Wednesday, April 14, 2010

Be With you 9

Posted by Snow_Queen at 1:40 AM

   Mereka semua ternganga apabila pak cik Lee memberitahu syarat berkenaan. Masing-masing berpeluh.
“ka..kah..kahwin? pak cik biar betul?” Minho memandang pak cik Lee.
“betul..kerana dengan ikatan suci ni akan membuatkan kamu semua bertambah kuat” pak cik Lee mengusap janggutnya.
“saya tak nampak macam mana dengan berkahwin boleh membantu” Jong Hyun menyampuk.
“oh kamu tak kahwin lagi mana kamu nak tahu. Kamu semua buat persiapan yang sepatutnya. Kamu semua akan berkahwin dalam masa seminggu” pak cik Lee bagi arahan.
“errr pak cik. Macam mana dengan pasangan pengantin? Maksud Mint errr Mint kahwin dengan siapa, Lilith dengan siapa” Mint menelan air liur kesat. dia curi-curi memandang ke arah Tae Min.
“oh lupa pula yang tu..esok malam kamu semua berkumpul di taman. Nanti kamu akan tahu dengan siapa kamu akan berkahwin. Ah Violet dan Clover kamu akan bersekolah dengan mereka semua untuk membantu mengakifkan kuasa kamu. Pak cik pergi dulu. Jangan lupa esok…” dan pak cik Lee hilang dalam sekelip mata. Mereka semua mengeluh perlahan.
“aku harap kau bukan pasangan aku” Key menunjuk ke arah Clover.
“huh siapa nak kahwin dengan kau. Aku rela lagi kahwin dengan Tae Min” Clover keluar dari bilik tu segera. Violet ikut dari belakang. Mint yang mendengar kata-kata Clover rasa tak sedap hati. Dia tak boleh biar Clover kahwin dengan Tae Min. Tae Min memandang muka Mint yang pucat. Dia mengeluh perlahan.
Jasmine dan Lilith menenangkan Mint yang sedang menangis teresak-esak. Pelbagai cara di lakukan agar Mint berhenti menangis tetapi gagal. Mereka hanya mampu menggosok belakang Mint. Lilith memandang ke arah Tae Min yang muncul tiba-tiba. Dia senyum nipis. Lilith dan Jasmine beredar dan duduk tidak jauh dari situ. Tae min memegang bahu Mint.
“dah jangan nangis” Tae min memujuk Mint. Mint mendongak untuk melihat Tae Min. segera dia bangun dan memeluk Tae Min.
“sa..saya tak nak..awak kahwin dengan..orang lain” susah payah dia menuturkan perkataan tu.
“jangan risau. Doakan agar semuanya berjalan dengan lancar” Tae Min mengesat air mata buah hatinya.
“apa kata kita bagi tahu semua orang yang kita bercinta?” Mint memberi cadangan. Dia dah cukup terseksa untuk bercinta secara curi-curi dengan Tae Min. mujur Jasmine dan Lilith banyak membantu.
“kita tak boleh buat macam tu..kalau Minho tahu habis kita” Tae Min memujuk.
“awak ni lelaki ke perempuan? Abang bukan makan orang pun” Mint naik angin.
“Mint..” Tae Min hanya mampu mengeluh.
   Clover berjalan ke kiri dan ke kanan berulang kali. Violet yang melihat Clover menjadi pening.
“kau ni kenapa?” Violet menyergah.
“kau tak risau ke yang kita kena kahwin? Lagi-lagi kita tak tahu siapa pengantin lelaki. Cuba tiba-tiba kau kena kahwin dengan si clumsy Onew tu” Clover duduk secara kasar di atas katil.
“ha dia? uh tolong la. Kalau boleh aku tak nak kahwin langsung kau tahu. Tapi kita mesti buat macam tu kalau tak macam mana kita nak balik ke dunia kita” Violet mengeluh perlahan.
“harga yang perlu di bayar untuk balik ke dunia kita terlalu mahal” Clover merenung syiling.
“guys…” Jasmine masuk ke dalam bilik Clover tiba-tiba.
“kenapa?” Violet memandang Jasmine.
“pergi shopping nak? Lagi pun korang tak ada pakaian harian kan?” Jasmine senyum manis.
“tapi..kitaorang tak ada duit” perlahan Clover menjawab.
“ala pasal duit tak payah risau. Semuanya aku tanggung okay?” Jasmine menarik Clover dan Violet. Lilith dah menunggu di gate.
“errr tak ajak Mint?” Violet bertanya.
“Mint sibuk.” Pendek jawapan Jasmine. Dan mereka beredar.
   “semua ni betul-betul gila” Key campak mags atas meja.
“aku pun tak percaya yang kita kena kahwin” Minho menyampuk.
“agak-agak siapa pengantin kita?” Jong Hyun merenung kosong ke arah luar.
“aku terima siapa-siapa sahaja asalkan bukan budak nerd tu” Minho senyum sinis.
“aku harap aku bukan dengan si kuat makan tu. Kitaorang memang takkan ngam” Key senyum sinis. Mereka melihat Onew yang sengih sorang-sorang.
“kau ni apa hal?” Minho menepuk bahu Onew.
“errr tak ada apa-apa” Onew senyum.
“kau mesti berdoa agar si Jasmine tu jadi pengantin kau kan?” Key memerli.
“dia? uh tolonglah. Siapa nak dengan perempuan yang kuat membebel tu” Onew mengutuk. Walhal dalam hatinya….
“eh Tae Min mana?” Jong Hyun bertanya.
“entah. Ada dalam bilik dia la kot” Onew menjawab. Terus mereka melupakan topic kahwin. Kini mereka focus kepada teknik untuk menangkap 10 kad terakhir dan jampi-jampi baru untuk mengelakkan kad-kad yang dalam simpanan mereka di curi. Kebelakangan ni ada pihak-pihak tertentu cuba untuk mengambil kad-kad tu dari tangan mereka membuatkan mereka risau.





2 under spell:

epy elina said...

hohohoh....
crta mkin mnrik....
sape la psngn mrka 2...
x sbr nak thu....
pndai cik pnulis brmain prsaan pmvca...

Snow_Queen said...

hehehe..rhsia la..tguu k ;p

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review