Thursday, April 22, 2010

Destiny 10

Posted by Snow_Queen at 4:09 AM

   Jess memakirkan keretanya di dalam bangunan. Dia keluar dan mengenakan hoodie. Dia berjalan ke pintu masuk kelab malam Youth dan seperti yang di jangka pengawal kelab malam tu menahan dirinya.
“IC cik” Jess memberikan IC nya. Dengan sekali swap segala rekod terpampang di skrin computer.
“selamat berhibur cik Hannah” Jess senyum sinis. sebaik sahaja dia melalui pintu masuk kelab malam tu serta-merta alat pengesan mati tanpa di sedari oleh pekerja-pekerja kelab malam tersebut. Sebaik sahaja dia selamat masuk alat tersebut hidup kembali. First dance nyanyian Justin Bieber bergema di dalam kelab. Jess duduk di bar dan menikmati lagu tersebut. Dia memerhatikan struktur bangunan, pengawal dan pekerja untuk memudahkan kerjanya. uh mamat tu memang pengungjung setia kelab ni.
“kalau cik nak mengorat dia lebih baik lupakan sahaja” Jess menarik cermin matanya ke bawah sedikit untuk melihat pekerja bar itu.
“kenapa?” Jess angkat kening sebelah.
“sebab sebaik sahaja gadis-gadis di sini cakap kat dia I love you dia akan segera putuskan hubungan”
“oh interesting..hermm I wonder why” Jess senyum sinis. dia memerhatikan FZ dengan ekor matanya. Seorang gadis sedang melekat seperti getah dengan FZ. music demi music bersilih ganti.
“Jess..target dah muncul. Yang pakai baju merah, biru dan hijau serta 5 pengawal peribadi. Itu adalah pihak pembeli. Orang-orang Mr Freud dah ada di dalam bilik urusniaga. Kau boleh bergerak sekarang”
“arahan di terima” Jess meneguk minumannya. Dia masuk ke dalam tandas. Dia mengikat rambutnya tinggi dan menutup pintu utama bilik air. Dia memanjat para singki bilik air dan menolak syiling di atasnya. Dia memanjat naik dengan penuh berhati-hati. Apabila dia mendengar ada orang masuk ke dalam bilik air dia segera menutup kembali syiling bilik air itu. terdengar bunyi ketawa nyaring mengalahkan pontianak. Dia memakai sarung tangan dan merangkak.
“lepas ni kau belok kanan dan ke kiri” terdengar arahan dari knight.
“kemudian kau masuk ke kanan dan kanan lagi” suara knight terus setia menemani membari panduan.
“belok kiri dan berhenti. Di situ bilik mereka berurus niaga” Jess memerhatikan melalui lubang di syiling.
   “Mr X gembira bertemu dengan anda” Ran menyambut kedatangan Mr X. Mr X tidak memberi sebarang tindak balas. Dia terus duduk di sofa.
“barang?” Mr X memandang anak muda di hadapannya. Ran memetik jarinya dan salah seorang pengikutnya memberi beg berisi heroine kepada Ran. Ran membuka beg di tangannya. Orang Mr X mengambil salah satu bungkusan di dalam beg dan menusuk sedikit dengan pisau. Dia merasa serbuk putih berkenaan dan mengangguk. Mr X memberikan beg yang berisi dengan wang tunai.
“kes Sir Michael tu macam mana?” Mr X bertanya.
“setakat ni masih terselamat. Pihak berkuasa takkan dapat mengesan kami. Lagi pun anak perempuan dia berada dengan kami” Ran menjawab.
“bagaimana dengan geran-geran tanah?”
“kami akan menyuruh anak perempuan dia menurunkan tanda tangan ke atas surat pemindahan nama tanah dan mendapatkan pengesahan mahkamah” Ran tersenyum sinis. Jess menggengam penumbuk. Dia merakam segala perbualan makhluk-makhluk di hadapannya. Jess segera menutup mukanya dengan topeng khas dan membaling bom asap ke dalam bilik berkenaan. Orang-orang Mr X dan Mr Freud mengambil langkah berjaga-jaga. Jess segera membuka penutup bilik berkenaan dan turun untuk mengambil beg-beg yang berisi dadah dan duit. Dia mencampak beg berkenaan ke luar tingkap di mana Knight bersedia menunggu. Dia segera membuka pintu bilik itu sebelum asap-asap berkenaan hilang. 2 orang pengawal yang menjaga bilik berkenaan menyerang Jess apabila ada orang asing keluar dari bilik itu. Jess mengeluarkan revolver dan melepaskan beberapa das tembakan dan terjun dari tingkat 1 . Salah satu tembakan menenai dada salah seorang pengawal berkenaan. Pegunjung kelab malam itu mulai panic. Mereka mula melarikan diri.
