Monday, April 12, 2010

Be With You prologue~

Posted by Snow_Queen at 11:09 AM

      “Clo…ver…” Jerit Violet kepada sepupu a.k.a bestfriendnya. Clover yang mendengar jeritan Violet mendengus perlahan. dia mengambil bantal dan meletakkan bantal di atas mukanya. Menyambung tidur kembali. Violet masuk bilik Clover yang sedikit bersepah. Mereka baru sahaja berpindah ke Villa kepunyaan ibu bapa Clover. Mulai hari ini mereka berdua akan tinggal bersama tanpa keluarga masing-masing kerana ibu bapa mereka telah berpindah ke luar negara. Violet mengambil bantal yang menutup muka Clover dan memukul badan Clover. Clover bangun mengejut.
“nak bunuh orang ke?” Clover memandang Violet yang hanya tersengih-sengih.
“hehehe..sorrylah kalau aku tak buat macam ni kau gerenti tak bangun” Violet membuka almari baju Clover dan dia campak pakaian seragam Clover atas katil lantas dia menolak sepupunya itu masuk ke dalam bilik air.
    Pelajar-pelajar sekolah Elite berbisik sesama mereka apabila melihat Clover dan Violet. Bagi mereka kedua-dua saudara itu memang cantik tetapi ada sesuatu yang kurang di gemari mereka tentang Clover dan benda yang mereka tak suka itu ialah….
“woi..sapa yang awal-awal pagi dah tempah kubur ni?” Clover menjerit sambil melihat ke arah padang sambil mencekak pinggang. Pasukan bola sepak sekolah yang sedang bermain bola sepak menelan air liur yang terasa kesat. Ya memang betul tekaan anda. Selain daripada panas baran mulut Clover memang tiada insurans membuatkan tiada lelaki di sekolah itu berani mendekati dirinya. selain itu, sepupunya si Violet juga boleh tahan juga anginnya kalau dia betul-betul sudah tak boleh bersabar kalau orang cari gaduh dengan dia. oleh kerana itu tiada lelaki di sekolah itu berani mendekati mereka tetapi mereka tetap menjadi igaun setiap malam lelaki-lelaki di sekolah itu untuk di jadikan teman wanita. Clover menghampiri padang dengan bola di tangannya. Dia memandang garang pasukan bola sepak di hadapannya.
“sapa yang sepak bola ni?” tiada sesiapa yang berani mengaku.
“oh tak nak mengaku ya..tak pe..tak pe..” Clover senyum sinis. Dia mengeluarkan pisau lipat dari beg sandangnya. Dia meletakkan bola di atas tanah dan…
“pssssssttt” bunyi angin keluar dari bola tersebut. Clover senyum manis dan berlalu pergi meninggalkan pasukan bola sepak yang tergamam melihat bola mereka sudah tiada angin.
  Clover sedang bersembang dengan Violet apabila dia berlanggar dengan seseorang. Dia melihat seorang lelaki mengambil beg galasnya yang jatuh di atas lantai.
“Yah!! GIRL, look where are you going” Clover memandang lelaki di hadapannya yang berwajah seperti perempuan walaupun dia adalah lelaki tulen. Lelaki tersebut memandang Clover.
“watch your mouth” Fir memandang Clover garang. Dia memang mengenali Clover dan Violet kerana mereka sekelas dan dia tahu tiada sesiapa berani mess up dengan mereka berdua tetapi dia memang tak boleh tahan dengan perangai Clover lagi.
“GIRL, just shut up. Kau buang masa aku yang berharga” Clover dan Violet berlalu pergi namun Fir pantas menarik tangan Clover. Clover terdorong sedikit ke belakang.
“kau nak apa L.A.G.I?” Clover memandang Fir garang.
“apa kata kita berdamai sahaja. Let be friend okay?” Fir cuba berlembut. Violet dan Clover ketawa serentak.
“Yeah..bila segala neuron dalam kepala aku dan Violet mati mungkin waktu tu kita boleh jadi kawan” Clover merentap tangannya dan berlalu pergi.

1 under spell:

epy elina said...

hhohoho...
suke2x...
ada crta bru....
smbung2x...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review