melepak di ruang tamu sambil menanti ibu angkatnya bersiap. Di hadapannya ada 2 makhluk sorang sedang duduk main game dan sorang lagi di sebelahnya yang sedang baca mags. Dia menjeling FZ yang semakin lama semakin dekat dengan dirinya. Lantas dia bangkit dan duduk sebelah QZ. Rapat. QZ terkejut beruk melihat Jess yang duduk di tepinya. Rapat pulak tu.
“may i..” Jess menunjukkan sebelah controller game. QZ angguk. Mereka main game street fighter.
“neh..kau ni macam perempuan je” Jess menampar bahu QZ.
“wei..ko tengok la next round” QZ dah berapi tapi dalam masa yang sama dia berasa selesa dengan Jess. FZ hanya memerhatikan sahaja Jess bermain dengan adiknya.
“ohoho…ada baby dah merajuk..aku akan kalahkan kau juga next round” Jess sengih bangga. QZ bangun tutup tv bila dia kalah juga pusingan seterusnya.
“wei…apakan?” Jess tergelak memandang QZ yang dah muncung. QZ beredar.
“alah merajuk la pulak” Jess turut berdiri.
“Jess..jom ibu dah siap ni” Madam Jane mendapatkan Jess di ruang tamu.
“nak pergi mana?” FZ bertanya tanpa memandang ibu tirinya.
“pasar..” pendek Madam Jane menjawab. Jess terus menarik ibu angkatnya dan beredar. Perlahan Jess memandu ke pasar raya terdekat. Mereka membeli bahan-bahan untuk memasak pada tengah hari tu.
“bu..apa feveret QZ?” Jess memandang Madam Jane.
“dia suka makan udang goreng celup tepung” Madam Jane tersenyum nipis.
Jess memilih bahan-bahan untuk membuat masakan tu. Dia nak pujuk QZ. Dia sengih sendiri. Haila ada gaya adik pujuk abang la pulak.
  Jess mula membuat udang goreng celup tepung. Madam Jane hanya memandang Jess dari tepi. Berangan-angan menjadikan Jess menantu.
“Jess dah ada teman lelaki?” tersentak Jess dengan pertanyaan tu. Dia senyum perlahan. entah kenapa wajah Yong Hwa yang bermain di fikiranya kala ini. Madam Jane perasan dengan perubahan wajah Jess. Nampaknya tinggal harapan sajalah dia nak bermenantukan Jess.
Mereka sekeluarga makan tengah hari bersama.
“wah ada udang gorang celup tepung” QZ memandang hidangan di depannya.
“Jess masak tu..makan sampai habis” QZ terus mencapai dan memakan begitu sahaja. Jess gelak perlahan. Jess masuk ke dalam bilik QZ dengan double dutch di tangan. QZ jungkit kening. Jess tersengih.
“tada…fevered awak” Jess menyuakan double dutch di tangan. QZ terus mengambil dan makan ais krim tersebut.
“so..tak merajuk dah?” Jess duduk di atas katil QZ.
“ermmm..pikir jap” Jess tarik muncung. QZ ketawa perlahan melihat Jess menarik muncung. Dia menyuakan sudu yang di penuhi ais krim kepada Jess. Jess nganga mulut.
“tak merajuk la..saja je main-main tadi” QZ melihat Jess yang buat tour di dalam biliknya.
“QZ aku nak…” kata-kata FZ terhenti apabila melihat Jess di dalam bilik adiknya.
“kau nak apa?” QZ memandang abangnya.
“errr tak ada apa lah” dan dia terus berlalu.
“dia cemburu” QZ memandang FZ.
“heh..habis tu?” Jess memandang QZ.
“dia suka kau”
“dia tak suka aku..dia suka cabaran” Jess senyum mengejek.
“maybe..kau jangan la dingin dengan dia sangat” QZ kasi nasihat.
“hehehe..ok lah aku nak chow dulu” Jess berlalu.
“macam mana dengan makan tengah hari?” Knight menyoal.
“ok..so macam mana?” Jess menyoal Knight.
“malam ni di Lantern Casino. Kau bersedia jelah” Jess angguk perlahan. dia harap rancangannya akan berjaya malam ni.

3 under spell:

epy elina said...

hohhoho...
pnd jess...
dia ramah ngn adik tp ngn abg dingin..
caya lah...
pdn muka Fz...
ingt smua pmpuan terhegeh2 kat dia ke?

kumako said...

bestnye..

Snow_Queen said...

hehehe..mmg pdn muke dia..huhuhu

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review