Tuesday, April 20, 2010

Destiny 1

Posted by Snow_Queen at 2:48 AM

Waktu umur 5 tahun….
    Jessica bermain dengan kereta mainan di bilik kakaknya Marissa yang sedang tekun mendengar nanny mereka membaca buku cerita tentang Cinderella kerana Marissa begitu menggemari cerita-cerita fairy tale.
 “kemudian mereka hidup aman bahagia setelah prince tu berjumpa dengan cinderellanya. Ok Cik Muda kena masuk tidur sekarang.” Nanny itu menutup buku dan menarik selimut untuk Marissa dan menutup lampu utama. dia hanya membiarkan lampu tidur terbuka. Dia seolah-olah terlupa kehadiran Jessica di dalam bilik itu. Jessica panjat naik atas katil kakaknya.
 “Jess..rasa-rasanya prince charming tu camne ek?” Marissa merenung Jessica.
“prince charming? Prince charming tu pendek ketot je orangnya. Perut buncit. Kepala penuh dengan rambut putih. Dah tua” dengan semangat Jessica menerangkan kepada kakaknya
“ek? Tapi dalam buku cerita tu dia selalu kata prince charming tu kacak, badan tegap, anak raja..” Marissa mengerutkan keningnya.
“ah semua tipu je tu..kau nak tengok macam mana muka prince charming?” Jessica mengumpan kakaknya. Marissa segera mengangguk. Jessica menutup lampu tidur dan keadaan bilik menjadi gelap gelita.
“Jess” Marissa memanggil.
“muka prince charming macam ni” Jessica menyuluh lampu suluh di mukanya serentak dengan guruh berbunyi dan kilat memancar. Marissa menjerit nyaring. Jessica ketawa jahat.
“adehhh..” Jessica mengaduh apabila telinganya di tarik oleh seseorang.

“kacau kakak kamu lagi?” Madam Michelle jungkit kening sebelah.
“pergi masuk tidur” Madam Michelle mengarahkan anak perempuan bongsunya masuk ke bilik sendiri. Jessica mencebik dan berlalu. Dia menggeleng perlahan memikirkan perangai anak kembarnya itu. si kakak Marissa seorang yang lemah lembut manakala si adik Jessica lebih lasak. Hanya 2 orang itulah permata hatinya. Oleh kerana badan Marissa lemah semenjak kecil jadi lebih perhatian diberikan kepadanya berbanding Jessica yang hyper aktif sampai orang gaji give up nak jaga dia. ada sahaja idea nak mengenakan orang keluar dari kepalanya tu. Madam Michelle mengusap rambut Marissa yang sudah lena di buai mimpi. Dia berdoa agar kedua-dua orang permata hatinya membesar jadi orang yang berguna.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review