Thursday, April 22, 2010

Destiny 11

Posted by Snow_Queen at 3:59 PM

  Mr Freud mengamuk. Habis satu rumah berselerak. Dia betul-betul marah. Haritu syarikat dan sekarang urusniaga.
“aku nak korang siasat sampai dapat siapa bangsat yang buat kacau. Jangan terlepas pandang 1 bukti pun. Mulai sekarang kita kena berhati-hati. Jung Yong Hwa mungkin sedang menyiasat kita lagi” Mr Freud menyedut cerutnya dalam. Dia menghembuskan nafas dengan keras. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik rahsia. Di lihat seorang gadis sedang terbaring lemah sambil tangan dan kakinya terikat.
“dia dah tanda tangan ke belum?” Mr Freud menyoal orang bawahannya. Orang bawahannya menggeleng. Mr Freud menghampiri dan menampar muka Marissa. Darah pekat keluar dari celah-celah bibir.
“tak guna kau nak berkeras. Macam mana pun aku akan dapatkan tanah-tanah tu” Mr Freud meludah tepat ke muka Marissa. Selepas Mr Freud dan orang-orangnya keluar Marissa menangis perlahan. Jess kau kat mana? Aku teringin sangat nak jumpa kau. Aku nak minta maaf Jess..
  Jess bangun mengejut. Dia melihat sekeliilng ruang tamu rumahnya. Dia seolah-olah terdengar suara marissa memanggil namanya. Selepas misi malam tu dia terlalu penat dan terus tidur di ruang tamu. Dia melihat ke arah luar. Baru pukul 6. Dia menguap perlahan dan masuk ke dalam bilik air untuk bersiap. Telefon bimbitnya berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik air.
“Jess..ibu ni” Madam Jane menarik senyum.
“oh ibu..ada apa?” Jess bersandar di dinding.
“Jess datang la rumah ibu esok. Ibu rindu nak jumpa Jess. Jess datang bermalam rumah ibu ya nak” Madam Jess memujuk. Heh bermalam = jumpa anak dia yang gatal tu.
“Jess…” suara Madam Jane kedengaran lagi.
“baiklah ibu..nanti esok pagi Jess sampai” Jess berjanji.
“gembiranya ibu..okay jumpa kamu esok pagi” talian di putuskan. Jess menarik senyum nipis. Mahu buat apa ya..oh mari kita bermain sebentar. Jess masuk ke dalam sebuah bilik yang di ubahsuaianya. Di dalam bilik itu terdapat 2 pc dan 2 laptop serta 2 tv dan beberapa peralatan lain dan di bilik itu juga Jess gunakan untuk menghasilkan barang-barang untuk kegunaannya sendiri. dia melihat CCTV di dalam syarikat blue fire di skrin tv. Dia menghidupkan pc. Setelah membaca perkembangan terbaru kes siasatan keluarganya dia mengakses masuk ke dalam profile pekerja-pekerja syarikat blue fire. Dia memikirkan rancangan terbaru. Kemudian dia membaca pula data-data kumpulan ahli kongsi gelap yang lain. dia mengecam 1 per 1 wajah orang yang dia akan heret ke muka pengadilan juga. Seterusnya profile-profile orang yang terlibat dengan kejadian tembakan di rumahnya. Dia percaya bukan orang-orang Mr Freud sahaja yang terlibat tetapi juga mungkin ada orang lain yang terlibat dan telahannya ternyata benar. Dia memerlukan bantuan seseorang dan calon yang sesuai sudah tentu Jung Yong Hwa tapi….dia perlu dapatkan kepercayaan lelaki itu dahulu.
    Dia melalui kawasan koridor untuk ke kelasnya. 4 gadis menghalang jalannya. Dia memandang 4 gadis berkenaan. Baru sahaja 4 gadis berkenaan nak buka mulut Jess sudah memotong.
“kalau kau nak kasi warning jangan dekat dengan kumpulan Gravity lebih baik jangan buang air liur kau. Aku tak berminat nak dengar segala macam sampah yang akan keluar dari mulut korang. The end” baru sahaja Jess nak melangkah pergi tangannya di tarik dan dia mengacukan pistol ke kepala gadis yang menarik tangannya. Muka 4 gadis berkenaan dah pucat.
“aku kira sampai 3 kalau korang tak blah lagi aku akan tembak..” mencicit gadis-gadis berkenaan menyelamatkan diri. Jess gelak perlahan.
“membawa senjata ke sekolah..menarik..” FZ memandang Jess.
“memandangkan kau dah tahu terpaksalah aku bunuh kau” Jess menalakan muncung pistol ke arah FZ. FZ senyum nipis. Jess menarik picu dan buih-buih sabun keluar.
“bang..bang..” Jess membuat bunyi pistol sendiri. FZ gelak kuat. Gadis di hadapannya memang menarik. Jess menarik senyum nipis.
“well..aku mengaku yang kau memang menarik” FZ senyum nipis.
“heh aku dah banyak kali dengar pujian tu..kasi la pujian yang lain pula lain kali” Jess berlalu. FZ gelak lagi.

2 under spell:

epy elina said...

hohohoho...
lawak lak jess ngn FZ ni....
mst FZ akn jtuh cnta kat jess..
aku psti bnd 2...
dia akn trtrik ngn jess..
hnya jess yg x brmnat ngn dia..

kumako said...

mnarik..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review