“Jess keluar ikut exit barat daya”
 Jess turut menyertai mereka berlagak seolah-olah dia juga sedang ketakutan. Orang-orang Mr X dan Mr Freud serta Mr x dan Ran keluar mencari Jess.  Jess berlari pantas ke arah jalan raya dan knight berhenti di hadapannya. Jess melompat masuk dan knight memecut pergi. Jess membuka cermin matanya dan tersenyum sinis.
“sekarang kita akan jalankan misi seterusnya” Jess menyanyi mengikut rentak lagu Glamorous yang berkumandang di radio sambil tangannya ligat memasukkan beg-beg berkenaan di dalam kotak besar. Knight terus memandu ke destinasi seterusnya. Jess meletakkan surat di dalam kotak berkenaan dan menulis nama seseorang di atas permukaan di atas kotak berkenaan. Mereka berhenti di sebuah kondominium yang agak mewah.
“knight..kau tahu apa nak buat kan?” Jess memakai hoodie dan cermin mata gelapnya kembali.
“kau teruskan kerja kau..aku tahu apa yang perlu di lakukan” knight menjawab. Jess keluar dari kereta dan naik lif. Dia menekan butang 17. Sebaik sahaja sampai dia mencari rumah bernombor 89. Sebaik sahaja dia terjumpa dia masukkan pin kod rumah berkenaan. Dia meletakkan kotak berkenaan di hadapan rak kasut dan beredar.
“Jess..dia dah naik lif” kedengaran suara knight.
“aku dah ada depan pintu lif ni” sebaik sahaja pintu lif terbuka Jess memandang pemuda di hadapannya yang memakai kot hitam.
Jess senyum sinis. dia masuk dan pemuda berkenaan keluar. Jess bergegas masuk ke dalam kereta.
“misi beres..aku tak tinggalkan sebarang kesan. Hensem juga dia” Jess tergelak kecil.
“sudah jatuh cinta?”
“neh..aku takkan pilih lelaki macam tu sebagai suami aku tapi siapa tahu kan” Jess mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor telefon seseorang. Dia meletakkan sapu tangan di mulutnya.
“hello” Yong hwa mengangkat panggilan yang tak di kenali sambil memeriksa kotak di hadapan rak kasut.
“Jung Yong Hwa..selamat berkenalan. Aku rasa kau sedang memeriksa kotak yang kau dapat?” Jess tergelak sinis.
“kau siapa?” Yong Hwa mengerutkan keningnya.
“aku? Aku Miss DJ..dalam kotak tu ada bukti yang mungkin di perlukan kau untuk menyiasat kes kematian Sir Michael sekeluarga”
“macam mana kau tahu aku sedang menyiasat kes tu?” Yong Hwa membuka kotak di hadapannya.
“kerja senang…kau bukan sahaja sedang menyiasat kes tu tapi kes-kes kongsi gelap dan sebuah syarikat bernama blue fire kan? kau buat sahaja apa yang patut. Aku percayakan kau. Di dalam tu ada dadah, duit dan rakaman serta surat dari aku..kita akan bertemu jua nanti..selamat tinggal!!” Jess memutuskan panggilan.
Yong Hwa memakai sarung tangan dan mendail nombor rakan sekerjanya tentang penemuannya. Dia membuka surat yang tertera namanya.
Jung Yong Hwa….
Selamat berkenalan. Mulai sekarang aku akan membantu kau mengenai siasatan kematian keluarga Sir Michael dan kongsi gelap serta syarikat blue fire. Kau boleh panggil aku Miss DJ dan kau tak perlu tahu kenapa aku membantu. Ini ada beberapa bukti yang mungkin boleh membantu kau. Aku amat berharap kita sama-sama dapat selesaikan kes ni secepat mungkin. oh dengan suka relanya aku nak kau perhatikan kes-kes tuntutan pertukaran hak pemilikan tanah kerana mereka akan bertindak menukar beberapa tanah milik Sir Michael dengan memaksa Marissa menandatangani surat pemilikan itu.
Sehingga bertemu lagi
Miss DJ

2 under spell:

Miss Kira said...

gila macho jess...

x sbr nk tggu smbgn cita ni
hehehehe

^_^

epy elina said...

hohohoho...
ada wtak baru mncul...
suke2...
kcian jess..
pmbnuh kuarga dia hrus di hpuskan..
n hrus mbayar smua titisan drah kuarga jess...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review